Hutang

Assalamualaikum semua pembaca. Tujuan aku tulis benda ni sebab aku nak meluahkan apa yang aku rasa pasal abang aku yang buat aku stress bila fikir hari-hari.

Aku masih bergelar pelajar. Sekarang baru tamat semester 1 di universiti tempatan. Aku bukan dari keluarga yang banyak duit. Ayah aku kerja kampung manakala mak aku suri rumah.

Alhamdulillah dengan adanya pinjaman PTPTN, mak dengan ayah aku tak payah risau dah pasal pengajian aku.

Awal semester 1 dulu memang banyak pakai duit. Nak bayar yuran, beli keperluan untuk belajar, lebih-lebih lagi time ODL ni kena keluarkan duit lebih sikit untuk langgan internet. Semua tu aku guna duit PTPTN dengan sumbangan dari agensi.

Masa dapat duit PTPTN tu aku memang berniat dah nak simpan sekurang-kurangnya RM1000 in case ada kecemasan untuk semester hadapan (semester 2).

**********************************

Abang aku yang sulung ni (Along) aku tak berkenan sangat sebab aku rasa macam dia menyusahkan. Ayah aku pun memang tak “ngam” dengan Along. Abang-abang aku yang lain pun sama.

Senang cerita, mak aku je laa yang manjakan dia sangat. Memang segala benda Along akan mengadu kat mak. Along baru je kerja di perantauan dalam 3 tahun lebih.

Tak sampai setahun kerja dulu, dia beli kereta yang agak mahal and high class. Masa tu ayah aku memang tak berkenan la bila dia beli kereta mahal sedangkan baru kerja beberapa bulan.

One thing for sure, along ni kaki perempuan, duit dia banyak berhabis kat perempuan. Sepanjang dia kerja, tak pernah hantar duit kat kampung. Dia akan bagi duit time dia balik kampung je. Tu pun RM50 kat mak, RM50 kat ayah.

Sebelum PKP1.0 baru-baru ni abang kedua aku bagitahu aku yang along kena gantung kerja. Aku memang faham la sebab along tu jenis payah bangun pagi.

Jadi datang kerja lambat, kadang-kadang tak datang kerja. Mungkin tu puncanya. Mak ayah tak tahu dia kena gantung kerja.

Bila mak tanya kerja tak, dia akan cakap dia ambik cuti sebab malas nak hadapt member kat tempat kerja yang pandang serong kat dia.

(Tapi memang betul member dia kat sana macam tu. Aku rasa mungkin sebab sikap along yang on off kerja buat orang tak suka).

**********************************

Satu hari, mak aku minta aku pinjamkan duit aku RM1000 dekat Along sebab dia takde duit nak makan, nak bayar sewa rumah, nak bayar kereta and so on.

Aku macam tersentak jap. RM1000 banyak wey. Aku tak kerja lagi, masih belajar. Banyak barang nak beli dan nak bayar. Patut ke aku bagi?

Mak aku sampai meraih simpati dekat aku suruh hantar dia kat along. Mak aku cakap along ada masalah la, kalau bukan family sape lagi yang nak tolong dan macam-macam lagi lah.

Aku macam pelik lah masa tu kenapa along tak mintak dengan abang-abang aku yang lain padahal abang-abang aku yang lain dah kerja dah. Kenapa nak mintak dengan mak aku sampai mak aku kena mintak dengan aku?

Masa tu memang berat hati aku nak bagi. Yela dia dah kerja kot. Duit masuk tiap bulan. Kot ye pun kena gantung kerja, takkan takde saving? Takkan sampai nak mintak dengan mak aku. Tak malu ke? Masa tu aku memang aku fikir negatif je ngan along.

Macam-macam aku fikir pasal dia sampai aku syak dia habiskan duit dengan betina. Dia memang perempuan keliling pinggang.

Dekat mak ayah aku dia tak pernah beli baju baru ke barang-barang baru ke hadiah ke apatah lagi kat aku ngan adik-adik aku? Tak pernah langsung.

Baju raya kita orang pun abang aku yang lain yang spunsor dari aku sekolah rendah sampai la sekarang ni. Dia tak pernah keluarkan duit untuk family.

Setakat belanja goreng pisang tepi jalan tu ada lah. Tapi bila tang “perempuan” dia, habis segala sedara mara perempuan tu dia belanja. Sebab tu aku berat hati nak bagi RM1000. Berbaloi ke aku bagi pinjam kat dia?

Last-last aku bagi jugak sebab kesian dekat mak aku yang duk merayu suruh bagi pinjam walaupun balance akan tinggal dalam RM500 je.

Tapi masa tu aku cakap la kat mak aku nanti dia kena bayar balik sebelum aku masuk semester 2 sebab nanti nak bayar yuran apa semua. Apa yang aku pelik masatu, mak aku tak bagi aku bagitahu abang-abang aku yang lain pasal along pinjam duit aku ni hm.

Nak dipendekkan cerita, beberapa minggu lepas PKP1.0, along kerja bawak lori dengan satu company ni.

Time aku dapat tahu, memang aku syak dia kena buang kerja walaupun dia bagitahu dia buat part time sebab aku tengok status whatsapp dia hari-hari duk bawak lori. Takkan part time bawak lori tiap hari dari pagi sampai malam?

Lepas PKP2.0, aku tanya mak aku bila along nak bayar balik duit yang dia pinjam tu sebab nanti aku nak bayar yuran semester 2. Nak tunggu PTPTN batch 2 masuk memang lambat lagi la. Pastu mak aku cakap nanti dia bagitahu along.

Beberapa minggu lepas tu, aku check balance account bank aku, takde masuk pun duit. So aku tanya mak aku lagi, mak aku cakap nanti along masukkan. Gitu lah sampai harini. 2 minggu sekali aku tanya, alih-alih dapat ayat yang sama sampai la harini.

Takkan along takleh nak bayar lagi sedangkan kerja bawak lori dari pagi sampai malam, bukannya gaji sikit. Kalau tak mampu sangat bayarlah ansur-ansur. Bayar sikit-sikit pun takpe asalkan BAYAR.

Aku bukannya berkira dengan abang sendiri, tapi aku pun nak pakai duit untuk pengajian aku. Aku bukannya kerja. Lagi 2 minggu aku kena bayar yuran dah. Taknak la bebankan mak ayah aku. Aku stress laa fikir benda ni.

Bukan setakat RM1000, RM10 pun tak nampak dalam account aku. Kalau sikit aku boleh halalkan dah, tapi ni RM1000. Aku boleh bayar yuran pengajian untuk satu semester dah. Harap dapatlah duit aku balik sebelum untuk bayar yuran.

Aku rasa itu je lah luahan hati aku. Aku takdak niat nak bukak aib abang aku ke apa. Nak kecam ke apa lantak la. Aku sedia menerima.

Maaf andai ada ayat aku yang tak menyenangkan. Terima kasih sudi membaca sampai akhir.

– Dewi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *