Hulurkan Duit, Ringankan Beban Adikmu

Assalamualaikum dan hai. Nama aku Ahmad (bukan nama sebenar). Takde la isu besar sangat tapi lebih kepada Ihsan sesama manusia gitu, haha. 

Cerita ni takde cerita cinta cintun tangkap perasan, bukan². Ni nak cerita realiti punya waktu beraya.. 

Hadirin dan hadirat sekalian, sedia maklum semua orang Muslim akan menyambut perayaan aidilfitri, yang mana perayaan ini amatlah dinanti-dinantikan oleh sekalian insan tidak kira miskin atau kaya, tua atau muda. 

Eh macam teks khutbah jumaat pula. Hahaha. 

Okey macam ni. Aku bujang laki umur 27 tahun. Ya aku still single since lahir lagi. Tapi bukan tu yang aku nak cerita. 

Aku ni tinggal kat rumah parents. Nak dijadikan cerita arwah abah aku dah lama meninggal, adalah dalam 4 tahun. 

Jadi aku lepas grad 4 tahun lepas memang sudah dipertanggungjawabkan untuk uruskan rumah keluarga memandangkan adik beradik aku yang atas semua dah kahwin. (Ada 5 orang, 3 laki & 2 perempuan).

Jadi tinggallah aku dengan mak + adik² yang masih belajar. 

Kalau setiap tahun, macam biasalah giliran adik beradik balik rumah beraya. Tu aku tak kesah sangat walaupon memang setiap raya memang aku kena tidur ruang tamu. Bagi abang² kakak² tidur dalam bilik. 

Tapi kan tapi… Boleh tak siapa² yang balik awal ke kampung Tu.. boleh tak kurangkan sikit pergi keluar jalan². Pleaselah abang² kakak² tolong adik²mu ini di rumah. 

Tak tau lah orang lain, tapi macam rumah aku tu kira kemas rumah waktu Raya tu dianggap macam gotong royong perdana. Paham tak macam mana kepohnya rumah sebelum Raya. 

Time tu lah nak cat baru, basuh karpet sofa segala bagai. Halaman rumah yang tak pernah dibersihkan setahun, waktu tu lah dibersihkan.. penat wey. 

korang mesti kata, eleh bersihkan je la halaman tu, bukan penat pon. Aku lupa nak bagitau, aku orang kampung, rumah pon rumah kampung. Dan halaman rumah, luas ya amat. Satu hari tak cukup nak bersihkan. 

Ringan² lah tolong kemas rumah ya. Kan adik beradik sama² lah tolong kemaskan rumah. Jangan asyik main hp je @ terperap dalam bilik. Pergi tolong apa yang patut. 

Aku yang laki ni sampai pukul 2@3 pagi tak tidur sebab masukkan benda Alah besi sangkut kat langsir tu sebab tak terkira bende nak dikerjakan + tenaga kerja kurang. Paling benci yang besi sangkut tu. Salah sikit kena buka. Haish…

Lagi satu, kita ni adik² level bawah je, malu nak beritahu. Tapi sebelum nak berangkat ke rumah mak mertua. Hulur hulur lah tong² duit dapur. 

Barang dapur ni kalau cerita boleh buat gadoh. RM100-200 pon dah lega kalau dihulurnya. 

Ni tidak, kau dah request kat adik² yang bawah masak itu masak ini, lepastu tak cukup nak request kat aku bakar lemang. Aku dah la paling tak suka bakar lemang. 

Sebab apa, sebab aku bila bakar lemang auto geseng (gelap). Punya la penat aku jaga kulit ( walaupon lelaki) tapi sehari sebelum raya, jadi gelap balik serupa Bangla. 

Raya lepas la aku paling terkejut, lepas bakar lemang aku sempat pergi gunting rambut. Biasalah nak gunting rambut tu usha² cermin besar gedabak tu. Time aku duduk kat tempat potong rambut. 

Alangkah terkejutnya aku.. Bangla barber tu lagi cerah daripada aku. Aku tak tahu nak sedih sebab jadi gelap atau nak happy sebab berjaya bakar lemang demi keluarga tercinta.. hahahah. 

Dah lah waktu raya ni je aku nak cari calon isteri. Tapi dah kalau muka pon hitam, tangan berbelang, siapa nak.. huhu. 

So hulur² la sikit ye mana yang mampu. Kang kalau takde lauk yang kau request nanti merajuk pula. Aku tak kesah hitam sikit, janji hulur. RM50 pon Okey besar nikmatnya. 

Walaupon mak aku ada dapat duit pencen sebab arwah abah dulu kerja kerajaan, tapi aku lah yang kena topup waktu belanja Raya.

Tahun lepas aku agak termenung tengok akaun bank sebab sipi² nak tinggal 3 angka je tau. Pahamkan situasi aku macam mana kan.. 

Eh, kau takde adik lelaki ke, asyik cerita adik perempuan je yang tolong. Ada.. aku Ada adik lelaki, tapi bongsu kan. Memang kerja dia pandai larikan diri. 

Tapi tahun ni memang aku akan pastikan dia duduk rumah je malam Raya. Tiap kali malam raya je kau hilang.

Aku plan memang nak sorok kan kunci motor + sorokkan spec mata biar kau sama² rasa keperitan kemas rumah sampai 2@3 pagi, ahaha. 

Tu je la, dua tu je lah nak peringat. Abang² kakak². 

Pertama: jangan asyik keluar je, tolong mana mampu.

Kedua: Hulur duit dapur, RM50 Okey. 

Ahmad, terpaling periang. 

– Ahmad Periang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *