Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada admin dan semua yang membaca.
Straight to the point, aku wanita berumur 31 tahun, anak yatim piatu, bujang dan tinggal di rumah sewa bersama kakak dan abang. aku adalah golongan yang sederhana, tak kaya tak miskin tapi alhamdulillah cukup. izinkan aku bahasakan diri sebagai aku ye. terima kasih
Bekerja di bidang swasta dengan gaji basic 2.2k dan monthly debts aku moreless 2k. aku pergi kerja balik kerja dengan motor. rumah sewa rm600 sebulan.
Apa yang aku cuba sampaikan adalah macam mana caranya untuk aku langsaikan hutang² yang aku ada sekarang. FYI, aku ada pinjam ahlong almost 10k 2 tahun lepas and monthly payment aku cuma mampu bayar bunga sahaja iaitu 7%. mulanya pinjam 5k lepas tu pinjam 1k dan seterusnya. kalau ada extra money, aku akan bayar pokok around 100-200 tapi tak pernah nak habis hutang tu. bila emergency aku akan topup balik loan ahlong tu. tu je satu²nya cara untuk aku dapat wang dengan mudah tapi agak menjerat diri sekarang.
Aku tak layak pinjam bank sebab pernah ada kes CTOS. kalau nak clear nama pun aku kena bayar amount almost 8k. aku bukanlah seorang yang pemboros, aku catu makan minum, shopping baju pun tak. makeup apatah lagi. hanya harap ehsan kakak, abang dan kawan² yang menyumbang.
Sekarang ni aku betul² dalam keadaan tertekan sebab bukan aku seorang je yang ada masalah kewangan, majority orang sekeliling aku mesti ada masalah kewangan tapi aku cuba tenang. terlalu lama sangat aku tenang taknak fikir masalah yang ada sampai aku leka dengan masalah sendiri. Alhamdulillah aku solat 5waktu, aku banyak minta pertolongan dari Allah, mungkin belum sampai lagi rezeki aku untuk langsaikan hutang² yang ada. kakak dan abang tahu masalah kewangan aku tapi berapa sangat yang boleh diorang bantu sebab diorang ada keluarga sendiri. aku dikelilingi oleh kawan² yang baik. tapi kawan² aku tak ramai yang tahu masalah aku ni sebab aku dikenali sebagai orang yang sentiasa husnuzon, periang, suka buat orang gelak, ringan tulang dan jenis boleh diharap. bukan aku angkat bakul tau, diorang yang cakap! hehe tapi tulah, tak ramai yang boleh membantu aku sebab diorang pun ada masalah kewangan juga.
Ada waktu aku rasa macam nak bunuh diri, nak hentikan semua masalah ni, tapi cepat² aku istighfar dan ingat Allah. aku banyak belajar mengenai hidup based on orang sekeliling aku. bila aku rasa susah, sebenarnya ada ramai lagi orang yang lebih susah dari aku. aku cukup makan, cukup pakaian, ada tempat tinggal, ada pekerjaan, sihat tubuh badan alhamdulillah. tapi kadangkala perasaan dibelengu hutang piutang ni buat aku tak tenteram.
Aku harap² sangat kalau ada mereka² diluar sana dapat tolong aku. aku tak mintak banyak, aku cuma nak bantuan setelkan hutang ahlong aku tu, sebab aku rasa rugi sangat² every month aku hanya mampu bayar bunga je, pokoknya tidak, bila nak habis macamtu?
Akhir kalam, terima kasih pada mereka yang sudi membaca luahan dan isi hati aku ni. aku tak kenal korang dan korang pun tak kenal aku, tapi kalau korang nak kenal, aku ok je. nanti mintaklah contact kat admin tau.
semoga Allah memberkati hidup kalian dan semoga kalian mendokan aku dapat selesaikan hutang piutang yang ada. InsyaAllah aminn..
– Hamba Allah Yang Diselubungi Hutang
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit