Assalamualaikum para pembaca IIUM Confession. Terima kasih kepada admin sekiranya cerita ini disiarkan.
Saya olah beberapa perkara, takut diketahui ramai siapa saya dan berharap agar cerita saya boleh dijadikan iktibar dan pengajaran.
Cerita ini telah berlaku beberapa tahun dahulu namun saya terpanggil untuk berkongsi.
Sedikit perkenalan, saya Sutera, berumur akhir 40-an, seorang guru dan mempunyai 4 orang anak yang alhamdulillah sihat dan bijak.
Seperti tajuk di atas, sememangnya saya seorang yang bersifat lurus, boleh dikatakan baik dan sentiasa husnuzon dalam setiap perkara.
Saya tinggal bersama-sama mertua disebabkan suami anak lelaki tunggal. Suami telah menyatakan hasrat beliau sebelum kami bernikah, maka saya kenal-kenal dengan mertua dan serasi.
Adik beradik suami yang lain semuanya perempuan dan masing-masing berkerjaya professional dan berjaya namun tinggal sedikit jauh dari mertua.
Suami saya juga alhamdulillah berkerjaya baik dengan gaji yang selesa. Mertua saya kedua-duanya dari keturunan yang baik, beragama dan sebelumnya berkerja dalam bidang professional. Masing-masing sudah pencen dengan total RM8k sebulan.
Saya tinggal bersama-sama suami, mertua dan anak-anak di rumah pusaka mertua.
Disebabkan kami agak ramai, saya dan suami bersetuju membuat personal loan (60% suami, 40% saya) untuk renovate rumah mertuaku dengan menambah bilik-bilik baru buat anak-anak disebabkan ibu mertuaku telah menghibahkan rumah tersebut kepada suamiku.
Kedua-dua mertua tahu akan pinjaman peribadi tersebut malah berterima kasih kerana saya sudi membantu meringankan bebanan kewangan suami. Anak-anak perempuan ibu mertuaku dihibahkan bahagian tanah di kampung yang agak luas.
Alhamdulillah semuanya baik dan happy. Ramai kenalan saya cemburu dengan keakraban mertua dan saya kerana saya dilayan seperti anaknya sendiri.
Adik-adik ipar juga sangat baik dengan saya dan anak-anak. Kesimpulannya, saya tidak kekok tinggal bersama-sama mertua.
Namun semuanya tidak indah apabila suami saya meninggal secara tiba-tiba. Ayat mertua, “jangan risau, ibu akan jaga Sutera dan cucu-cucu ibu. Teruskan teman ibu dan ayah di sini.”
Ya, saya bersyukur kerana ada yang menerima saya walaupun menantu. Ibu mertuaku juga bercerita kepada orang yang hadir, dia akan menjaga saya dan anak-anak. Ramai memuji tindakan ibu mertuaku.
Saya terharu dan memikirkan nak-anak sangat rapat dengan ibu mertuaku berbanding ibuku sendiri, saya setuju.
Mungkin asbab kebaikan mertua, salah seorang anak perempuannya dapat bertukar ke negeri kami. Mereka sekeluarga menyewa di taman berhampiran kampung.
Namun atas kekangan masa, anak-anak iparku dihantar ke rumah ibu mertuaku. Saya okay, the more the merrier.
Setelah beberapa bulan suamiku tiada, rumah yang kami renovate telahpun siap sepenuhnya. Rumah lama yang diberi nafas baru. Personal loan hanya tinggal beberapa tahun yang perlu dibayar.
Dek kerana suamiku sangat menjaga perihal kewangan kami, saya dan anak-anak mendapat keseluruhan hibah simpanan suami. Graduati suami, saya berikan sebahagian kepada ibu dan saya selesaikan personal loan kami berdua.
Alhamdulillah, saya kurang bebanan hutang kecuali kereta saya yang juga tinggal beberapa tahun untuk diselesaikan. Urusan faraid alhamdulillah mudah. Ibu juga mendapat bahagiannya.
Perkara yang tidak disangka berlaku. Adik iparku sedikit sebanyak mula tidur dan tinggal di rumah mertuaku. Bilik anak-anak saya terpaksa berkongsi.
Tiba-tiba suatu hari ibu memanggilku dan meminta supaya saya berpindah bilik dan berkongsi bersama anak perempuan saya disebabkan bilik kelamin saya agak besar, supaya senang anak perempuannya tidur bila balik selalu. Alasannya sebab bilik tamu terlalu kecil untuk mereka berdua.
Saya tak mampu berkata apa-apa kerana memikirkan kami hanya menumpang walaupun hakikatnya hampir keseluruhan perabut telah saya tukarkan dengan yang baru dan cantik di bilik saya.
Semakin lama, adik iparku menyatakan hasrat untuk tinggal di rumah mertuaku. Alasan untuk menemani mereka yang semakin menginjak usia. Dia meminta saya berpindah ke tempat lain. Dia berkata apa akan jadi sekiranya saya berkahwin semula? Secara tiba-tiba.
Ya, saya terduduk dan tergamam memikirkan saya dan suami tidak pernah membeli sebuah rumah asbab ingin tinggal di situ. Banyak duit telah dilaburkan di situ. Saya bersyukur tidak meneruskan niat suami untuk membuat renovation dalaman.
Ibu mertua bersetuju dengan adik iparku. Alasan yang sama digunakan, apa akan jadi sekiranya saya berkahwin semula?
Alasan seterusnya adalah kerana saya berkerja dan masih berpendapatan tetap serta ada pencen suami, jadi saya mampu untuk membawa diri saya dan anak-anak. Anggaplah rumah ini hadiah dan kenangan suami buat ibu dan adik-adik beliau.
Saya terdiam dan menangis. Sungguh saya disisihkan setelah banyak saya berhabis untuk rumah tersebut. Ibu mertua menyatakan bahawa tanah rumah tersebut atas nama beliau maka dia ingin memberikan kepada anak perempuannya.
Saya diam untuk beberapa lama. Namun saya sedar dan mula menguruskan urusan perpindahan rumah dan sekolah anak-anak saya. Alhamdulillah, saya mendapat pertukaran dengan mudah. Semua urusan anak-anak juga dipermudahkan.
Ya, itulah kisah husnuzon saya. Walaupun tinggal sedikit jauh, saya masih membawa anak-anak berjumpa nenek mereka. Namun layanan sangat berlainan berbanding ketika suami masih ada.
Betul kata mertua, saya tak perlukan wang ringgit, tapi layanlah anak-anak saya yang juga sebahagian suami saya iaitu cucu mereka sendiri.
Mereka sekeluarga sangat bimbang sekiranya saya menuntut ‘hak dan janji’ anak-anak saya. Tidak mereka nyatakan secara nyata, namun saya faham setiap kali saya pulang melawat mereka.
Ya, saya bersyukur asbab saya berkerja, mampu menyara keempat-empat anak saya. Saya bersyukur suami hibahkan hampir kesemua simpanannya kepada saya dan anak-anak. Bagus bersangka baik, tapi ingatlah, kita menantu hanyalah orang luar.
Kesilapan saya adalah, saya tidak menyemak hitam putih hibahan rumah tersebut. Rupanya hanya hibah di mulut. Tapi apalah hak saya untuk berkata apa-apa.
– Sutera (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sedihnya ya.. terkilan sangat.. sudahlah suami dah meninggal. ibu mertua pulak macam tu..
Sy yakin sis seorang ibu yg sangat tabah.. org yg sentiasa positif ni sentiasa berdikari.. syukurlah sis bukan jenis mudah melatah & degil.. masa telah membuktikan segala2nya.. & sy pun percaya yg menantu ni hanyalah org luar… Sy doakan sis & anak2 sentiasa dilindungi & dipermudahkan segala urusan.. semoga cepat dipertemukan dgn jodoh baru…
Terkilan bila jadi macam ni sebab dah labur banyak duit sendiri untuk reno rumah & perabot. Kalau suami masih ada, memang suami la dapat rumah tu. Tapi rumah tu semestinya ibu mertua nak bagi kepada anak kandung dia. Kita jadi ibu pun, mesti akan buat macam ni cuma kalau saya, saya bayar balik pada tt. Mujur hutang personal loan dah dilumaskan. Tak apa tt, ada rezeki di tempat lain. Boleh pelan2 beli rumah sendiri. Buat sementara duduk rumah sewa pun boleh decor cantik2. Semoga tt & anak2 bahagia & murah rezeki. Hugsss, take care sister!
Sedihnya..tpi itulah hakikat, menantu tetap dianggap orang luar..baik mcm mana pun, menantu tetap kena beringat
Jgn bimbang puan, Allah pelindung terbaik. Berserah padaNya pasti tidak dihampakan. Halalkan semuanya nescaya Allah akan ganti dng yg lebih baik. Puan sedang diuji, sabarlah, bahagia sedang menanti. Bersangka baik dng Allah. Terkadang kita terlepas pandang bahawa segala kebaikan sedang dinikmati, contohnya anak2 yg sihat dan cerdas, diri sendiri yg masih kuat dan sihat mampu menafkahi diri dan anak2 dan mungkin banyak lagi yg kita tidak perasan. Hargai apa yg kita ada. Tetapi saya yakin akan ada yg lebih baik menanti puan serta keluargamu yg sedang Allah aturkan atas kesabaran dan keikhlasan puan. Saya doakan yg terbaik buat puan sekeluarga.
Malapetakan akan menimpa mertuanya n anak2 nya yg bersekonkol 😡
Bersabarlah Puan atas apa yg berlaku, semoga Allah melapangkan dan memurahkan rezeki Puan dan anak2, perkara seperti ini kerap berlaku dikalangan masyarakat, majoriti manusia akan gelap mata bila berhadapan dgn harta, klu dah hibah sewaktu suami Puan masih ada, sepatutnya Puan dan anak2 ada hak ke atasnya, tetapi kerana harta, semua diketepikan, didunia ini mereka lepas tapi tidak di akhirat nanti, semoga Allah menggantikan hak yang sepatutnya Puan dapat.
mertua tetap mertua. walau baik mc mna sekalipun, tetap perlu berhati2. sbb hati manusia ni sentiasa berbolak balik. mcm mna pun TT org yg sangat baik. semoga hidup tt terus bahagia bersama anak2.