Hutang dan Keberkatan Hidup

Assalamualaikum semua pembaca ruangan confession ini. Terima kasih kepada admin jika kisah aku ini disiarkan.

Benda ini dah lama tersimpan dalam hati bertahun-tahun. Semakin lama semakin parah, jadi terpaksa aku meluahkan apa yang tersimpan selama ni dalam confession ini.

Aku dilahirkan dalam keluarga yang sederhana. Masa aku kecil-kecil dulu selalu kena tinggalkan oleh mak ayah aku sebab sibuk bekerja. Jadi aku kena biasakan diri untuk berseorangan. Sampai sekarang aku dah terbiasa. Lonely.

Aku ingat lagi masa aku kat sekolah rendah, aku pernah tak da duit belanja nak makan disebabkan masa tu ayah aku tak ada duit nak bagi. Masa itu hujan lebat, perut mesti lapar. Tapi aku tahan. Kalau dengar ada lawatan sambil belajar kat sekolah, aku terpaksa lupakan sebab tahu tak akan ada yang hulur untuk bayar tambang. Kadang tue keinginan nak pergi, aku pinjam duit dari kawan. Pertama kali dalam umur belasan tahun aku pinjam duit dari orang. Aku mula kumpul duit untuk belanja pergi lawatan itu. Sanggup bawa bekal dari rumah semata-mata nak simpan duit. Aku tak ingat sape yang selalu bagi duit belanja tapi bersyukur sebab tak yah berlapar lagi. Masa tue duit yang terkumpul rm70 lebih. Angka rm70 besar masa tue dan boleh beli macam-macam. Tapi malangye duit tue abis ayah aku gunakan dan guna alasan budak-budak tak boleh bawa duit banyak. Aku hanya dibenarkan bawa rm20 je. Bila aku balik, aku check duit tue dah nak habis dah. Tinggal duit syiling je. Perasaan aku masa tue bercampur baur marah,benci, rasa dikhianati. Aku ingat ayah aku akan simpan dengan baik tapi sebaliknye.

Bila umurku menginjak dewasa, aku selalu tertanya kenapa duit ayah aku selalu tak ada? Padahal mak aku kerja dan yakin duit gaji mak aku tu pun dah cukup untuk diri dia. Satu lagi famili aku tak pernah pergi jalan-jalan atau shopping sakan. Jadinye duit tue abis kat mana. Selidik punya selidik, rupanye ayah aku selalu pergi tempat tak sepatutnye orang islam pergi iaitu tempat judi. Duit dia abis kat situ. Bila tak ada duit, pinjam kat orang. Bila dah dapat gaji, duit habis bayar hutang. Sampai sekarang macam tue. Mak aku tak tahu nak buat macam mane dah. Aku kesian kat mak aku terpaksa sabar dapat suami macam tue.

Bila jadi macam nie, ramai yang tuduh bukan-bukan kat mak aku. Terutamanye siblings ‘kesayangan’ ayah aku, katanya mak aku yang ambil duit gaji ayah aku, simpan dalam bank padahal diorang tak tahu duit tue ayah aku guna kat arah mana. Boleh pulak siblings ayah aku tue hasut sedara mara lain supaya benci kat mak aku. Masalahnye ayah aku pinjam duit merata tempat, tempiasnye dapat kat mak aku. Macam-macam tuduhan dilemparkan sampaikan fitnah mak aku ‘guna-guna’kan ayah aku.

Masa mak ayah aku tak ada duit, terpaksa tumpang umah siblings ayah aku nie. Yang jadi mangsa aku lah. Aku dipaksa buat macam-macam kerja. Kehidupan kanak-kanak aku tak macam kanak-kanak lain. Boleh tengok tv smpai puas, tidur, main dengan kawan-kawan. Aku dilarang buat macam tue. Memang kejam bila aku ingat balik. Siblings ayah aku pernah pukul aku dengan guna macam-macam, maki aku tanpa sebab selama bertahun aku duduk kat situ. Aku hanya budak-budak masa tue yang mula nak kenal dunia. Dalam fikiran aku pernah nak lari dari rumah sebab tak tahan. Diorang lepas kat aku mungkin sakit hati kat mak ayah aku. Masa mak ayah aku tak ada, mulalah siblings ayah aku buat ‘kerja’ diorang kat aku. Aku sakit. Aku didera. Tapi sapelah nak amik tahu pasal aku. Mungkin diorang sesuka hati buat macam tue sebab mak ayah aku tak berduit dan ayah aku ada hutang dengan diorang.

Balik semula pasal kisah ayah aku berhutang sekeliling pinggang tak pernah-pernah sudah sampai sekarang. Aku tak tahu sampai bila ayah aku nak insaf dari suka berhutang dan berjudi. Yang terbaru nie ada sangkut kat bank dalam anggaran puluhan ribu gak. Ayah aku tak mampu nak bayar dan bakal diisytiharkan bankrap. Aku tak tahu nak cakap apa dah. Mak aku malas dah nak amik tahu. Aku masih berdoa berharap ayah aku kembali ke jalan benar dan dijauhkan berkawan dengan orang tak senonoh perangai. Kebanyakan kawan ayah aku jenis sama macam ayah aku. Suka abiskan duit ke arah bukan-bukan. Mak aku pernah cerita kat aku, ayah aku pernah guna duit judi yang dia dapat tue buat belanja rumah. Patutlah selalu tak tenang duduk dalam rumah, ada adik-beradik aku lemah dalam pelajaran dan macam-macam masalah lagi.

Masih sekarang aku buntu tak tahu nak tolong famili aku macam mana. Aku harap satu hari nanti ada jalan keluar dari masalah nie.

– Anak buntu

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit