Perkongsian aku kali ini mula-mula hanya sekadar tulisan di wall Facebook. Tapi atas cadangan kawan-kawan, aku submit ke IIUMC supaya lebih ramai akan mendapat manfaat, insyaallah. Sekiranya publish, I’ll be thankful to admins. Kepada yang dah memang dalam circle of friends aku kat FB dan dah baca pun post ni kat wall aku, so you will recognise me. But please keep it low and DO NOT tag me in the comments section. I prefer to remain in dark and inconspicuous. Some more, most of the contents already being modified for larger public reading purpose.
So come, let’s spread knowledge!
Sedikit mengenai aku, nama aku Ahmad. 28 tahun. Berasal dari Kuching, Sarawak. Alumni BBA (Hons.) Finance, UiTM Shah Alam graduasi tahun 2012. Aku bekerja dalam dalam bahagian ‘deal-maker’ di Maybank Investment Bank. Berapa bulan bonus? Rahsia. Kerja aku deal dengan stock and commodity markets. Aku selalu balik ke UiTM atas kapasiti alumni untuk membantu pelajar yang lemah dalam sesetengah ‘killer subjects’ dalam Finance, iaitu apa-apa yang berkaitan Investment and Markets. Ceritanya salah seorang junior aku tanya 2 soalan off topic:
1. “”Apa perasaan dah bekerja dan sama field macam degree?”
2. “Best tak dah beli rumah?”
Aku jawab bahasa mudah, dan gabung jawapan kepada kedua-dua soalan:
Setelah 5 tahun graduate degree and join the workforce, aku cuma ada rasa senang hati sebab:
1. TAK ADA hutang PTPTN
2. TAK ADA hutang ASB loan
3. TAK ADA hutang kad kredit tertunggak
4. TAK ADA hutang pinjaman peribadi
Dah cukup. Bila aku ditanya pasal beli rumah, cuma ini rahsia aku sehingga bank sanggup bagi loan rumah 108% dari harga rumah. Maksudnya loan aku akan cover harga rumah RM300,000, deposit, kos guaman, S&P dan semua kos yg berkaitan. Permohonan aku lulus dlm 2 hari bekerja sebab berjaya yakinkan bank I’m a good paymaster. Penjelasan aku:
1. TAK ADA hutang PTPTN
10 tahun dulu aku dapat tawaran buat Diploma Pengajian Perniagan di UiTM Kota Samarahan, Sarawak. Aku dapat duit pendahuluan sebanyak RM2,500 daripada PTPTN. Aku hampir nak cash out duit tu sebab blink blink bila tengok cek tertulis nama aku dan jumlah 4 angka pada umur 18 tahun. Sapa taknak woii! Tolak bodoo..
Tapi arwah mak aku cakap tak perlu. UiTM murah. Arwah mak cakap masih boleh tanggung kalau yuran setakat RM200 satu semester. Abang kakak aku pun akan hulur sikit-sikit. Tapi sikit jelah. Tiap semester aku kena mohon zakat UiTM dan dapat asnaf fi sabilillah; RM800 satu semester. Banyak tuu untuk student.. Aku bukan ada komitmen. Cuma kena isi perut sendiri je dan kena topup prepaid awek.. Oppss.. Kantoi.. Hee..
The point is, sebab tu aku gila-gila suruh kawan-kawan dan orang sekeliling aku bayar zakat pendapatan. Tak banyak. 2.5% je daripada gaji korang yang berkepuk tu. Sumbangan tu salah satunya akan membantu asnaf untuk tampung kos belajar dan akhirnya bila asnaf tu habis belajar akan menyumbang kembali kepada ummah. Itulah cycle sistem ekonomi Islam sebenarnya. Selain tu korang akan dapat pahala sebab dah bayar zakat. Zakat wajib okay. Sedekah tak wajib. Mungkin ada yang kata nanti student pegi joli dengan duit zakat. Belajar ke mana, duit ke mana. Says who?! I am the living evidence of zakat recipient who used the money wisely, successfully finished my studies and working in the Top 5 Banking Group in ASEAN! Dengan duit zakat UiTM!
Selain tu, 10 tahun dulu, UiTM ada peruntukan elaun makan untuk pelajar diploma dan pra-diploma. Tak banyak. Tapi kalau perut aku cukuplah untuk sekali makan. Aku makan banyak wehh.. Orang lain mungkin sampai 2 kali makan dengan duit tu. Tapi sekurangnya adalah bantuan lain masa belajar.
3 tahun lepas tu, habis diploma aku dapat tawaran sambung degree di UiTM Shah Alam dengan transfer credit. Yeayy aku buat degree cuma 3+1 semester je; 3 semester dalam kelas, 1 semester praktikal. Tapi PTPTN cuba pujuk aku lagi. Aku dah rasa best takde hutang PTPTN masa diploma, aku sendiri tolak offer loan tu. So aku tamat peringkat ijazah sarjana muda dengan bebas hutang!
2. TAK ADA hutang ASB loan
Tahun pertama bekerja lepas belajar, aku selalu tukar kerja. Aku jenis tak suka buat kerja rutin. Aku cuba kerja jadi Marketing Executive kat RHB Bank, buat loan kereta. Kat situ I learn my lesson. Banyak gila kes budak Melayu baru graduate tak boleh beli kereta sebab sangkut ASB loan. Samada sangkut sebab tunggakan atau Debt Servicing Ratio dah burst. Pengajaran bagi aku, NO ASB LOAN. Nak melabur simpan duit sendiri. Lagipun Suruhanjaya Sekuriti Malaysia sebagai Capital Market regulator di Malaysia TAK PERNAH keluarkan apa-apa memo berkaitan status pematuhan syariah untuk ASB. Majlis Fatwa Kebangsaan/Negeri membenarkan transaksi ASB atas sebab ‘kemaslahatan umum’ sahaja. Jadi salah satu sebab kenapa aku tak berminat kepada ASB.
3. TAK ADA hutang kad kredit tertunggak
Aku ada kad kredit. Tipu takde. Aku terjebak. Aku tak boleh tahan. So 5 tahun lepas dengan gaji fresh graduate RM2800 aku dapat kad kredit had RM6000. Skim graduan kononnya. Aku pernah pakai sampai lebih had. Menyesal gila. Susah nak bayar woii! Lama lama aku rasa kad kredit ni memang setan. Tapi bila aku kat overseas kad kredit tu la penyelamat aku. Oh ya. Aku jugak backpacker. Tempat aku selalu guna kad kredit aku adalah di Eropah sebab kedai runcit pun boleh swipe! So ada baik dan buruk nya. Baik kalau kau reti guna, tak baik kalau kau tak reti guna. Tu je. Tapi aku, baki kad kredit aku jarang berganjak berkurang. Bayar lima ratus pakai balik seribu. Bila mau habis daaa..
So baki kad kredit aku sentiasa outstanding. Tapi dalam 2 tahun lepas aku dapat offer tukar kerja ke Maybank Investment Bank. Kerja yang sama, position yang sama. Aku demand gaji naik 40%. Boss aku bagi! Sebab pengalaman barangkali. Mungkin rezeki aku tukar kerja, aku settlekan tunggakan hampir RM13,000 setelah hampir 4 bulan kerja Maybank. Alhamdulillah. Tapi timbul masalah lain, untuk staff deal-maker macam aku, bank akan bagi Corporate Card, no-interest, tapi tiap bulan baki kena kosong, limit RM20,000. Gilaa! Takmau! Aku simpan rumah kad tu. Serik! Keluar dengan client aku wave debit card je. Insyaallah ada duit punyaaa.. Hehehe..
4. TAK ADA hutang pinjaman peribadi
Aku mungkin tak faham masalah orang. Tapi masa aku kerja kat RHB Bank dulu, selalu aku nampak polis/askar/gomen buat personal loan. Paling sikit RM20,000. Akhirnya nak beli rumah sangkut. Beli kereta pun tak lepas. Merana la kau sampai hutang habis. Itupun sampai 10 tahun. Sebelum kau buat personal loan, tanya sendiri, betul-betul perlu atau sekadar nafsu? Aku pernah jumpa customer yang nak beli Proton Saga, kerja kerajaan. Gaji RM3000. Tapi payslip dia sedih betul. kena tolak ANGKASA, pinjaman peribadi, yuran itu ini bla bla bla yada yada. Take home pay RM900. Akhirnya aku cakap tolong mintak payslip pasangan/sedara dia supaya Bank boleh combine and spread the risk exposure. She did it, and the loan approved. Tapi jumlah loan dikurangkan sebab dah tergolong dalam ‘high risk’ hirer. Dia tak boleh nak buat loan lain dah lepas tu.
Another equally story, konstabel polis umur 22 tahun, hutang ASB RM50,000, hutang pinjaman peribadi RM80,000, gaji termasuk elaun RM3000. Nak beli Preve. Dengan komitmen macam tu, kau rasa Bank nak kasi lepas tak?
Perkongsian aku mungkin tak relevan untuk sesetengah orang. Tapi ambillah mana yang baik. Aku tak ada ‘doa khusus’ kasi langsai hutang macam yang selalu orang share kat FB. Aku guna tulang 4 kerat aku bekerja dan cari duit untuk langsai hutang selain solat dhuha dan solat taubat. Itu pun bukan buat hari hari. Busy tengok market kau apa tau.
Aku nak akhiri post aku dengan kata-kata Umar Abdul Aziz yang dipetik daripada Umar bin Abdul Aziz Ma’alim Al Ishlah wa At Tajdid, 2/71, karya DR. Ali Muhammad ash Shallabi;
Umar bin Abdul Aziz rahimahullah berkata:
وأوصيكم أن لا تُداينوا ولو لبستم العباء فإن الدّين ذُلُّ بالنهار وهم بالليل، فدعوه تسلم لكم أقداركم وأعراضكم وتبق لكم الحرمة في الناس ما بقيتم
“Aku wasiatkan kepada kalian agar tidak berhutang, meskipun kalian merasakan kesulitan, kerana sesungguhnya hutang adalah kehinaan di siang hari kesengsaraan di malam hari, tinggalkanlah ia, nescaya martabat dan harga diri kalian akan selamat, dan masih tersisa kemuliaan bagi kalian di tenga-tengah manusia selama kalian hidup.”
– Ahmad
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit