Hubungan Tanpa Tujuan

Assalamualaikum semua, saya Yun, bukan nama sebenar. Saya nak luahkan sesuatu. Kalau saya adalah betul-betul perempuan sundal atau murah, saya memang tak nafikan yang saya memang bodoh bab bercinta. Saya tak tahu nak ungkapkan macam mana.

Saya tak tahu nak tonjolkan kalau kita sayangkan dia. Saya tak berani nak terlampau dekat dengan dia. Saya tak tahu nak bezakan sama ada dia nak ke kita atas kebaikan atau betul-betul ikhlas.

Bermula saya jumpa dia di FB Dating, saya kenal dan terima dia selepas first date. Masa tu dia ceritakan semua keburukan dan kelemahan dia pada saya sendiri. Saya terima.

Dan selepas dua minggu kami bercinta, saya dapat tahu dia dikenakan tuduhan atas pencurian motor dan ada penyakit sawan.

Tapi saya masih positif lagi disebabkan saya rasa itu bukan masalah besar pada saya. Saya rasa boleh lagi untuk selesaikan, sedangkan saya sendiri ada masalah lagi besar daripada itu. Tapi Allah lorongkan setiap masalah tu dengan mudah.

Suatu hari, setiap kali jumpa, dia selalu bandingkan saya dengan ex dia. Dan dia juga, setiap kali dating, bercakap benda-benda lucah. Dia nak itu, dia nak ini.

Saya tak percaya itu dia. Saya yakin dia boleh berubah. Selidik punya selidik, ex dia adalah orang yang seksi, jenis berbentuk badan. Dan saya rasa dia dah buat lebih dari tu dengan ex dia.

Dia selalu cakap kat saya, saya ada dinding. Dan dia selalu cakap dia nak rogol saya. Dia tak nak lelaki lain tengok saya, dengan harapan bila dia buat semua benda tu, saya takkan beralih dari dia. Setiap kali dating, setiap kali itu lah dia bandingkan saya dengan ex dia.

Saya tak boleh tahan, satu hari tu, saya putuskan hubungan. Dan dia keluar macam-macam ayat makian kepada saya, sehinggakan saya tak tahu nak cakap apa.

Masa dia perlukan semangat, saya ada. Tapi bila putus, dia ungkit semua benda yang dia pernah bagi, sedangkan saya bayar dengan cara pemberian hadiah atau makanan, dengan apa yang dia pernah bagi dekat saya, belanja saya makan semua tu.

Bila dia mengamuk, dia block saya dekat semua tempat. Sampai saya tak tahu dengan cara macam mana saya nak hubungi dia.

Saya call, dia block. Sampai satu tahap semua benda saya give up. Last saya mesej dia sendiri. Sampai satu tahap saya tak tahu nak cakap apa dah. Saya tahu saya salah tinggalkan dia.

Saya tak tahu macam mana sakit dia. Dia cakap saya seorang yang ‘avoidant’, suka elak sesuatu benda. Saya tak tahu macam mana cara untuk tonjolkan sikap sayang. Saya tahu ‘act in service’ – bila dia nak apa-apa, saya sendiri yang tolong. Bila dia jatuh, saya sendiri hulurkan tangan.

Tapi masih lagi dia bandingkan saya dengan ex dia. Ya Allah… masa saya dah sejuk sikit hubungan tu, dia hantar voice note dia pecahkan barang semua. Saya takut. Sampai saya tak kenal diri saya. Sangat-sangat takut. Apa salah saya pada orang? Kenapa saya dilayan macam ni?

Saya tahu saya bukan seorang yang mengejar. Tapi buruk macam mana pun ex saya, gaduh macam mana pun ex saya sebelum ni, tak pernah sentuh saya, tak pernah ajak benda bukan-bukan. Fahamkan saya pendiam, selalu menangkan saya. Dan satu hari, dia pergi…

Saya digelar perempuan anjing. Saya digelar macam-macam. Mungkin ini kifarah yang saya hadap. Mungkin ini cara saya perlu balik pada Allah. Baiki diri saya sendiri.

Setiap kali saya solat, saya sentiasa doakan kebaikan buat mereka. Saya sentiasa ada bila mereka perlukan saya. Tapi saya sakit. Sangat-sangat sakit.

Kenapa mereka ada dalam hidup saya? Kenapa saya diuji makin teruk? Kenapa Allah hadirkan semua lelaki yang awal-awal baik tapi akhirnya menekan saya, sampai saya rasa saya lemas?

Tahun ni tahun pertama saya semput balik. Asalkan ada masalah, saya tak mampu nak hadap. Saya sesak nafas, sakit gila-gila, dada saya mencengkam.

Saya takut nak kahwin. Saya takut nak hadap apa yang seterusnya.

Girls, ingat satu je. Apa-apa keburukan kita nak buat, ingat mak ayah kita. One day, lambat-laun akan kena dekat kita balik.

Saya sekarang mati rasa nak bercinta. Fokus pada mak saya yang satu-satunya syurga saya. Jika adik saya berkahwin, kakak saya berkahwin, satu hari nanti saya tetap akan sorang.

Mungkin saya rasa sebelum mak saya tak ada, lebih baik saya yang tak ada dulu. Saya tak nak tengok orang yang sayangkan saya meninggal dulu dari saya. Saya masih mengharapkan sinar dan rawatan yang baik buat saya.

– Yun (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. tetap jaga diri awak k. Insya allah, ada yang baik2 dtg ganti segala kesakitan awak nanti. Sabar dan jaga mak awak, cari redha Allah melalui mak awak, insya allah semua urusan awak akan dipermudahkan. Take care

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *