Aku agak risau bila tengok hubungan kawan-kawan aku. Aku pelajar semester akhir dari ipta lain. Aku ada lagi lima orang kawan. Kami memang rapat. Macam adik beradik dah.
Tapi sejak semester lalu aku mula rasa hubungan kami makin jauh. Terutama dengan sorang kawan kami ni. Aku kasi nama dia Dina. Dina bila jumpa dia di kelas pun, dia banyak diam. Ajak keluar makan pun dia tolak. Aku cuba juga cakap dengan dia, cuba beri perhatian kat dia. Tapi herm.. entah la nak cakap.
Kawan2 lain dah mula terasa dengan sikap dia. Dah tak nak cakap apa dah. Diorang dah mula malas. Aku pula serba salah. Dah macam jadi perantara antara Dina dan kawan-kawan lain. Aku cuba beri alasan terbaik supaya diorang tak fikir negative pasal Dina.
Kadang2 jujur aku pun terasa hati juga. Aku takut kalau aku ada buat salah. Kami semua takut kalau ada benda yang tanpa kami sedar, kami dah buat Dina terasa hati. Aku dah cuba tanya Dina,minta maaf kalau aku ada buat salah. Dina cakap tak ada apa2. Terasa juga bila tengok Dina lebih suka luang masa dengan kawan sekolah dia berbanding kami.
Aku agak pelik, dulu Dina sangat rapat dengan kami. Cuma sekarang dia menjauh. Kawan-kawan lain pula dah mula berpecah. Buat hal sendiri. Jujur aku rindu saat kami semua rapat dulu.
Kepada kawan aku yang tengah baca ni. Aku harap kita rapat semula macam dulu. Buang lah segala rasa negative tu jauh2. Kalau ada yang kecil hati, beri tahu je. Kita selesai cara elok. Kalau aku ada buat salah, tersalah pandang, tersalah cakap. Aku minta maaf.
Aku sayang korang. Kita bermula dengan baik biarlah berakhir dengan baik. Dah nak habis pengajian pun. Jangan jauhkan diri lagi. Kita selesai cara baik. Group whatsup pun dah sunyi. Aku rindu korang. Rindu masa dulu. Buang lah segala fikiran buruk dalam diri kita ya. Jangan biar syaitan rasa dia berjaya memecah belah sahabat yang saling sayang dengan fikiran negative.
Terima kasih admin kalau approve confessions ni. Terima kasih juga yang komen nasihat dan positive.
– Alia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit