Assalamualaikum. Sedikit pengenalan tentang saya. Saya seorang perempuan, umur hujung 30 an dan berpendapatan tetap. Sudah berkahwin lebih 10 tahun dan tiada anak.
Mempunyai mak ayah yang sakit tetapi tinggal berjauhan dari mereka. Tiada anak yang tinggal bersama mak ayah kerana kekangan kerja/belajar. Ibu ayah mertua pula sudah tiada.
Baru2 ni sedang saya bersembang dengan kawan saya, Siti. Tiba2 konteks bualan pergi ke kisah anak angkat.
Saya tiada anak angkat, dan Siti seolah2 memaksa saya mencari dengan segera sebab tua nanti tiada yang menjaga. Mungkin Siti kesian kan saya nanti tua keseorangan.
Entahlah. Tentang tua dan anak. Memang rezeki kalau di akhir usia ada anak yang menjaga. Tapi sebenarnya anak2 yang betul2 mengorbankan ‘semua’ untuk menjaga mak ayah sangat susah di cari.
Siti, yang jelas mengharapkan anak2 dia menjaga dia masa tua nanti, diri sendiri juga tidak mampu berkorban sedemikian rupa.
Ibu2 ayah2 yang mengharapkan anak2 menjaga mereka tua nanti kena faham, diri mereka sendiri bukan se’hebat’ itu.
Yang pandai berkata2 ni kebanyakan tidak tahu istilah ‘jaga’ orang tua yang sebenar.
Akhirnya, yang bongsu bujang juga yang menjadi tunggak menjaga ibu ayah yang tua. Bukan yang dah berkeluarga beranak pinak ni.
Saya, walaupun jauh, tetapi muka ni sahaja lah yang balik. Muka inilah yang memastikan isi peti ais lengkap dengan makanan berkhasiat.
Muka ini lah yang sedaya upaya menyediakan ubat, membayar coway sebab takut mak tak larat angkat air, yang menjadi orang pertama balik jika ada emergency. Yang beribu duit habis untuk mak ayah yang jauh.
Muka2 orang yang bujang, yang ‘tiada’ anak ni lah yang paham erti ‘jaga’ emak.
Jadi, walaupun saya sendiri takut dengan masa tua saya nanti, tapi bila saya tengok masa tua ibu, arwah ibu mertua, jiran2.
Saya dapat simpulkan, kebergantungan kita, expectation kita, jangan letakkan terlalu tinggi pada anak.
Saya cuma berharap masa tua nanti, saya kaya dan mampu upah orang untuk jaga saya.
Masa tua, ada anak sepuluh pun, tetap akan ada takut dan sunyi nya. Takut pada kematian, sunyi kerana ketidakmampuan fizikal.
Doakan perjalanan tua tiada anak saya nanti semudah awak2 semua yang mempunyai rezeki anak.
– Timah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit