Assalamualaikum. Aku takda benda nak cerita, cuma jadikan pengajaran supaya jangan termakan pujuk rayu dan cuba clearkan hutang sebelum korang berumahtangga.
Aku kerja sebagai DC di sebuah syarikat international. Gaji aku RM2896 selepas tolak epf/etc.. Suami aku pula seorang engineer dengan gaji RM4,500 selepas tolak tax, epf.. etc.. kalo dicampur, gaji kami RM7k..
Aku senaraikan komitmen dan hutang yang perlu dibayar dengan 2 anak, dan bakal masuk yang ke3 inshaAllah.
KOMITMEN :
1) Parents aku dan suami – RM300
2) Tadika Anak – RM510
3) Baby Sitter – RM350
4) Insuran Aku – RM120
5) Insuran suami – RM105
6) Insuran anak-anak – RM220
HUTANG:
1) Kereta – RM630
2) Rumah – RM420
3) Personal Loan suami – RM1000
4) Personal Loan suami – RM300
5) Personal Loan aku – RM153
6) Kutu – RM400
7) Kutu kawan – RM100
8) Kutu – RM150
8) Motor – RM602
Hutang yang paling aku tak suka, personal loan suami aku yang RM1000 sebulan. Kenapa? Aku ni kenal suami aku camana, dia punya hyper sekejap je. Dia termakan pujuk rayu adik dia melabur dalam satu bisnes ni. Aku tahu bisnes ni ada future, tapi aku tahu laki aku hyper dia kejap je. Entah camana aku boleh tak berkeras hati and termakan pujuk rayu suami aku. Dia janji nak setelkan selepas dapat keuntungan, namun satu habuk pun tak de. Tu aku cakap, aku kenal laki aku camana. Adik dia yang janji nak tolong dapatkan apa yang patut, pun tinggal janji je. Tahun ke2 hutang ni dan jangkaan 2019 baru habis.
Hutang kedua pula sebuah motor kawasaki berkuasa tinggi. Ini pun laki aku punya. Dia pujuk aku pakai duit kutu buat deposit. Last-last motor tu tersadai kat rumah tak bergerak. Aku suruh dia jual je. Ni salah aku juga ikut kehendak dia. Konon2 nak merasa. Kondisi memang cantik. Ada buyer, kunci pula hilang.
So total semua RM5360. Memang satu jumlah yang besar. Balance ada la dalam RM2k untuk belanja sebulan. Tolak la dalam RM500 belanja dapur, susu and pampers.
1) Aku cerita plak macam mana aku selesaikannya. Rumah yg kami duduk sekarang rumah sendiri. Alhamdulillah walaupun kecil, tp kami puas hati. Sekarang, monthly payment KWSP yang bayar tiap2 bulan. Selamat lah RM420. Tapi selama 2 tahun je. Hujung tahun depan dah habis dah. Aku tak kisah sangat sebab menjelang hujung tahun ni banyak hutang dah habis. Atau laki aku boleh sambung lagi dr kwsp dia.
2)Kutu yang RM400 dah habis turn aku sebab guna buat akikah anak. Dalam bulan 7 tahun ni tamat la. Kutu 100 aku ambil masa raya nanti and kutu 150 aku dapat bulan 2 ni. To be honest, kutu ni banyak bantu aku dan suami. Aku banyak guna time2 yang terdesak cam bulan raya.
3)Secret saving, tiap2 bulan aku simpan RM700-1k dlm akaun secret aku. Laki aku tak tahu, dan dia selalu pelik aku selalu ada duit untuk hal-hal emergency. Tp jangan salah sangka, kdg2 aku guna sikit sebagai reward utk aku.
4) Simpan sikit tabung haji dari secret saving. Dalam 100-200.
5) Laki aku ni boros, sehari dia makan rm20. Bukan sebab mcm sekali makan tu rm20, tp dia ni mcm pegi kedai, beli roti la, beli gula2, beli surat khabar, beli air laa. Dia PJJ dengan aku, so aku xdpt pantau apa dia buat, tp aku suh juga dia berjimat. Tak tahu la dia buat ke x.
6) Alhamdulillah, aku keje kat company yang ad gaji ke13 masa bulan 12. So, itu lah aku bayar road tax and anak masuk sekolah, selebihnya aku masuk secret saving.
7) power of sedekah. Masa awal2 dulu, rezeki sempit. Ada je tiap2 bulan kurang sampai kena jimat n xde saving. Tp bila aku scroll fb, aku rajin tgk org berjaya selalu bersedekah, aku ambil pendekatan tu, malah macam Dr Fadzilah Kamsah cakap, niatkan sekali apa kita nak masa bersedekah. Alhamdulilah, time nak hujung bulan je, ada je rezeki lebih Allah bagi.
8) Cuba cari buyer motor laki aku secepat mungkin.
9) Buat bisnes online secara kecil-kecilan.
Aku target anak aku yang sulong darjah satu, habis hutang and aku duduk rumah jaga anak-anak2 je. Aku dah buat perkiraan, hampir semua hutang habis tahun 2018.
Cuma aku nak pesan, utk yang perempuan, pastikan kau ada secret saving. Jangan bgtau suami. Ini penting.
Untuk lelaki, make sure clear kan hutang pe yang patut sebelum berumah tangga. Kebajikan ibu bapa jangan lupa sebab penah jadi kat aku. Ada 1 bulan tu aku cakap kat mak aku tak dpt bg belanja sbb sangkut, tp rupanya lagi sempit rezeki aku utk bulan tu.
Usia perkahwinan aku nak masuk 5 tahun, dan aku hampir melepasi fasa yang kritikal dlm hidup aku dan suami. Pastikan kau sentiasa di belakang suami dalam apa jua keadaan dan buat apa je dengan niat kerana Allah. InshaAllah Allah akan permudahkan.
Doakan aku jadi seorang suri rumah k.
– Isteri yg cuba bertahan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit