Hai, nama saya Mickey. Saya seorang suami kepada isteri saya yang usianya lebih tua daripada saya.
Ketika ini, saya berumur 45 tahun, dan kami baru sahaja mendirikan rumah tangga dua tahun yang lalu selepas berkenalan melalui media sosial.
Menariknya, kami mengambil keputusan untuk berkahwin hanya sebulan selepas berkenalan.
Isteri saya bekerja sebagai seorang pengaturcara. Dia seorang wanita yang baik, sangat berjaya, dan mempunyai pengetahuan agama yang mendalam walaupun tidak fasih berbahasa Melayu.
Sementara itu, saya hanyalah seorang doktor haiwan dengan cita-cita yang sederhana.
Saya juga mempunyai sejarah silam yang menyebabkan saya trauma dengan wanita yang lebih berusia, namun pada masa yang sama, hal itu menjadi salah satu sebab saya tertarik kepadanya.
Selepas berkahwin, hubungan kami agak unik. Kami jarang bertemu dan bercakap satu sama lain. Malah, sehingga kini kami masih tinggal berasingan walaupun berada di bandar yang sama.
Mungkin ini kerana kami sudah terlalu lama hidup secara sendiri sebelum berkahwin pada usia yang agak lewat. Kami berdua memiliki ego masing-masing dan cenderung menyukai kehidupan bersendirian.
Hubungan kami kini terasa renggang. Kami masih seperti orang asing dalam perkahwinan ini—tidak banyak berbicara, tidak berkongsi perasaan, dan tidak menjalinkan hubungan intim.
Walau bagaimanapun, perasaan sayang itu masih ada di antara kami.
Anehnya, kami sudah tiga bulan tidak berhubung langsung. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Tiada pertemuan, tiada bertanya khabar, malah tiada pesanan atau panggilan telefon.
Kalau salah seorang daripada kami menghantar pesanan, balasannya mungkin mengambil masa dua hingga tiga bulan.
Saya sendiri rasa selesa dengan situasi ini kerana tidak perlu risau banyak perkara.
Sebagai seorang doktor haiwan, saya membela haiwan peliharaan di rumah, namun isteri saya kurang menyukai perkara itu.
Beberapa bulan lalu, dia pernah menelefon saya sambil menangis teresak-esak kerana bergaduh dengan sahabat lelakinya.
Itu adalah kali pertama saya mendengar dia menangis sebegitu. Sejak itu, dia semakin menjauhkan diri daripada saya, walaupun sebelum ini hubungan kami sudah agak dingin.
Saya mula terfikir bahawa dia mungkin mempunyai perasaan terhadap orang lain.
Sebagai seorang lelaki, saya faham perkara itu. Tetapi, pada masa yang sama, saya juga rasa ingin meninggalkan hubungan ini kerana ia kelihatan seperti tidak akan ke mana-mana.
Adakah sesiapa pernah mengalami situasi seperti ini? Saya hanya ingin berkongsi cerita. Terima kasih.
Salam,
– MickeyMIC (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
itula org tua2 kata kenal dulu pasangan, ini tidak, kenal sebulan ajak kawen sbb masing2 lonely. end up jadi dry relationship. rasa sayang tu tiada. sedey woi hidup cmni.
Apa erti perkahwinan jika duduk berasingan dan buat hal sendiri? tanggungjawab suami and isteri tu sangatlah besar. dah ada hubungan yang halal disisi Allah, berusahalah perbaiki. Jangan sibuk dengan dunia. Tak ada manfaat diakhirat kelak. Rugi! sangat rugi. Sedangkan bila dah bergelar suami dan isteri, fokus utama adalah each other. Ticket masuk syurga pun adalah each other. Jangan la mendongak ke langit dan lupa diri.
pelik suami & isteri camni, apapun kamu cuba mulakan semula hubungan suami isteri, ambil berat, berjumpa dan mulakan sesuatu yang boleh memberikan kemesraan kamu.
Kena ambil berat, jika dia berhubungan dengan lelaki lain, Dan suami biarkan, SI suami akan menanggung dosa.
Boleh tak kawen betul2? Apa yg ko buat ni mcm main kawen2. Hidup suka hati tak ikut hukum dosa pahala. U as a husband, can u be more responsible and start first. Understand your wife feelings and needs is your responsible. Ko akan jadi doktor haiwan lama lagi. Hari2 jumpa haiwan, so bila wife tak selesa ada haiwan dlm rumah tak payah laa bela dah. I mean if not sampai bila2 duduk asing. U all kawen tak der purpose ke? Also org kawen nak kawan sembang. Nobody wanted to be alone. Lonely. U tak faham perempuan lagi ni
Kahwin nak bersama berdua selamanya.
Kalo tanya Khabar pon reply lepas 2 3 bulan? Buat apa nikah?
Orang bercinta pon jumpa hari hati tanya Khabar kongsi berita luah perasaan dan saling memahami tiap hari. Kau laki bini???????????
Kahwin untuk apa jika hidup macam orang bujang?
Tak dapat pahala. Dapat dosa. Pasal dayus. Biar bini kawan jantan lain sampai tahap nangis.
Kau tuh suaminya. Patot dah nikah isteri tak akan sekalipun nangis kerana jantan lain kecuali ayah kandung dan adik beradik mereka.
Nangis sebab gaduh sama kawan jantan dia? BODOH KAH ampa????????? BINATANG pon reti JAGA bini. Ampa?