Hukum Kerja di Bank

Assalamualaikum w.b.t buat semua pembaca. Pertama sekali terima kasih diucapkan kepada admin kerana telah mengizinkan tulisan ini untuk dikongsi bersama anda semua.

Aku tergerak hati untuk balas post sebelum ini yang bertajuk “kerja bank”. Boleh baca confession berkenaan di sini, (https://iiumc.com/kerja-bank/).

Aku hanya ingin berkongsi apa yang aku pelajari bersama para pembaca, bukan bermakna apa yang aku katakan 100% betul, maka kalau salah tolong betulkan. Umum mengetahui bahawa bank memang terlibat dengan riba. maka kita sebagai penganut agama Islam sudah pasti wajib mengelakkan diri dari terlibat dengan sebarang transaksi yang berkait dengan riba.

Tulisan ini adalah untuk membincangkan berkenaan hukum bekerja di bank, buat pengetahuan kalian aku juga merupakan seorang pekerja di salah sebuah bank. Sejak dari mula aku bekerja dahulu persoalan hukum halal atau haram gaji yang diterima kami sudah bermain dibenakku, maka pembacaan dan kuliah demi kuliah kuikuti bagi mendapatkan jawapan.

Aku kupaskan setakat yang termampu, bank di negara ini rata-ratanya mengamalkan sistem gabungan perbankan islamik dan konvensional, jika dikira dari segi kadar interest / bunga keduanya sama sahaja tidak banyak beza.

BNM tidak membenarkan jurang perbezaan diantara satu jenis sistem perbankan ke atas yang lain kerana ini akan menjatuhkan yang lagi satu itu, disebabkan itulah kalau dilihat dari segi luarannya memang tiada beza melainkan hanya dari segi istilah yang digunakan seperti mudharabah / murabahah / musyarakah dan macam2 lagi.

Kita harus faham terlebih dahulu bahawa terdapat pendapat yang berbeza beza daripada para ulamak berkenaan hukum kerja di bank, ada yang keras dengan mengatakan haram dan ada yang terbuka mengatakan halal namun perlu patuh pada beberapa syarat.

Syaratnya iaitu tugas / kerja seseorang itu tidak berkait langsung dengan riba, makna kata tidak terlibat dengan sales samada dia yang mencari pelanggan, menyiapkan dokumen, saksi borang, tukang approve, atau apa sahaja yang terlibat dengan riba.

Antara contoh kerja yang tidak terlibat dengan riba didalam bank adalah seperti cleaner, technician, engineer, dan lain2 yang anda sendiri harus fikirkan samada kerja harian anda terlibat dengan riba atau tidak. Perbezaan pedapat antara ulamak ini menjadi manfaat buat kita orang umum dan masih punyai pilihan.

Aku bekerja di bahagian customer service yang mana tugas harianku adalah melayan permintaan pelanggan yang macam2 ragam tanpa perlu buat sales. Walaupun aku tidak buat sales tentu ada dari kalian yang akan mengatakan “sama je, duit gaji dari sumber riba jugak kan”.

Tuan2, akaun simpanan bank antara riba dan islamik tidak bercampur ya, namun begitu gaji pekerja islam tetap bukanlah diberi hasil daripada pendapatan keuntungan akaun islamik tersebut melainkan hanya 40 orang sahaja yang gajinya 100% daripada akaun halal (tanpa riba) dan mereka ini adalah daripada bahagian syariah dan juga orang2 tertentu.

Selain daripada mereka2 ini, akan dibayar menggunakan keuntungan akaun konvensional, disinilah mulanya perbincangan kita setelah sedikit kefaham kuberikan pada kalian. Tahukah anda bahawa salah satu sumber pendapatan terbesar kerajaan adalah hasil daripada cukai yang rakyat bayar, harus diketahui bahawa hukum cukai adalah haram dalam Islam.

Itu belum masuk bab pendapatan kerajaan hasil daripada pelaburan ke tempat2 non-halal, maka dengan pendapatan itulah kerajaan membayar gaji anda semua yang berkerja dengan goverment, maka sama tak keadaannya sekarang anda dengan kami yang bekerja di bank?

Oleh itu, kita kena faham bahawa pekerjaan seperti guru, doktor, polis, kontraktor dan lain2 itu adalah pekerjaan yang baik dan tidak terlibat dengan riba, maka selagimana mereka2 ini melakukan kerja mereka dengan jujur dan amanah serta tidak melakukan/mengambil riba ianya adalah baik dan gaji yang diterima adalah halal.

Pendapatan kerajaan itu bukanlah kesemuanya haram, ada bahagian yang datang daripada sumber halal, maka kita beranggapan bahawa gaji yang diterima itu datang dari sumber halal itu tadi. Begitu juga dengan bank, pendapatan bank juga ada halal dan haramnya, maka kita beranggapan bahawa gaji yang diterima itu hasil daripada tingkap syariah yang mana halal buat kita selagi mana kita patuh dan tidak terlibat dengan sebarang riba dalam skop kerja kita.

Setelah lepas syarat pertama seorang pegawai bank iaitu skop kerja tidak terlibat dengan riba, seterusnya kita harus pasang niat untuk mencari pekerjaan lain yang lebih baik dan tidak berniat untuk kekal disitu selamanya, tak perlu berhenti terus dalam keadaan banyak tanggungan dan tanggungjawab. Cukup sekadar ada niat dalam hati “akan datang kalau ada rezeki tempat lebih baik dan bebas dari riba aku nak jump” dan teruskan kerja macam biasa.

Sama macam kes orang kerja 7eleven yang mana terpaksa jual arak, wajib niat untuk berhenti dan cari kerja lain, tapi masih boleh teruskan bekerja disitu bagi meneruskan kehidupan. Selain itu juga, kita haruslah bekerja dan niat untuk belajar sebanyak yang boleh berkaitan dengan perniagaan perbankan ini supaya dapat dimanfaatkan untuk kebaikan kelak.

Cuba korang bayangkan kalau semua orang islam tidak ada langsung yang terlibat dengan perbankan, maka seluruhnya akan dikuasai oleh bukan Islam dan ini akan membuka peluang untuk anda, saya serta kita semua yang beragama Islam ditindas, ditipu, dianiaya dan sebagainya.

Sebab itulah perlu ada juga sebahagian orang Islam yang bekerja dalam industri ini bagi menjamin kestabilan dan kesejahteraan sejagat, namun tetap tidak boleh dijadikan alasan untuk terlibat dengan jenis kerja yang terlibat dengan riba.

Lihatlah contoh apabila bengkel2 dikuasai oleh peniaga cina, maka peniaga bengkel melayu menjadi lemah sehingga ada yang ditindas, itu baru bengkel tuan2. Kita sedang bercakap berkenaan BANK yang mana duit tuan2 semua disimpan disana, segala perniagaan besar pasti terlibat dengan bank, maka tidakkah tuan2 rasa Islam akan ditindas sekiranya SELURUH pekerja bank langsung tidak ada orang Islam? Pasti ekonomi agama lain akan jauh dihadapan kita jika itu berlaku.

Sekali lagi diingatkan, jangan tarik nafas lega buat pekerja bank kerana anda harus bebas dari skop kerja yang terlibat dengan riba bagi menjamin kehalallan gaji. Kita sebagai pekerja bank haruslah belajar sebanyak mungkin ilmu perbankan agar kelak apabila kita keluar dari alam perbankan, ilmu itu dapat digunakan untuk pekerjaan lain serta membantu orang yang teraniaya oleh putar belit bank.

Bagi tuan2 yang sibuk menuding jari mengharamkan gaji kami pekerja bank, belum tentu gaji anda halal kalau datang kerja lambat, balik awal, mengular, kaki MC, main henfon, berborak tak habis2, kerja tak amanah, attend customer sambil lewa, dan sebagainya. Adalah lebih baik kalau tolong doakan agar kami diberi pekerjaan yang lebih baik dari sekarang.

Zaman sekarang bukan senang nak cari kerja, bila dah ada kena la jaga elok2, begitu juga kami para pekerja bank. Anda ingat kami tak sedih ke orang cakap gaji kami haram?

Mohon nasihat dan tunjuk ajar dari tuan2 yang lebih alim berkenaan hal ini sekiranya saya salah.

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *