Assalamualaikum readers. Moga confession ini diluluskan. Nama aku Imani. Tahun ni tahun ke empat aku mengenali Man sejak di universiti. Aku perlukan doa dan nasihat yang terbaik buat diri aku.
Sebelum ni, kami sering berhubung juga. Kami mempunyai hubungan sia2 yang tiada nama. Pernah beberapa kali aku menjauhinya namun dia mencari dan memujuk aku kembali
Bermula tahun lepas, kami kerap bertemu sejak aku berhijrah berdekatannya. Aku tahu dia mempunyai perempuan lain yang tidak ku tahu statusnya. Bila aku bertanya, dia hanya menjawab itu kawan je. Silap aku, aku pun tak pernah tanya siapa aku di hatinya.
Tapi apa yang aku ingat, dia sering mengajak aku untuk menjadi isteri no 2 dalam nada bergurau dan mengatakan bahawa no 2 lebih disayangi. Tiap kali bertemu kami memang ibarat pasangan kekasih kerana dari dahulu memang dia melayan aku begitu.
Sehinggalah aku sedar, aku mahu hubungan ini dihentikan. Tiada usaha untuk ke arah perkahwinan. Tiada kejujuran tiap kali aku bertanya tentang perempuan. Alasan dia, tiada post atau story tentang perempuan di sos**l medianya. Aku berdoa agar Allah memberikan aku jalan keluar.
Sungguh Allah itu maha pendengar. Hanya beberapa jam selepas itu. Aku dapat mengetahui segalanya. Aku jumpa data2 perempuan yang sering dia berdalih.
Nama yang dia daftarkan di kad insuransnya ialah Zila. Sepatutnya, nama yang perlu didaftarkan adalah nama pasangan, kebiasaannya isteri. Kami bergaduh agak besar kerana aku ingat dia sudah beristeri.
Masih aku ingt kata2 dia. “pernah ke kita declare apa2?” “i boleh daftar siapa je under my dependent”. “i keluar dgn u takde nak buat bukan2 pun”. Zasss macam terpukul aku di situ.
Hati aku remuk, kelihatan aku yang terhegeh hegeh. Padahal dia yang mencari aku selama ni. Tak pernah sekali pun aku mengajaknya keluar. Aku terus mendiamkan diri dan tidak membalas whatsapp.
Dipendekkan cerita, baru-baru ini selepas 2 bulan tiada khabar berita. Dia memberi ucapan hari lahirku dan meminta maaf. Katanya dia belum berkahwin dan bukan seperti yang aku sangka. Katanya lagi, dia hutang penjelasan dengan aku. Ya, setelah diselidiki dia memang belum berkahwin.
Melalui data yang aku ada, aku jumpa fb dan ig Zila. Dari situ aku tahu yang mereka pernah bercuti bersama walaupun tiada gambar bersama. Masih aku ingat lagi sebelum percutian tersebut.
Kami bertemu, dia memberitahu dia akan bercuti bersama maknya, rupanya dengan Zila. Bila aku bertanya, dia akhirnya mengaku tapi tetap meyakinkan aku bahawa mereka tidak berbuat apa-apa.
Dipendekkan cerita kami bertemu untuk berbuka puasa bersama sepupunya. Kalini dia pesan, “u boleh tanya sepupu, i dah kahwin ke belum”.
Ohh sebelum terlupa. Sebelum kami bertemu, kami berbincang di telefon. Dia memohon maaf dan bersungguh sungguh menyatakan bahawa perempuan itu tiada apa-apa. Dia boleh tukarkan nama aku untuk insuransnya.
Aku hanya mendengar, tidak pernah aku mempercayai kata katanya lagi.
Sempat lagi dia berkata “Imani, kita kena teruskan hubungan teman tapi mesra kita ni”. Haha, ini lah hubungan tiada nama kita selama 4 tahun ini.
Malam itu kerana aku sudah tawar hati, aku tidak lagi melayannya seperti dahulu. Kelihatan kecewa di riak mukanya. Dan tiba-tiba dia bertindak agresif untuk memelukku.
Aku menolak dan mengarahkan untuk dia mengawal dirinya. Kami pulang dan tiada apa yang berlaku malam itu.
2 minggu selepas itu, dia membawa aku beraya di rumah rakannya. Bukanlah open house. Hanya sedikit makan-makan yang ada 5 orang ketika itu. Sempat lagi dia berpesan di dalam kereta.
Imani, kalau kawan i tanya, cakap kita kawan je tau. Haha Man, ini lah permainan kau. Dalam kereta kau bersayang sayang, di hadapan kawan2 kata kawan. Aku tak kisah pun untuk berkawan biasa.
Hakikatnya, aku tidak pernah memanggilnya sayang. Semenjak pergaduhan haritu, aku mula tahu kedudukan aku.
Sumpah, tiada sikit pun rasa sayang terhadapnya. Aku cuma mahu lihat permainan dia. Kadang-kadang saje aku bertanya tentang jawapan yang aku telah ketahui.
Bila aku menjejakkan kaki ke rumah, rakan-rakannya bertanya siapa ni. Ni ke Fitrah. Haha Fitrah? Siapa pula Fitrah. Yang dalam insurans nama dia Zila. Aku ni kenal dengan buaya tahap apa ni. Aku senyum dan mengenalkan diriku.
Tidak terhenti di situ, sempat lagi kawan kawannya berseloroh. “Man, mu ni Fitrah lagi, Imani lagi”. Aku hanya tersenyum.
Sebelum pulang dari rumah rakannya itu, Man memberikanku telefon bimbitnya untuk aku mengambil gambar mereka dan aku sempat melihat gambar-gambar di dalam galerinya.
Aku jumpa sceenshot gambar Zila yang tidak bertudung semasa bervideo dengannya dengan aksi2 yang menggoda. Tapi aku hanya menutup mulut. Sungguh Allah itu tersangat baik denganku. Aku menjumpai pelbagai bukti yang menunjukkan dia bukan lelaki yang baik untukku.
Aku bukanlah perempuan yang terlalu baik. Namun aku menjaga solat 5 waktu, hubungan dengan ibu bapa.
Tidak pernah sekali aku keluar dengannya memakai pakaian yang ketat kerana dia pernah berpesan, katanya jangan pakai ketat-ketat bila keluar dengannya sebab dia lelaki. Namun aku juga manusia yang masih melakukan dosa.
Semasa perjalanan pulang. Ketika itu sudah mahu masuk waktu maghrib. Kami tidak berhenti solat, kerana katanya tiada surau yang buka ketika PKP ini. Dia membawa aku pusing-pusing kerana masih belum mahu pulang.
Selama aku hidup berpuluh tahun, ini adalah kali pertama aku melakukan perkara paling b****h bersamanya. Aku menolak tapi tidak terlalu keras tapi tidak juga merelakan dan inilah saat paling b****h dalam hidup aku.
Walaupun tidak sehingga menggadaikan kehormatanku tapi ia tetap perkara jijik yang aku rasakan tiap kali mengingati kejadian itu. Sumpah, tiada sedikit pun rasa senang tiap kali teringat.
Selepas kejadian itu, dia hanya memohon maaf kepadaku. Katanya lagi “Imani, u bernasib baik i masih ada iman. Nasib baik juga u banyak menolak dan meronta ronta”.
Sungguh ia adalah perkara yang buruk dan aku sering merasa loya apabila mengingatkan kejadian itu. Selepas dari kejadian itu aku mengelak untuk bertemunya sehinggalah sekarang. Walaupun dia mengajakku untuk keluar makan, aku beri pelbagai alasan.
Sampai lah aku mengetahui bahawa kekasihnya Zila telah pulang ke sini dan mereka bertemu semalam dan setelah diselidiki sudah 5 bulan Zila tidak pulang ke sini kerana berada di rumah keluarganya semasa PKP. Rupanya aku hanyalah mangsa dan mainan tatkala kekasihnya jauh.
Sungguh kita tidak boleh menghukum manusia melalui ‘permukaannya’ sahaja. Aku mengenali lelaki yang baik dan disenangi rakan rakannya dan ahli keluarganya tapi merupakan perosak wanita2.
Malam itu dia bertanya padaku, “takkan u tak pernah… bla bla…” dan dari gayanya aku tahu ia bukanlah pertama kali dan dia mungkin pernah melakukan lebih lagi.
Katanya ia ada ‘new normal’ zaman sekarang. Bagi aku tak, aku mempunyai circle of friends yang tidak mengamalkan ‘new normal’ tersebut kerana ianya adalah tidak normal.
Aku bersyukur Allah masih selamatkan aku dari melakukan perkara yang lebih buruk. Allah terlalu baik, masih menutup aibku ini. Aku bukanlah wanita yang senang ke sana ke mari dengan lelaki. Itu ada lah satu-satunya lelaki yang aku keluar bersama di sini.
Buat masa ini, aku hanya ingin memfokuskan untuk memperbaiki diri ke arah lebih baik . Aku telah block ke semua nombor dan sos**l media. Doakan aku. Moga aku istiqamah dalam menjauhi dia. Aku tak mahu melakukan kesilapan yang sama.
Semoga kita semua diberikan jodoh yang baik dari Allah. Sesungguhnya aku yakin, masih ada lagi lelaki yang baik di luar sana sama seperti ayah kita. Aku sedih tiap kali teringat kedua orang tuaku.
Seringkali abah berpesan, “jaga diri Imani duduk jauh dari keluarga. Kalau ada calon, bawalah jumpa abah”. Apa lah yang abah rasa bila tahu anak abah buat macam ni. Aku menyesal, terkadang aku rasa aku tidak layak untuk mengenali dengan lelaki yang baik.
Mohon readers memberikan aku nasihat dan kesedaran. Terima kasih.
– Imani (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit