Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Sebelum tidur ni aku terbaca confession tentang perempuan pun tengok video bukan-bukan, (https://iiumc.com/wanita-pun-tengok-bukan-bukan/).
Teringat dosa silam yang pernah aku lakukan. Aku tahu rasa itu bagaimana. Aku faham betapa sukarnya nak meninggalkan maksiat.
Aku di sini ingin meluah apa yang aku rasa dan jika ada satu dua pengajaran ambillah. Tak dinafikan pada masa kini cabaran untuk menjaga nafsu itu tidak mudah. Bersepah di kaca televisyen aksi ringan-ringan yang boleh trigger nafsu kau.
Bilang saja solat dan baca al-Quran hari-hari. Aku juga begitu. Tetapi maksiat jadi sedap sekali-sekala apabila dinikm4ti. Sedih, kecewa, rasa diri teruk usah dicakap.
Kadang-kadang nak je cerita pada orang lain untuk minta tolong.. Tolonglah bantu aku… Aku sendiri tak mampu untuk bantu diri aku.
Tolonglah! Berkali aku doa, berkali aku tersungkur. Sampai satu detik rasa aku hamba maksiat mana mungkin Allah makbulkan. Begitulah aku. Dulu….
Aku sendiri tidak ingat bagaimana aku boleh terjebak. Dari melihat-lihat di kaca televisyen, di laman surat khabar, majalah, dan pembacaan di Internet. Malu nak menaip apa yang pernah aku lakukan.
Aku lakukan hanya pada diri aku. Aku tak pernah buat dengan orang atau ajak orang. Hingga sekarang Allah jaga aib aku.
Tapi aku takut.. Di sana kelak akan di tayang. Tentu malu besar aku. Macam mana nak tutup muka, nak minta ampun pada mak abah aku? Mereka dah beri didikan agama yang teguh pada aku. Bukan aku tak tahu itu maksiat. Aku tahu!!!
Jika dilihat pada luaran siapa sangka aku begitu. Orang ramai hormat aku. Kata aku baik. Kata aku ini muslimah. Konon… Maaf, jika terlihat perkataan muslimah ini merobek penilaian terhadap Islam. Ketahuilah, yang teruk itu aku. Bukan agama aku. Maafkan aku…..
Aku akhirnya berkahwin. Benarlah.. Perkahwinan tidak mampu mencegah kau daripada perbuatan yang kau biasa lakukan. Kau kerap buat maka susah untuk kau tinggalkan. Suami ada. Itu rasa lain, apa yang aku lakukan rasanya lebih lain. Hinakan aku?
Dibutakan dengan keindahan lakonan dan bisikan syaitan. Dipujuk rayu oleh nafsu sendiri. B****h aku pergi ikutkan! Aku tewas tapi aku puas.
Bila aku ada masalah, aku rasa dapat ringankan kepala otak aku. Padahal jauh di sudut hati aku, aku resah. Aku benam jauh-jauh rasa bersalah tu. Aku seolah tak takut apa yang aku buat ini.
Tapi aku perasan. Bila aku buat maksiat pasti ada saja tak kena. Rasa dibenci orang. Rasa duit tak cukup-cukup. Rasa nur iman tu makin malap.
Baca al-Quran pun jadi tergagap. Padahal kalau iman tinggi menaik sampai bertaranum aku. Bila buat maksiat, baca satu muka surat pun rasa lama. Solat pun rasa kosong. Berdoa? Lagilah tidak.
Tapi aku abaikan hint-hint yang aku dapat tu. Bagi aku, aku still cukup makan pakai. Aku still sihat gembira. Mungkin aku mencabar tuhan.
Hingga satu saat. Aku melahirkan anak. Sungguh comel. Tapi siapa sangka. Anak aku mengalami komplikasi.
Pada waktu ini berputar segala maksiat yang pernah aku lakukan. Baru rasa malu, b****h dan hina untuk meminta pada Allah, selamatkan anak aku. Selamatkan anak akuuuuuu!
Saat ini aku benar-benar teruji. Tak pernah lagi aku rasa seputus asa begini. Tiada kuasa lain yang dapat menolong aku. Doktor bertungkus-lumus pun belum tentu.
Beberapa hari anak aku mengalami komplikasi dahsyat. Waktu ini aku bernazar untuk tinggalkan perbuatan maksiat aku jika anak aku sembuh sepenuhnya. Aku minta sangat-sangat. Jika masih ada ruang keampunan untuk aku Allah, makbulkan doa aku yang satu ini.
Waktu ini aku sedekah banyak-banyak. Hari-hari aku sedekah. Hari-hari aku minta doa daripada orang lain. Hari-hari aku minta ampun pada Allah sebab selama aku dewasa ini aku banyak mencabar kekuasaan-Mu.
Aku sering buat tak endah dengan peluang dan ruang taubat yang Kau berikan. Kini apabila aku diuji dengan maha dahsyat barulah aku sedar aku ada ‘hutang’ dengan Allah. Selagi aku tak lunas hutang tu, selagi tu Allah tarik ‘nikmat anak’ yang aku peroleh.
Aku sedar… Aku ada hutang dengan Allah. Allah mungkin nak aku bayar hutang aku tu dulu. Bertahun-tahun aku bergelumang dengan dosa. Taubat main-main. Kini sama ada aku bayar hutang atau aku hilang anak aku.
Allah. Allah. Allah. Terasa sia-sia masa aku meningkat dewasa aku isi dengan maksiat. Allah maha baik dengan aku. Aku ada pendidikan, aku ada kerjaya. Aku ada segala-galanya dalam hidup aku.
Mungkin sebab itu aku alpa. Aku hanyut dengan kesenangan. Aku rasa aku ada semua. Aku rasa aku seronok dan tiada salah yang aku buat sebab aku ada segalanya.
Bila aku terlalu selesa, aku ada segalanya aku rasa Allah itu tak wujud. Maaf… Bukan mensyirikkan Allah. Cuma terasa kebergantungan aku bukan pada dia. Aku sombong kan dengan pencipta?
Anak aku sihat sekarang… Dah 5 tahun berlalu peristiwa itu. Sejak itu juga aku dapat selamatkan diri aku. Mungkin kerana aku memang dah sibuk sejak jadi mak. Mana ada masa nak bersantai sangat.
Bila aku fikir-fikir kenapa aku jadi begitu dulu. Kenapa aku tak jumpa cara nak pulihkan diri aku? Sekarang sikit-sikit aku nampak.
Aku sedar ada beberapa perkara, perbuatan yang boleh trigger nafsu aku. Aku layankan je. Padahal aku boleh elak. Apabila rasa tu ada sepatutnya aku cepat-cepat ambil wudhuk, solat minta Allah jagakan diri aku.
Tolong aku Allah.. Tolong aku selamat aku daripada nafsu aku sendiri. Tapi aku tak buat tu dulu. Aku baru nampak sekarang.
Aku tahu aku tak jaga pandangan. Pandangan aku liar. Menonton televisyen boleh buat pandangan aku jadi liar. Dari situ aku mula melayan nafsu aku.
Masa aku banyak. Aku banyak bersendirian. Rupanya bersendirian ni memang tak baik. Kau akan mencari-cari aktiviti untuk penuhkan masa kau. Seorang diri. Kau rasa dari penat badan kau berjoging baik kau buat sesuatu yang seronok.
Aku b****h masa tu. Jangan ikut b****h aku… Kekal aktif, bersos**l. Nak lagi baik kau ikut aktiviti yang memenatkan kau. Balik tidur terus.
Bila kau layari Internet, habis kerja baiklah tutup terus. Kau tertaip satu dua perkataan saja dah keluar bukan-bukan. Kau bisik dalam hati, saja nak tengok je. Jangan. Itu perangkap.
Dah terjerat susah kau nak lepaskan diri. Jangan pernah cuba. Aku kerana ingin tahu aku jadi b****h sebegitu. Banyak lagi perkara ilmiah yang patut kau ingin tahu. Jangan jadi b****h macam aku.
Sekarang bila aku tengok anak aku. Aku takut. Aku takut masa depan dia. Zaman aku pun dah mencabar. Aku pun tewas. Bagaimana anak aku nak lalui semua itu di masa hadapan.
Setiap kali itu, aku berdoa sungguh-sungguh. Jadikan keturunan aku orang yang mendirikan solat dan jauh daripada perbuatan maksiat. Mungkin kerana asbab kebaikan mak abah aku juga Allah tarik aku dari terus hanyut. Mungkin asbab doa mereka.
Aku bertawakal. Aku tak mampu jaga anak aku nanti bila dia dah besar. Bila dia seorang diri. Bila dia tanpa aku. Aku tawakal Allah jaga dia lebih baik daripada aku jaga anakku.
Aku doa biar dia lebih baik daripada aku. Alu harap aku dah bayar ‘hutang’ aku pada Allah. Aku harap taubat aku diterima. Aku harap Allah jaga diri aku, suami aku, anak aku, kita semua daripada maksiat.
Ingatlah.. Bila hati kau rasa tak kena dengan apa yang kau buat. Jangan endahkan. Panggilan iman itu tak selalu berdenyut. Jangan biar ia m4ti. Kau hanya ada iman untuk melawan godaan dunia ini.
Aku tahu susah. Susah sangat. Berkali kau cuba. Tapi tak berjaya. Siap salah Tuhan tak bantu kau. Aku pernah rasa. Aku faham perasaan itu. Cubalah sedekah.
Setiap kali sedekah niat dalam hati Allah bantu aku melawan hawa nafsu aku. Buat banyak kali…. Bersungguh. Sampai masa tawar hati kau untuk bermaksiat.
Aku mohon doa kalian. Aku mohon juga kalian doakan umat Islam terutama kita di Malaysia ini. Pencarian laman web p0rn0 di Malaysia sangat tinggi.
Kita doa untuk saudara-saudara seislam kita. Belum angkat pedang, angkat jari daripada melayari p0rn0 saja sudah tak mampu. Lemahkan iman kita?
Allah maha pengampun. Allah sayang lagi. Selagi ada nyawa, selagi itu pintu taubat menanti kita. Selangkah kita menuju Allah, berlari Allah pada kita. Aku tak ingat hadis atau apa. Tapi ada ayat ini.
Kasih Allah lebih daripada kasih mak kita pada kita. Bersangka baik pada Allah. Bercakaplah dengan Allah. Bila bila.. Di mana mana. Bukan atas sejadah saja kita doa.
Sekarang pun aku masih takut dengan diri aku sendiri. Aku takut terjatuh lagi. Doakan aku ya semua.
– Hamba (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit