Hutang Dan Bunga

Assalamualaikum semua.. Kak long nak minta pendapat pembaca yang budiman disini perihal hutang. Bukanlah hutang akak yang dimaksudkan tapi hutang adik. Begini kisahnya…

Adik Kak long Ada terlibat dengan scammer trading Forex yang sekarang berleluasa di telegram. Kenapa dia join pun tak tahu sebab dia bukan perlukan duit pun.

Dahla sebelum dia masuk tu, memang dia tanya kitorang (kakak dan abang beliau) untuk pinjam duit, dan kitorang dah nasihat jangan terlibat, sebab scam semata.

Ingatkan dia dengarla rupanya.. dia pinjam duit kawannya.

Kawan dia pulak baik beno la bagi pinjam sampai RM30k lebih. Sebab adik janji nak bayar balik, kawan dia bagi tanpa bertanya untuk apa. Percaya beno..

Sekali seperti dijangka, burnlah duitnya ditipu scammer.. pastu barula duk mintak tolong dekat kakak dan abang ni tak tahu nak buat apa.

Korang bayangkan la eh.. memang berapi kitorang ni tapi gitula nasi dah jadi bubur. Nak marah pun takde guna jugak bazir air liur je, duk pikir nak setel.

Kisahnya pulak kitorang semua memang dah takde duit sebabnya, adik yang sorang lagi pun kena tipu dengan scammer. Tapi dia tak bagitahu kitorang, dia buat cerdik dia pinjam ahlong.

Ni memang panjang cerita la, dengan kitorang semua kena kacau, ahlong datang rumah.. loan dekat RM100k.

Allahu memang ujian sangat masa ni, kakak dengan abang ni barang kemas simpanan semua kitorang bagi dekat adik nak tolong setel sebab ahlong kacau kitorang jugak.

Lepas tu.. duit dah habis, jadi pulak masalah kedua ni aduhai memang bertimpa-timpa.

Tapi memang salute la adik Kak long memang cari jalan nak bayar, dia tak lari. Dia berenti kerja yang dah hampir 6 tahun dia kerja sebab nak cari kerja gaji lebih.

Dia pun lepas spm je, cari punya cari dapat kerja gaji RM1.7k. Dia pun janji dekat kawan dia tu nak bayar RM1k sebulan. Dia pun ada gadai barang kemas dia buat tampung bayar apa semua.

Baik, masalah sebenar.. kawan dia ni kata duit dia bagi tu duit dia kumpul dengan tunang dia. Duit nak guna lepas kahwin.

Mula2 dia bagi masa 2 bulan untuk setel, sebelum dia kahwin tapi memang tak dapatla, kitorang pun memang takde apa dah nak bagi.

Tunang kawan dia ni akak gelarkan N. N ni pulak duk memaksa la pulangkan cepat duit sampai suggest adik pinjam ahlong jugak.

Gile ko, sedap je suggest benda bukan bukan.. kalau kena dia sorang takpe, ahlong ni satu famili dia kacau tau. Adik tak nak, N suruh contact pulak satu nombor ni katanya ejen bank.

Ejen tu kata dia boleh adjust supporting dokumen untuk bagi lulus loan tinggi. Yela adik gaji RM1.7k mana lepas nak loan RM30k. Adik tak setuju jugak. Kitorang pun tak bagi sebab takut kalau kena tindakan undang2 tak kena naya je sebab menipu kan..

Last, minggu Lepas.. N ni kata dia sendiri buat loan RM20k. Tapi biasala bank kan, interest apa semua jadi total loan dia kena bayar RM30k.

Jadi dia contact adik katanya suruh adik tambah lagi bayar rm5k pada hutang sebab interest dia kena tanggung pada loan dia tu RM10k kan. So adik kena tanggung 50%.

Peh macam ahlong dah ni. Sebab katanya tak adil adik pinjam dia RM30k, tapi bayar RM30k jugak sedangkan dia nak pakai duit tapi kena pinjam bank.

Baik, pendapat pembaca semua apa patut adik Kak long buat? Dia dah cuba bayar RM1k sebulan tapi N tak nak, lambat habis katanya.

So adik nak cuba bayar dalam 18 bulan, dia mintak adik sorang lagi tolong tambah RM500 sebulan so total dia akan bayar RM1500 sebulan la.

Kak long suruh dia bagitahu je N tu, dia dah setel bayar RM30k Tu, bayarla lump-sum dekat bank mesti banyak diskaun dapat kan.. tapi itula adik sekarang ni malas nak layan dah, dia bluetick kan aje.

Setakat ni memang adik tak culas bayar, memang bulan2 dia akan bayar. Cuma itula masalah si N ni, sekarang dah jadi suami kawan dia dah, kawan dia memang lepas tanganla, ikut je la suami dia cakap.

Ikutkan Kak long nak bebel jugak kat dia tu yang baik sangat bagi RM30k tu dah kenapa. Gile apa bagi pinjam duit banyak2, dahla tak tanya untuk apa.

Memang ujian besar la buat family Kak long semua. Yela, tak tahula kenapa adik adik boleh terjebak dengan skim cepat kaya macam ni. Padahal berkilo kilo nasihat dah bagi..

So macam mana? Memang adik Kak long kena cover interest tu ke? Terima kasih Yang memberi pendapat..

– Kak long (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. EHHHHHHHH.. Adik kau tu bhutang tw pastu kau nk salah kn org dh knp?? 30K bhaiii bkn 3K.. xkisah la sb apa dia bg pinjam tp patot adk kau byr laa dh dia yg bhutang. Xmungkin laa kwn dia ssuke ati bg pinjam klu adik kau x cong cite sedih kt dia.. klu ak jd N tu mmg ak dh ludahkn muka kau gn adik kau. Nk bising apa ek?? byr jela.. Klu kau semak gn apa jd kau xpyh sibuk2 nk campor urusan dorg n lg skli aku bgtw.. ADIK KAU WAJIB BAYAR!!!!!!!!

  2. Ofcoz laa adik kau kene tanggung… Dah interest tu punca dari adik kau pinjam duit kwn tu.. Kalau adik kau tak pinjam tak perlu lah dia nak buat pinjaman.. Memang laa adik kau bayar bulan2 tapi dah kalau dia nak guna duit lebih dari 1k untuk 1 tujuan tu dalam 1 masa…kan tak memasal kena tunggu pulak padahal punya susah payah org tu kumpul duit.. Ntah ikat perut ke, tahan hati nk beli brg yg dia nak untuk bahagia & mudah urusan alam perkagwinan.. Bukan kau sekat duit dia je.. Impian diorang Selama ni diorg harap & usahakan dah jadi susah…
    Lagipun dia org yg bagi pinjam.. Dia ade hak nak letak syarat macam mana… Tak payah nak komplen pasal kawan tu… Bayar tetap kena bayar termasuk interest.. Kira ok laa 50%..baik dah tu.. Kalau suruh bayar semua mau tercirit🤌

  3. Dah hutang org, pandai2 la cari jalan byr balik. walau hidup kau adik beradik susah mcm mana pun. Org tu bg duit dia nak kawen. pastu pasal adik kau, dia pulak kena buat loan cover interest. SEPATUTNYA mmg adik kau kena byr ikut syarat pemiutang la. patut dah tua2 tau hukum berhutang. tau hukum skim cepat kaya ni. pandai fikir. ni dok tny kami2 kat internet ni buat apa pun? siap ckp “gile ke ko siap suggest yg bukan2.” eh adik kau yg buat pasal, hadap la korg adik beradik. jgn harap la akan ada komen2 bekap korg adik beradik. lg satu kak long, aku rasa kau sndri loose. kejap mcm ni, kejap mcm tu. patut la adik2 ngko tak dgr ckp kak long oiii..

  4. Bersyukurlah ada kawan yg begitu baik hati. Tak baik untuk pusing cerita seolah mereka pula yg salah. Janji tetap janji. Memang patut pun kau tanggung interest bank itu, pemberi pinjam patut dapat jumlah penuh, bukan makin rugi. Adik kau jujur atau apa pun, itu cerita lain, macam yg bg pinjam pulak yg buruk dan disalahkan. Campurtangan suaminya itu mmg sepatutnya la sbb mereka dah sah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *