Assalamualaikum semua. Sebenarnya confession ni lebih kepada nak minta pendapat, dah pening fikir seorang.
Alkisahnya bermula awal tahun lepas, dimana saya (29 tahun lelaki melayu), tengah elok-elok bekerja dekat office didatangi oleh seorang junior yang baru masuk company (24 tahun perempuan chinese) dan kami bekerja sebagai satu team.
Macam biasa la, bila dah kerja sekali, mesti la banyak discussion, debate dan jadi geng OT siapkan task.
Dan seperti cerita cliche, kadang-kadang ada la sembang tentang benda outside of work (family, hobby dll). Ada la juga texting sampai lewat malam tapi tentang kerja/interest, bukan benda yang tak senonoh.
Dia dah tahu banyak personal info tentang saya, dan saya pun dah tahu macam-macam tentang dia.
Dan bila dah asyik sembang, dalam hati tu dah mula timbul perasaan more than friend.
Tapi tak tahu la dia macam mana sebab memang dari awal dah decide untuk tak nak pursue anything sebab umur pun banyak beza, bangsa berbeza, agama berbeza dan kerja pun satu tempat jadi banyak komplikasi.
Awal bulan Disember tahun lepas, saya resigned dari company tu untuk lompat tempat lain,
Dan ingatkan bila sudah tak ada alasan kerja untuk sembang, tak ada la banyak texting tapi sebabkan kami follow each other’s IG, selalu la juga sembang-sembang kosong sampai sekarang.
So konfliknya adalah saya dah hampir masuk 30an, dan pressure dari persekitaran untuk kahwin makin tinggi. Walaupun saya suka sembang dengan dia, tapi rasanya tak realistik untuk target more than just friend.
Katakanlah dia tak kisah beza umur pun, dia dan family agak strict juga dengan Buddhist rules (tak makan beef etc). Tu belum kira beza culture lagi dan lain-lain hal macam her favorite drink, her pet dog dll.
Of course, I am a practicing muslim so saya takkan buang agama sendiri demi perempuan.
Saya ada juga try register dekat BaitulJannah/TIllJannah app untuk cari pasangan, tapi disebabkan emotionally attached to her, rasa susah nak serius.
Dan bila guna app ni, akan jadi lebih superficial bila tengok calon, dan susah untuk dapat emotional connection secara natural macam dengan dia.
So apa yang patut dibuat…
1) Just confess to her my feeling, see what happen.
2) Tell her that I enjoy being her friend, but since I am emotionally attracted to her, I cannot continue talking to her without jeopardizing my future, so say goodbye and unfollow/ block her on IG.
3) Continue being her friend without pursuing further, while trying to search real partner for marriage (macam mana nak cari tu adalah separate topic of discussion).
Btw, ada big chance juga yang saya hanya syok sendiri. Susah nak tahu isi hati orang.
Sekian,
– Pening (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit