Hubungan Suami Isteri Menyelamatkan Perkahwinan

Assalamualaikum.. aku taip delete taip delete confession ni. Sejujurnya segan nak share, tapi sekiranya tersiar, harap jangan kecam berjemaah ya.

Aku seorang ibu mempunyai beberapa anak kecil. Aku dan suami bunting pelamin beberapa belas tahun yang lepas, jadinya belum sempat aku nak betul2 menikmati hubungan suami isteri, dah ada isi.

Maksud aku ialah, hubungan intim untuk perempuan dara adalah sangat sangat sangat sangat menyakitkan untuk awal2 perkahwinan.

Suami2 please take note especially yang baru kahwin.

Tak kisah la berapa lama pun foreplay, kalau sakit tu sakit jugak. Aku menangis every time nak buat, tapi paksa kan juga diri.

Benda yang sama dialami oleh kawan2 aku, ada yang berbulan2 masih anak dara sebab sakit.

Untuk yang berjaya enjoy tu anda bertuah. Aku masa tengah pregnant 5 bulan pun terpaksa fake orga*m dan menangis kat toilet lepas tu sebab sakit. Tapi takpe. Demi suami yang aku chenta. Senyum kan saja.

Bila awal2 kahwin dah dapat anak, aku rasa kebanyakan perempuan akan rasa benda yang sama. STRESS. PENAT. MEROYAN.

Penat jaga baby. Tidur tak cukup. Stress dengan pemikiran ibu2 baru pasal pantang, susu formula atau menyusukan anak, hantar pengasuh atau jaga sendiri, kerja atau berhenti kerja, makanan organic atau beli atau masak sendiri. And so on. Benda tu takkan pernah habis.

The good news is, sampai turn anak kedua ketiga dan keempat, you don’t give a damn anymore. Asalkan anak kau cukup makan pakai dah syukur Alhamdulillah.

Benda2 ni akan mempengaruhi hormon ibu2 baru. Sebab tu wife korang yang dulunya terpaling cantik, terpaling lemah lembut, terpaling manjahhh, sekarang jadi hantu kak limah.

Bahagian intim wanita jadi kering. Itu perkara biasa. Isteri jadi takde nafsu. Sebab penat & hormon berubah. Pun benda biasa. Cumanya, jangan biasakan.

Suami2 kena kerja keras sikit jaga anak dan buat kerja rumah. Apa yang kau orang buat tu namanya BUKAN MEMBANTU ISTERI ya.

Jangan nak perasan. Anak kau, rumah kau, tetiba bila kau jaga atau kemas, kau nak cakap KAU TOLONG BINI BUAT KERJA RUMAH. Aku lempang kau kiri kanan. Buat sama2.

Untuk isteri, belajar tentang hubungan intim. Sebabnya, pandai buat hubungan intim bukan sahaja bagus untuk suami, tetapi sangat bagus untuk anda sendiri.

Orga*m membantu menjadikan mood anda baik, menaikkan keyakinan diri, dan ada bermacam2 faedah lagi.

Jangan malu berbincang dengan suami apa yang anda nak atas katil. Bila suami isteri malu nak berbincang, jadi la macam2 masalah komunikasi.

Yang isteri taknak buat sebab penat, tak enjoy, sakit. Yang suami rasa rejected, ego tercabar, dan membuatkan masalah2 kecik lain terbawa2 jadi besar. If you fix your relationship in bed, Insyaallah hati happy and benda2 kecik tu takde apa dah.

Tapi hubungan intim is not everything ya. Yang aku share ni untuk mereka2 yang ada masalah ni je buat masa ni. Yang pasal biawak hidup ke, attitude ke, masalah iman ke, makan luar ke, ape sume tu refer la kat confession lain.

Jujur aku cakap, 11 tahun kahwin aku tak berapa nak enjoy pun hubungan intim ni sebenarnya. Hubungan intim macam ringan2 ya memang seronok, tapi not the act itself.

Bila aku share dengan kawan2 lain dan melalui pembacaan, ramai actually perempuan yang ada masalah ni.

Yang tak pernah climax pun ada. Kadang2 bukan salah lelaki atau perempuan tu sendiri, tapi masalah biologi. This is a normal issue worldwide. Banyakkan membaca.

Apa yang aku pernah buat, dulu aku berurut. Ada certain tukang urut ‘pandai’ benda2 ni.

Pernah juga aku ambil jamu yang membuatkan aku dah tak ‘kering’. Always ready bak kata orang. Tapi aku amik kejap je. Bila aku dah ok, aku tak amik dah. Bukan boleh percaya kan, kang rosak buah pinggang.

Untuk wanita yang ada masalah ni, sila cari yang bertauliah. Sebab benda boleh fixed. Aku perasan ada spa2 yang mula offer perubatan2 ni.

Ada yang untuk kegel exercise (usually untuk tingkatkan orga*m dan menyelesaikan masalah mudah terkucil). Ada juga rawatan laser nak bagi ketat. Jujurnya aku tak pernah try pun, nampak je lalu kat feed. Diulang sekali lagi, cari yang bertauliah.

Ada juga kelas2 untuk isteri. Aku tak pernah masuk, tapi based on feedbacks, aku nampak la, one of the things diorang ajar is cara2 untuk isteri sendiri enjoy dalam hubungan kelamin. Ye la takkan nak tengok p*rn pulak belajar kan.

Aku lepas berbelas tahun kahwin baru aku open dengan suami. Aku discuss bagitau apa aku nak, aku belajar, belajar, dan belajar cara untuk aku sendiri yang enjoy hubungan tu.

Kau tak boleh depend pada suami sahaja sementara kau kejung tak buat apa. Take the initiative.

Dan once you enjoy it, kau orang yang dok kejar suami korang nanti.

Suami kena faham, biologi perempuan ni lain. Isteri tak cenderung untuk hubungan intim bukan sebab isteri reject kamu, atau tak sayang kamu, atau they’re not a fun and attractive lady.

Wanita ada cycle. Ada minggu dia subur, ada minggu dia gersang, ada minggu dia PMS, ada minggu dia happy dan tenang2.

Kau jangan samakan biologi isteri kau masa dia anak dara dengan masa dia dah jadi mak orang. Macam langit dengan bumi. Fahami biology diri anda sendiri dan belajar.

Sekali lagi aku mohon maaf sebab banyak sangat perkataan yang tak patut disiarkan secara public. Tapi isu ini dihadapi oleh ramai para isteri, dan disebabkan kita wanita Melayu Islam, kita malu nak discuss benda ni. Kita nak tanya orang pun segan. Aib kan.

Jadinya jika anda rasa hubungan int*m itu adalah masalah bagi anda, fix it. Jumpa kaunselor, jumpa doktor, cari rawatan bertauliah.

Sebabnya ada banyak perkahwinan yang tak ambil berat perkara ni dan ada banyak juga perkahwinan yang diselamatkan oleh perkara ini.

Buat wanita dan lelaki single penzina atau suami dan isteri yang makan luar, sudah2 lah jadi sampah masyarakat. Benci aku makin banyak confession pasal korang.

– Hantu Kak Limah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *