Hutang Ah Long II

Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada admin dan pembaca semua.

Alhamdulillah admin sudi menyiarkan artikel aku yang bertajuk Hutang Ah Long. sedikit sebanyak rasa kurangnya beban yang ditanggung.

Tujuan aku menulis kembali tajuk ini adalah untuk menjawab persoalan-persoalan yang bermain di minda kalian semua. kenapa aku boleh terjebak dengan pinjaman ahlong, kenapa nama aku CTOS, kenapa aku boros ke tak reti urus kewangan ke, ke aku ada marka? hehehe sampai tahap macamtu sekali ye.. no no no.. not in million years.

Izinkan aku bercerita lagi tentang diri aku, waktu mula² aku terjebak dengan segala maknenek pinjaman. aku habis belajar masa tahun 2004 dan aku hanyalah pemegang sijil SPM. habis sekolah aku tak sambung belajar, aku terus bekerja. macam² kerja aku buat dari seorang pembantu pasaraya, cashier, waitress, jual waterfilter/water treatment, clerk, pembantu farmasi, runner barang² piping/hose, tolong abang meniaga burger, tolong arwah mak meniaga air, dan kerja butik pakaian. kerja butik tu aku buat dari tahun 2007 sampai 2011. kira tulah kerja aku yang lama.

Hujung tahun 2007, aku dikejutkan dengan kematian ayah aku. waktu tu aku kerja butik. arwah mak aku waktu tu dah berhenti dari kerja sebagai pembantu di kedai makan. kami anak beranak pasrah dan redha. aku tak rasa sangat kehilangan arwah ayah aku, mungkin sebab kami tak membesar bersama. arwah mak dan arwah ayah aku sebenarnya dah bercerai. kira arwah mak aku adalah ketua keluarga dan penyumbang besar untuk ahli keluarga adalah aku. mungkin sebab aku bujang, takda komitmen dan sebab aku sayang keluarga aku. aku telah dididik dari kecil jangan pernah berkira dengan ahli keluarga sendiri. aku membesar bersama seorang kakak, arwah mak aku, arwah nenek (belah mak), adik 3 orang. beza umur kami adik beradik adalah 2 tahun. aku ada abang, tapi dia duduk sendiri di luar. tak tolong sangat dari segi kewangan.

Awal tahun 2011, aku buat first loan from RHB 5k. loan tu aku buat sebab nak ambil motor untuk kemudahan aku pergi balik kerja. bermodalkan 3k aku bayar downpayment motor, 2k bagi kat family aku. so bila gaji aku bayar belanja rumah, loan motor satu, loan RHB satu. ngam² je loan RHB aku habis, aku kemalangan motor habis barai orang langgar lari. motor aku dapat claimed insurans tapi aku tak. dagu aku koyak luar dan dalam dan kena 12-12 jahitan. dekat 2weeks aku tak masuk kerja dan boss tak dapat terima kenyataan takda orang nak jaga butik. dia hired orang baru dan aku terus resigned.

sepanjang menganggur, macam² lah kerja partime aku buat, untuk menampung hidup. motor aku pulak kena tarik sebab tak mampu bayar. ada lagi tunggakan dalam 4k.
Pertengahan tahun 2012, aku dapat kerja di syarikat swasta sekarang. pergi kerja balik kerja menggunakan public transport. malam² balik kerja bersesak dalam bas macam ikan sardin dalam tin. haha
awal tahun 2014 sekali lagi aku buat personal loan RHB 5k, 3k untuk downpayment motor, 2k untuk family aku. so gaji aku habis untuk bayar loan motor, loan RHB dan belanja rumah.

Hujung tahun 2014, aku buat personal loan AEON 10k. kenapa aku buat? first aku nak setelkan loan RHB aku tu, alhamdulillah settled, second sebab aku nak setelkan loan motor so kiranya nanti aku cuma perlu bayar kat AEON sahaja. tapi apa yang aku rancang tak menjadi, dapat je 10k aku settled RHB dalam 6.5k, dan selebihnya aku bagi family aku.

Awal tahun 2015, aku pinjam ahlong 5k, sebab aku takda saving, family harapkan aku, kakak aku kawin nak pakai duit, arwah mak aku on-off sakit, belanja dapur harap aku. so no choice, aku pinjam je sebab dah melibatkan keluarga aku tak pikir panjang, sauk je.
tengah tahun 2016 motor aku kena tarik, sebab aku on-off bayar. ada duit bayar, takda duit tak bayar, tak consistent sampailah kena tarik. aku boleh gelak lagi.

pastu kakak aku buat personal loan kat RHB 10k kami share 2. sebab utama adalah untuk aku ambil motor baru sekarang, cash, atas nama dia, untuk kegunaan aku dan sebab kakak aku nak pakai duit untuk kegunaan dia dan keluarga. so gaji aku jadilah untuk bayar rumah, bayar motor, bayar ahlong, bayar AEON, dan bayar RHB.

Awal tahun 2017 arwah mak aku on-off admitted di hospital, banyak nak pakai duit, aku topup lagi loan ahlong, sebab aku takda saving, bila buat personal loan, nama aku blacklisted, bila checked katanya CTOS singer. so aku assumed tu mungkin 2 kes motor kena tarik sebab tak bayar lah tu. April 2017 mak aku meninggal. July 2017 nenek aku pulak meninggal. tinggalah aku bersama kakak dan abang. diorang dah kahwin ada keluarga sendiri. aku sorang bujang. tapi perbelanjaan aku kalah orang yang dah kahwin. hehe.
hidup harus diteruskan.

So tu jela kot serba sedikit tentang aku. maaflah aku tak pandai mengolah apa yang aku alami. so sekarang boleh fahamlah kemana gaji aku pergi kan. aku bayar rumah, bayar motor, bayar share loan kakak aku, bayar ahlong, bayar AEON. tu tak termasuk kalau aku ada pinjam kawan², kadang² adalah pinjam 300-400, tapi yang pasti, tiap kali gaji, aku mesti bayar zakat pendapatan ke atas gaji aku tu, 2.5% daripada jumlah gaji. so dari situ kot Allah lapangkan sikit hati aku. aku banyak sedekah, macam² aku sedekah, sedekah duit, tenaga, makanan, pakaian, even senyuman.

Aku ni manusia biasa, kadangkala perasaan diselubungi hutang ni macam tak hilang. aku dah cuba sedaya upaya untuk kurangkan perbelanjaan aku. aku belum kahwin lagi, hutang dah tahap ni, kalau dah kahwin camana ntah! oklah tu je kot. terima kasih banyak² pada mereka yang komen, yang banyak nak bantu aku, yang cela pun terima kasih. aku doakan kalian semua dirahmati oleh Allah. terima kasih sudi baca luahan dan isi hati aku.

– Hamba Allah Yang Diselubungi Hutang

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *