Hutang Anak Kepada Ibu

aku merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarga. ayah ku telah meninggal dunia sejak aku kecil. ibu yang membesarkan kami 6 beradik. ibu ku merupakan seorang wanita yang sangat tabah. namun sejak usianya menjangkau 50an ibu mula menjadi sensitif.

adik beradik aku semuanya biasa-biasa. ada yang bekerja kampung, ada yang meniaga, ada yang bekerja di pejabat kerajaan. Alhamdulilah, semua dah bekeluarga. kami 6 beradik tak ada apa – apa masalah. masing – masing dengan hidup sendiri dan rupanya selama ini kami tak sedar ada sepasang mata yang memerhati dan sekeping hati yang terluka.

kisah nya begini.. baru-baru ini aku pulang ke kampung. seperti kebiasaan aku akan hulurkan sedikit wang kepada ibu ku. serius aku bukan orang kaya. yang aku mampu berikan pon amaunnya sangat sedikit. tapi aku cuba juga untuk berikan pada ibu. kerana itu azam aku sejak aku habis sekolah dulu.

tiba – tiba ibu membuka cerita. katanya…. dia sedih. dah lama dia pendamkan hal ini. ibu kata, dia suka melihat kebahagian abang – abang ku dengan keluarga mereka. tapi hati kecilnya berdetik adakah mereka lupa janji mereka? bila aku tanya apa yang mereka janjikan. aku jadi terkejut. Rupa – rupanya kesemua abang – abang ku pernah meminjam duit ibu ketika hendak berkahwin. mereka semua berjanji akan membayar duit tersebut sedikit- sedikit sehingga langsai. tapi malangnya. kesemua mereka hanya membayar pada awal2 sahaja. Makin lama seperti dilupakan perihal hutang berkenaan.

ibu kata, ibu ikhlas membantu anak – anak membina keluarga. tetapi ibu kesal, kerana sewaktu pinjam dahulu semua berjanji akan membayar, bersungguh! namun memungkiri janji. Aku faham, ibu mungkin sedih kerana duit ibu itu adalah duit nafkah yang arwah abah beri tambah simpanan ibu hasil jual kuih – muih sejak lama dulu. memang itu sahaja punca kewangan ibu. ibu tak bekerja.

ibu kata sebenarnya ibu dah halalkan semua hutang anak – anak ibu. cuma ibu bertambah kesal, bila ibu terbaca facebook abang ngah baru-baru ni. abang ngah bercerita pasal hutang -hutang yang wajib dibayar. dan abang ngah siap menyeru rakan – rakan nya jika ada dia berhutang, mohon maklumkan untuk dia langsaikan. ibu kata… anak-anak lebih menjaga hati dan hubungan dengan rakan-rakan berbanding dengan ibu sendiri. manakan mungkin anak – anak ibu itu lupa tentang hutang kerana ibu pernah mengingatkan mereka beberapa tahun yang lepas. sejak tiada sebarang tindakan, kerana itulah ibu mendiam dan redha.

aku tak sangka selama ini rupanya ibu memendam rasa. apa yang aku boleh buat pada ketika itu adalah mendengar dan memujuk ibu untuk sabar. aku berkira-kira untuk bertanya perihal hutang ini kepada abang – abang ku. tapi segera ditegah oleh ibu. ibu kata biarlah itu antara anak-anak lelaki ibu dan ibu. ibu tak nak nanti aku pula bermasam muka dengan mereka.

sebagai pengajaran untuk semua.. aku nak berpesan. jika kalian ada meminjam wang dengan orang tua. utamakanlah untuk melangsaikan hutang itu. walaupon pada kita mungkin mereka tak kisah, atau mungkin mereka mengatakan mereka telah menghalalkannya. tapi usahalah untuk bayar. sama seperti kita, orang tua kita pon mungkin ada hasrat untuk gunakan duit tersebut untuk dirinya. itu hak mereka. bukan hak kita pula mengatakan yang mereka tak perlukan wang pada usia sebegitu.

Jangan lupa.. sedekahkanlah sedikit wang gaji kita untuk mereka tiap – tiap bulan. walau mereka tak minta. walau mereka kata mereka tak mahu. RM50 pon kalau ikhlas boleh membuatkan hati mereka gembira. ketahuilah dengan bersedekah kepada orang tua kita, menambahkan keberkatan gaji kita. last sekali, anak – anak cuba muhasabah diri. kot – kotla ada kita terlupa janji kat ibu bapa kita. mereka ni semakin tua semakin sensitif. kadang2 perkara yang pada kita remeh, mereka kata penting. selalu – selalu berbual dan selami hati mereka. selagi mereka masih ada, hargai mereka.

– sumaiyah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *