Hi korang. Aku Bal (bukan nama sebenar). Aku anak bongsu dan membesar dalam keluarga sederhana.
Ayah pesara kerajaan dan ibu suri rumah. Jarak umur dengan abang akak agak jauh. Ayah pencen sewaktu aku spm.
Dari hujung tahun tingkatan 3 lagi aku telah bekerja sambilan di pam minyak waktu cuti sekolah.
Awal² dulu aku dimarah teruk oleh ayah dan ibu sebab bekerja di usia muda. Diorang malu dengan jiran² yang anggap diorang tak mampu menyara aku.
Aku berdegil, dan akibatnya yuran sekolah aku kena bayar sendiri. Balik shift malam pun aku jalan kaki sendiri tak dijemput.
Aku bersyukur waktu tu tak ada perkara buruk berlaku sebab area rumah aku boleh dikatakan black area.
Pernah juga aku ditemani sekumpulan riders india yang aku buat kawan sebab selalu isi minyak. Diorang bawa motor perlahan escot aku jalan kaki.
Perjalanan akademik aku alhamdulillah lancar walaupun bukan minat aku. Lepas spm ke matrikulasi kemudian ke salah satu universiti terkemuka.
Waktu matrikulasi, aku terima elaun dan waktu universiti pula aku guna ptptn. Duit ptptn selepas tolak yuran pengajian, baki yang kecil tu tak cukup untuk tampung kos hidup di kotaraya, makan, assignments dan lain².
Dari sini bermula kisah yang aku ingin kongsi.
Aku tak lagi bekerja sambilan di pam minyak. Selepas timba pengalaman bekerja sebagai barista, jual tudung dan kedai makan, aku cuba nasib minta kerja kerani di kilang berhampiran.
Aku berjumpa kawan sekolah lama aku, Madeline (bukan nama sebenar). Selepas tamat spm, dia kahwin dan dikurniakan anak. Kebetulan tempat aku minta kerja ni pejabat suami dia. Aku diterima dengan mudah.
Awalnya aku lakukan kerja² kerani yang mudah² macam sediakan dokumen, buat minit dan jawab panggilan. Gaji seribu lebih, pada aku ok je la.
Tak lama aku bekerja, Madeline mula mengganggu waktu kerja aku. Ajak aku minum², teman belanja barang rumah dan macam².
Suami dia seakan tak kisah dan kemudian meletak aku jawatan sebagai pembantu peribadi kawan aku.
Gaji aku tak menentu ikut berapa yang dia nak beri tapi cukup besar dan mewah. Aku di angkut pergi bercuti sekali dengan alasan dapat bantu jaga anak² kawan aku.
Ulang alik ke universiti juga tak lagi naik bas, malah tiket kapal terbang juga dibelikan.
Aku rasa terhutang budi sebab terlalu banyak aku dapat daripada kerja yang aku buat. Sebagai balasan, bila ke rumah kawan aku, semua aku kemas, cuci pakaian, cuci dapur, cuci rumah kucing.
Pernah kawan aku buat makan² jemput keluarga besar dia dari kampung, aku lah orang paling sibuk urus dapur, hiasan hidangan dan tetamu.
Satu makcik dia tanya aku ni sedara belah mana, laju ayah kawan aku jawab, “Dia ni bibik kitorang..”
Aku kelu, malu dan cuba kawal diri. Aku hanya mampu tersenyum dan terus buat kerja aku. Jujur aku terasa. Sampai sekarang aku ingat ayat tu.
Sejak dari kes tu, aku cuba menjauh dari Madeline. Aku pernah confront Madeline yang aku terasa, dia minta maaf dan cakap yang itu hanya gurauan kasar sesama keluarga.
Makcik yang tanya tu pun dah tahu aku siapa. Kawan Madeline, merangkap pekerja sambilan. Keluarga dia tahu yang aku masih belajar di universiti terkemuka.
Bermula episod banding membanding antara aku dengan Madeline oleh keluarga dia. Benda ni buat hubungan aku dengan Madeline dingin.
Tapi aku tetap layan Madeline baik. Aku sayangkan persahabatan tapi Madeline fikir aku hanya perlukan duit.
Pernah juga aku dituduh ingin merebut suami Madeline tapi tak lama sebab sejak tu aku langsung tak bercakap dengan suami dia.
Semua jadi lebih keruh bila aku beritahu yang aku nak kahwin. Suami aku dari keluarga bijak dan senang. Pakcik² suami aku juga ada beberapa berpangkat dato..
Majlis pertunangan aku hanya dalam kalangan keluarga terdekat. Tapi aku jemput Madeline dan suami sebab suami Madeline cakap nak berkenalan dengan pakcik² suami aku untuk urusan perniagaan dia.
Madeline pula offer sponser beberapa kelengkapan majlis.
Awalnya aku rasa seronok bila dengar ada orang nak bantu, tapi sekarang aku rasa benda tu semua beban macam aku sebenarnya berhutang.
Selesai majlis, suami Madeline masih tak berkenalan dengan mana² pakcik suami. Ye lah, masing² pun sibuk dan borak sesama sendiri pun tak pernah habis. Tak sempat pun mencelah.
Tamat kisah majlis tunang, kini majlis nikah. Sekali lagi Madeline offer sponsor kereta mewah milik dia untuk digunakan pengantin. Selain itu, Madeline nak offer yang lain² juga.
Aku berjaya tangkas. Cuma yang kereta aku tak minta dia sediakan kereta pengantin mewah pun. Cukup bagi pinjam kereta myvi pekerja dia pun ok. Sebab keluarga aku semua perlu guna kereta masing².
Suami aku pula bila dapat berita yang kawan aku nak bagi pinjam kereta, kereta dia beri sepupu yang lain guna untuk bawa barang hantaran dan sebagainya.
Tiba hari majlis, aku tak tahu mana silap aku. Madeline muram dengan aku. Kereta pun dia tak dapat beri. Aku, orang tak beri aku tak meminta lah.
Nasib ada kawan aku yang kebetulan datang awal, beri pinjam kereta dia sekejap. Tapi tengah majlis dia ambil balik.
Madeline dan anak² dia datang lewat majlis aku tanpa suami dia. Aku pun tak tanya apa. Makan bergambar dan habis.
Selesai majlis, aku dan suami perlu balik rumah mertua pula untuk majlis belah sana pula.
Majlis belah aku alhamdulillah lancar walaupun semua aku urus sendiri. Abang akak aku semua sibuk dengan keluarga masing². Aku tak harapkan ayah ibu sebab diorang dah tua. Tapi itu lah, berat juga sebenarnya pikul sendiri ni.
Tu lah kali terakhir aku jumpa Madeline. Selepas majlis aku ada tanya bila dia free untuk jumpa, tapi dia cakap dia sibuk. Aku pun pulang ikut suami. Duduk rumah sendiri.
Tamat sarjana muda, aku sambung sarjana sebab kecewa dah mohon kerja sana sini belum ada rezeki.
Baru² ni suami Madeline text aku minta aku pinjamkan sijil akademik aku untuk mohon kelayakan CIDB.
Aku berat nak beri sebenarnya sebab itu usaha aku tapi aku rasa berhutang dengan keluarga Madeline ni. Aku dengar² cerita tak best dari adik Madeline cakap yang aku belajar dulu pun guna duit dari suami Madeline.
Suami Madeline pernah ada kes mahkamah dan dikelilingi hutang sebab tak masuk job. Jadi dia minta tolong aku untuk pinjamkan sijil supaya dia dapat job untuk bayar hutang² dia.
Kalau korang, apa korang buat untuk hilangkan rasa bersalah aku ni? Agak buntu ye..
Terima kasih siap² buat korang yang berikan pandangan. Semoga Allah membalas semua kebaikan korang.
– Bal (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum sis..Sis kena ingat tau..Memang kita banyak hutang budi but kalau org pinjam duit memang boleh bagi..Ini sijilnCIDB..Kalau ada penipuan sis sijil sis boleh digantung tau..sijil tu menunjukkan kepenatan sis yg usaha untuk berjaya..Janganlah sbb hutang budi sis senang2 dibodohkan…Lagi satu sis..sis ni bukan terhutang budi sangat pun but macam lurus bendul je..Kita kalau rasa xsenang block je..Dia ada kes mahkamahkn..nnti sis pula kena tempias..jadi lebih baik jngn bagi..saya pon ada lh terhutang budi dgn org..tapi org2 mcm circle sis tu macm amik kesemptan je…Nasihat jangan bagi…Tulis macm ni ” saya minta maaf xboleh bagi kalau nk bagi duit RmXXX boleh lah..klu berapa K xmampu” Say sorry je..Kalau dia marah2 buat xtahulah…Skrng ic palsu pon boleh buat apa tah sijil sis boleh diamik and copy..
Orang buat baik ni zaman sekarang kena fikir gak apa niat dia, kena ada border walau dia baik sekalipun…yang part ayah dia cakap sis tu bibik diorang pun lain macam, no respect…, part 2 yang minta sijil tu mcm agak pelik, amik kesempatan tu, okeyyy…kesimpulannya, jgn baik sangat sis