Hubungan Yang Tak Tahu Wujud atau Tak?

Assalamualaikum. Saya nama Muhammad (nama biasa biasa/general) berumur 24 di tahun 2023, nak bercerita tentang kisah cinta saya.

Saya dulu bekerja di kilang lepas habis diploma. Saya memang berniat nak bekerja dan takde langsung niat untuk bercinta..

Sebab saya ni memang ada aura untuk direject kerana muka saya agak sedikit cina atau apa apa sahajalah yang menyebabkan saya ni tak mudah diterima oleh perempuan.

Disebabkan sudah failed dalam percintaan, so saya focus ke diri saya lah.. dengan beli kereta murah dan motor murah fresh dari kilang atas niat nak “ala ala achievement” dalam kehidupan.

Alhamdulillah positif kesannya lah dalam hidup saya. Ada kedua dua benda tu saya tak cerita lah ke sesiapa. Yang nampak benda baru tu, yang bertanya saya jawab je lah.. yang tak bertanya atau tak hirau saya tak heboh.

Lepas ada dua benda tu, terfikir untuk sambung degree sebab gaji diploma tak cukup untuk nak beli rumah.

Dan alhamdulillah dipermudahkan untuk sambung part time degree di universiti terkemuka lah dalam kos finance.

Tapi kilang masa tu tak setuju dengan tindakan saya yang membuat part time degree.. so saya buat notis berhenti 1 bulan dan otw cari kerja lain.

Dalam masa cari kerja lain sebulan tu. Ada sorang perempuan yang juga bekerja di kilang, kami lain department dan jarang berjumpa walaupun tempat kerja sekali. Syif pon berbeza serta saya tak kenal pon dia.

Setiap kali jumpa dia macm akan malu malu tegur. Saya tak buat lawak pon dia ketawa.. terlalu peramah dengan saya.. tapi dengan lelaki lain tak.. (saya perhati dari jauh sahaja).

Pernah sekali dia macam nak cakap sesuatu dekat saya tapi saya buat tak layan dan buat kerja lain..

Lama juga dia berdiri depan saya tak buat apa sambil tutup buka buku kat tangan dia.. saya terfikir ingatkan apa kan.. ada masalah ke kan?

Lepas tu dia pergi je terus.. lepas tu tak muncul dah depan saya. Saya fikir benda ni lama juga. Adakah dia suka kat saya?

Saya pon beranikan diri jumpa dia. Masa jumpa dia tu saya bagi soalan biasa dulu.. “lama tak jumpa kak”.. dan jawapan dia biasa biasa sahaja.

Hari kedua dia datang lalu depan saya.. saya pon beranikan diri lah. “Akak nak tanya boleh”.

Nak tahu tak apa dia buat? Dia punya nak jalan kehadapan tu kan lalu depan saya, dia berpusing macam nak menari.. err camna nak bagi gambaran eh.. macam gembira lah camtu.

Pusing macam menari. Err.. haha.. dalam minda saya macam.. “akak ni dah kenapa kan”.. tapi saya beranikan diri dan cakap jelah.

“Akak, saya suka dekat akak”. Termenung jap dia. Kami pun mula lah mengenalkan diri. Nama, umur, tempat tinggal, kelayakan akedemik, alamat.

Agak terkejut juga yang umur dia adalah umur 30. Tapi nampak macm umur 20-an. Cantik pendek sikit dari saya.

Jujur memang saya punya minat lah. Lepas dia tahu umur saya.. dia macam malas dah. Aura dia macam “alamak” reaksi muka dia.

Tapi saya tetap cakap yang saya serius dengan dia..

(Atas sebab saya fikir yang walaupun saya muda 24 tahun tapi saya ni dah macam orang tua yang pergi balik kerja solat di masjid luangkan masa dengan keluarga banyak tiada kawan untuk keluar lepak sebab semua kawan berada di luar negeri).

Dia macam tak tahu nak kata apa. Pekerja lain dah mula banyak. Saya nak minta nombor telefon dia tapi dia tak nak bagi dan kata “lain kali boleh?” Saya angguk diam. Dan dia pergi.

Keesokan hari saya tunggu tempat biasa dalam kilang (masa rehat i mean dan jangan risau ianya takdelah terlalu err berduaan. It just selesa untuk berborak tanpa pengacauan).

Tapi dia tak munculkan diri. Saya pun macam badmoodlah. “Aku ni yang nak tolong dia confess tapi aku pulak yang rasa sakit sebab macam direject aduh” dalam fikiran saya. Saya menunduk termenung.

Lepas tu.. tiba tiba dia sergah secara mengejut. Keadaan dia macam saya tengah menunduk kat kerusi, dan dia tundukkan kepala sambil menghadap muka nya ke saya. (Harap boleh imagine).

Saya pun macam “eh?.. err.. lah akak ada …?” Dia pun jawab “haah” tapi masa tu kawan dia ada sekali dengan dia.

Terus putus mood saya nak bercakap tentang confession kelmarin. Dan dia pun macam buat buat tak tahu nak cepat ada kerja lah camtu. Buat busy dengan kawan dia.

Dia macam sejak saya confess dia cuba avoid saya. Penat rasa. Saya pulak yang makin menebal rasa suka kat dia. Dulu biasa biasa je. Penatkan. Adeh.

Lepas tu saya buat keputusan buat surat cinta lah konon. Saya tulis lah yang “minta maaf kalau confession saya bagi kesan buruk ke akak dan bla bla bla”.

Saya cerita serba sedikit tentang kereta baru motor baru tu, plan saya sambung part time degree sebab nak beli rumah, akan berhenti cari kerja lain, akan habis degree dalam masa 4 tahun lagi,

Last sekali tulis nak buat perjanjian dengan dia yang kalau dia belum kawin atau tiada calon lelaki untuk berkahwin sampai saya habis degree.. saya berhajat nak jadikan dia bakal isteri saya. Saya tulis camtu. Saya bagi dia surat tu.

Lepas sekian hari. Dia datang jumpa saya. Dan dia mengangguk tapi tak terkata apa apa. Saya macam blur sikit masa tu.. tanya dia “tunggu tak kak?” Dia mengangguk je.

Penattttttt. Lepas tu dia cakap “dia tak couple. Kawan pon tak nak. Nom telefon memang tak nak bagi. Jangan hubungi atau tulis surat kat dia lagi”. Saya terkejut.. dan setuju sahajalah. Tapi lepas pujuk tu.

Bagi lah apa apa kan sebab nanti nak cari balik senang. 4 tahun bukan sekejap. Dia pun bagi lah add account fb. Gembiralah kan ada contact sikit walaupun memang takkan hubungi atau message dia.

Bila check tu memang takde langsung lelaki dalam friend list fb dia. Saya sorang sahaja lelaki. Speechless rasa.

Then saya pun berhenti lah dan bekerja di syarikat yang memang ngam dengan part time degree. Rindu kan dia memang setiap hari. Nak message takut dia marah.

So, saya share je lah info dekat fb macam quote, video kelakar, video agama kot kot dia terbaca.. boleh lah ingat lagi saya. Hehe. Sekurang nya ada effort kan. Hmmmm.

Saya tak tahulah nak kata apa dengan kehidupan saya ni. Nak kata saya ni kuat agama.. tak jugak. Tapi kenapa dapat yang bagus orang nya..

Tak berkawan dengan lelaki.. Jaga adab. Jaga aurat. Cantik orangnya. Menyukai saya tanpa tahu asset saya. Keturunan saya. Agama saya. Dan lain-lain. Saya sendiri pun tak tahu apa yang dia minat dengan saya.

Dan jujur cakap.. Umur dia tu tak penting. Bukannya kawin dengan orang muda ni automatik happy kan.

So.. dah sebulan jugak lah kami tak jumpa tak message. Rindu tu pasti. Dan ramai pelajar praktikal yang cantik cantik kat tempat baru ni.. ada salah sorang daripada mereka rasanya suka dekat saya.

Saya cuba avoid dia tapi memang terpancar yang kalau mengorat dia, memang dia nak.. susah kadang kadang nak maintain hubungan yang saya sendiri pon tak pasti.

Nak message tak boleh nak jumpa tak boleh. Penat. Netizen rasa macam mana hubungan kami ya?

Cuba cakap tentang hubungan kami? Any complain or anything nak cakap. Nanti saya tengok dekat comment. Hehe. Terima kasih sudi baca.

Panjang sangat ni, hahaha..

– Muhammad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *