Hubungan Yang Dingin

Assalamualaikum readers. Thanks admin kalau sudi siarkan confession aku. Hubungan yg dingin tu merujuk kepada hubungan aku dengan family-in-law (F.I.L) aku.

Walaupun dah beberapa tahun berkahwin, aku masih rasa janggal dan tak selesa dengan F.I.L aku. Hubungan aku dengan suami baik, memang aku sayang suami aku. Cuma aku masih tak boleh nak masuk dalam family dia.

Puncanya ialah perbezaan yg agak ketara antara family aku dengan F.I.L. Aku tau, perbezaan itu normal. Tapi itulah yg menyebabkan hubungan aku dingin dengan mereka. Di sini, aku cuba senaraikan perbezaan yang aku maksudkan. Aku harap readers dapat bagi positive comment untuk aku, bukan kecaman.

1. Rokok

Dalam family aku, 3 orang (abg dan adik) yg merokok. Tapi mereka merokok jauh daripada kami. Kadang2 kat bawah pokok, belakang rumah ataupun di balkoni rumah. Tapi bila ada kami semua berkumpul, dia tak akak merokok @ ke tempat lain untuk merokok. Lagi pula abah aku tak merokok, jadi mereka rasa segan nak merokok depan abah aku. Abang2 ipar aku semua tak merokok, termasuk suami aku.

Berbeza dengan family mentua, semua lelaki dalam tu merokok. Rumah family mentua aku ni rumah taman dua bilik. Kami lebih selesa duduk di balkoni yg dah dijadikan ruang tamu untuk bersantai sambil menonton tv. Sebabnya dalam rumah rasa bahang dan panas. Tapi yg sedihnya, bila kami semua berkumpul, abah mentua, adik ipar dan biras aku masing2 merokok tanpa ada rasa bersalah. Kadang2 aku marah suami aku yg duduk dalam kalangan mereka sebab dia tak merokok tapi menghidu asap rokok lebih membahayakan kesihatan.

2. Kucing

F.I.L aku ada bela kucing. Adik ipar aku ni suka bawa kucing tu masuk bilik, tidur sama2. Tapi kucing tu bukan kucing peliharaan mcm hanis zalikha tu. Kucing ni dibiarkan merayap satu taman, gaduh dgn kucing lain, masuk longkang dan sebagainya lah. So, kotor la kan. Masa awal2 kahwin, memang aku tak tau. Bila balik je, mak mentua aku cepat2 tukar cadar dan kemas bilik. Ada 1 hari, dia tak sempat nak tukar cadar, aku tak kisah pun nak pasang sendiri. Tapi yg buat aku terperanjat bila aku nampak keadaan tilam tanpa cadar tu.

Penuh bulu kucing, kesan darah, kotor dan lain2 lagi. Macam mana la adik ipar aku boleh tidur dgn kucing atas tilam yg kotor tanpa cadar tu. Sejak tu, aku mengelak kalau nak tidur rumah mentua. Aku bagi alasan kesian kat adik ipar aku, tak ada bilik kalau aku dan suami balik sana. Rumah aku pun ada bela kucing juga. Tapi abah aku buatkan rumah letak kat luar rumah, masih di tempat berbumbung. Kalau kotor, mandikan dulu baru boleh bawa masuk dalam rumah. Sebab kami adik beradik ramai yg alah dengan bulu kucing. Sensitif!

3. Solat

Masa awal2 kahwin, aku tak pernah nampak ahli keluarga mentua aku solat. Bapa mentua jela aku nampak, itu pun waktu maghrib. Aku tak tuduh. Aku cuma memerhati. Kadang2 mereka boleh duduk di ruang tamu tak berganjak dari awal zuhur sampailah nak masuk maghrib. Bila aku tanya suami, dia diam je. Tahun lepas baru aku nampak adik ipar aku (perempuan) rajin solat. Yg lain wallahu alam. Kadang2 pergi berjalan ke, pergi rumah saudara mara, aku dan suami akan berhenti solat di rnr @ tumpang solat di rumah saudara.

Tapi yg lain2 macam tak ada rasa nak solat baik yg lelaki mahupun perempuan. Aku tak ada la nak mengajak solat. Tapi aku akan tanya saudara aku nak tumpang bilik air, nak tumpang solat supaya yg lain dengar. Bukan nak menunjuk yg aku solat. Tapi itu kewajipan. Mereka dengar tapi seperti tak terpanggil untuk tunaikan solat. Berbanding family aku, kami bukanlah alim sangat. Sekurang2nya kami solat sebab itu kewajipan. Adik beradik aku akan saling menegur dan bertanya, dah solat ke belum? Kadang2 aku sendiri tanya mak aku @ abang aku, mereka dah solat ke belum.

4. Hiburan

Ayah aku imam. Tapi seperti yg aku tuliskan tadi, kami bukanlah alim sangat. Tapi tuntutan yg wajib seperti menutup aurat, solat dan puasa tu alhamdulillah kami lakukan. Iman tu tak dapat diwarisi. Dari segi hiburan, kami seimbang. Masuk waktu, kami solat. Bila maghrib, semua kena ada dalam rumah, solat dan mengaji, baru boleh tengok tv. Tapi berbeza dengan F.IL aku. Mereka lebih banyak pegang hp, main game tak kira masa. Kalau berkumpul dengan saudara mara, hiburan utama ialah karaoke. Baik yg muda mahupun yg tua, lelaki mahupun perempuan, semua nak menyanyi. Bila masuk waktu, stop sekejap, kemudian sambung semula.

Awal2 perkahwinan memang aku stress. Pernah suami ajak balik kampung sebab ada kenduri di rumah saudara belah dia. Tapi kenduri tu lebih kepada jamuan makan2 adik beradik sepupu sepapat2. Tanpa bacaan doa selamat ke apa, boleh makan dan berkaraoke sedangkan di rumah family aku, mereka sedang buat solat hajat beramai2 untuk anak saudara aku yg sakit. Pernah juga aku terpaksa balik kampung suami, sedangkan rumah bapa saudara aku ada jemput ustaz datang bagi ceramah di rumahnya. Mak abah aku ajak aku pergi sekali. Tapi memandangkan suami dah janji dengan mak mentua nak balik sana, aku terpaksa ikut suami. Dan macam biasa, hiburan yg mereka lebihkan.

Oleh kerana perbezaan2 ini la membuatkan aku jarang balik ke rumah mentua. Aku lebih selesa tidur di rumah mak aku. Mungkin sebab tu mak mentua dan adik2 ipar aku tak rapat dengan aku. Tapi mereka tahu aku tak suka bau asap rokok, dia tahu aku tak suka kucing. Aku pun tak salahkan mak mentua dan adik2 ipar aku. Tapi aku tetap balik sana kalau aku balik kampung. Cuma aku dah lama tak bermalam di sana. Kadang2 suami aku saja yg bermalam di sana, aku akan balik ke rumah mak aku. So, sebab tu hubungan aku dengan mereka tak rapat macam aku dengan family aku.

Tapi hubungan suami aku dengan family aku lebih rapat dan mesra berbanding dia dengan family dia. Sebabnya di rumah family aku, banyak aktiviti yg kami buat. Antaranya kami akan berkebun, mengemas rumah, bercucuk tanam. Waktu petang kami akan duduk berbual sambil makan kuih @ cekodok dgn air teh o panas. No hp la kalau ada di rumah family aku. Dan kadang2 hp aku mati pun aku x kisah. Tapi di rumah mentua, dengan aku sekali terjebak menghadap hp sebab masing2 sibuk dengan dunia mereka. Hp adalah wajib bila di rumah F.I.L aku.

Aku masih cuba untuk rapatkan kemesraan aku dengan F.I.L. Aku harap aku dapat sayang mereka sama macam aku sayang family aku. Dan aku cuba terima perbezaan tu walaupun hati aku tak kuat.

– Lynda

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *