Assalamualaikum , Terima kasih admin andai menyiarkan luahan hati ni. Untuk pengenalan, umur aku 22 and aku merupakan graduan yang baru bekerja dalam tempoh 10 bulan dekat salah satu syarikat swasta sebagai kerani.
Dekat sini, aku nak bercerita masalah aku and nak tanya pendapat dekat korang semua. Tak tau macam mana nak mula tapi aku tulis jelah ye.
Macam ni, kerja yang aku buat sekarang secara tak langsung ada kaitan dengan duit dan masalahnya aku dah terguna duit syarikat RM 2000. Aku bukan nak curi atau songlap duit syarikat niat aku cuma pinjam tapi tanpa pengetahuan bos aku.
Aku janji dengan diri aku aku memang akan ganti duit tu. Aku memang terdesak sekarang dengan keadaan ayah aku sakit, mak aku tak ada kerja. Aku tau niat tak menghalalkan cara. Ya aku tau, tapi aku terdesak. Aku janji aku akan bayar duit tu.
Untuk pengetahuan korang, aku anak sulung. Secara tak langsung aku kena tanggung keluarga sedikit sebanyak walaupun mak aku selalu cakap aku tak perlu bagi duit atau tanggung keluarga sebab aku masih dibawah tanggungjawab mak ayah aku. Tapi nak sedapkan hati diorang aku cakap tak apa duit aku cukup untuk dikongsi dengan diorang.
Gaji yang aku dapat sekarang memang tak cukup sebab gaji aku cumaaa RM 1000 je. Tambah memeritkan aku kena bayar kereta RM 600 tiap bulan untuk kegunaan kami sekeluarga. Kereta ni adalah nama ayah aku and aku ambik tanggungjawab untuk bayar kereta.
Okay, dah aku tolak kereta tinggal RM 400. Aku jugak tiap bulan akan beli barang keperluan dapur dalam RM 200 sebab aku rasa tu memang tanggungjawab aku sekarang walaupun mak selalu pesan tak payah beli.
Tapi kalau aku tak beli, dapur rumah aku kosong tak ada apa untuk dimasak. Kesian dekat adik aku 2 orang ni. Kadang sampai bawang pun tak ada. Sejak ayah aku tak sihat keluarga aku agak tersepit sedikit tapi aku redha. Sebab mak aku pesan setiap orang diuji dengan lain ujian. Kalau Allah uji maknanya Allah sayang. Betulkan?
Okay balik semula dengan gaji aku, lepas tolak duit beli barang dapur duit aku bersih tinggal hanya RM 200 saja. Tulah duit yang aku buat untuk tahan sebulan. And aku dah bahagikan tiap minggu aku cuma boleh belanjakan RM 50 je. Korang boleh bayangkan tak macam mana hidup aku. Duit RM 50 tu jugak aku guna and share dengan adik adik aku kalau diorang nak duit belanja sekolah and kalau diorang nak beli apa apa.
Demi Allah, aku tak boleh nak cakap yang aku tak ada duit, aku akan dulukan adik adik aku and kadang aku tak makan dekat tempat kerja, balik rumah nanti baru aku makan. Aku pasti kalau korang anak sulung korang akan ada perasaan macam mana aku ada sekarang.
Duit syarikat yang aku pinjam RM 2000 tu aku tak ambik sekali banyak, aku ambik sikit2 sikit dalam sebulan sebab keluarga aku terdesak guna duit. Family ayah and mak aku tak ambik tau langsung pada keluarga kami walaupun diorang berduit and aku dengan keluarga aku ambik keputusan untuk laluinya tanpa bantuan diorang.
Mak ayah aku tak tau yang aku pinjam duit syarikat sampai RM 2000 sebab aku tak nak diorang risau and tambah masalah diorang. Aku cuma bagi tau dekat adik perempuan aku. Aku bagi tau dekat dia awal awal and aku dah cakap jangan bagi tau dekat mak ayah aku. Aku bagi tau dia sebab aku takut kalau tiba tiba aku mati, roh aku akan tergantung di langit sana. Aku bagi tau supaya diorang boleh bayarkan hutang tu bila nyawa aku ditarik.
Aku tak lupa untuk berdoa setiap lepas solat supaya Allah ambik nyawa aku lepas aku dah langsaikan hutang hutang tu.
Sejak aku kerja and habis belajar aku tak pernah langsung beli baju baru atau apa apa. Aku tahan nafsu aku nak beli semua tu. Kadang tengok kawan kawan lain bertukar tukar baju yang cantik cantik.
Aku memang nak bayar hutang hutang tu sebab aku takut sangat tiba tiba nyawa aku ditarik. Sekarang aku buntu macam mana aku nak cari duit nak bayar duit yang aku pinjam tu. Sejak duit yang aku pinjam dah cecah RM 2000, aku dah tak ambik dah sebab aku takut kalau aku ambik nilai aku akan bertambah makin banyak. Aku selalu ikat perut sebab duit tak cukup. Tangguhkan juga apa apa yang tak perlu.
Aku nak tanya pendapat korang macam mana cara terbaik untuk aku langsaikan hutang aku dalam masa terdekat. Anyone please help me. Terima kasih <3
– Kakak
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit