Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca
Pertama kali terima kasih diucapkan andai confession saya hari ini disiarkan. Harap dapat memberi pengajaran dan sedikit ketenangan pada hati ini dengan meluahkan perasaan hari ini.
Saya perkenalkan diri sebagai mrs N. saya berusia lingkungan 30an, mempunyai 3 org anak dan bekerja sebagai pegawai perubatan di utara tanah air. Cerita saya adalah mengenai kisah hidup saya, mengenai perkahwinan saya yang pertama menjerat saya dalam hutang yang tidak berkesudahan.
Saya berkahwin kali pertama pada tahun 2012. Perkahwinan pilihan saya sendiri dengan rakan sama sekolah menengah. saya tidaklah terlalu mengenali ex(saya kenalkan sebagai mr U) sebelum berkahwin, tetapi memandangkan mr u bersekolah agama seperti saya dan akhlak sikap nya juga ahli keluarganya baik pada waktu itu, maka saya menerima waktu itu. Bagi saya dia akan menjadi suami yg baik dan bapa yang penyayang kepada anak-anak kelak.
Namun apa yang kita harapkan kadang sebalik yang terjadi. Mr U ternyata mensiakan amanah yg diberi Allah dan tidak melaksanakan tanggungjawab pada saya dan anak2. Saya yang pada waktu itu bekerja mengalami ‘severe depression’ kerana tertekan dengan kehidupan rumahtangga bersama dia dan pekerjaan saya sebagai seorang dokter membuatkan saya mengalami tekanan perasaan yang teruk sehingga ke tahap ingin membunuh diri.
Mr U ketika itu meminjam loan bank untuk bisness menggunakan nama saya dan tidak mengeluarkan nafkah memandangkan semua nya saya mampu tanggung. Dari anak pertama sehingga lahir anak kedua semua perbelanjaan saya harus tanggung sendiri. malah bila tiada wang untuk membayar pekerja dan sebagainya(masa tu Mr U bukak bisnes sendiri) dia akan minta sahaja pada saya berapa ribu pun dia nak. saya umpama ‘bank’ pada dia waktu itu.
Malah kebodohan saya yang terpaksa saya akui jugak selain membuat loan bank untuk dia menggunakan nama saya, saya jugak membuat loan sebanyak 30k untuk abang mrU. abangnya telah berjanji ketika itu untuk membayar bulanannya.. namun seperti biasa itu hanyalah janji manis. sama seperti janji diberikan mr U.
Kerana kekecewaan yang saya hadapi terpaksa membayar hutang bulanan yang tinggi setiap bulan untuk mereka berdua dan atas sebab suami tidak menunaikan nafkah dan tanggungjawab pada saya dan anak2 maka saya memfailkan perceraian pada 2 tahun lepas dan mahkamah meluluskan hal tersebut
Alhamdulillah Allah temukan saya dengan Mr A yang sangat mengambil berat dan membantu bebanan hutang yang saya hadapi. saya dikurniakan anak ke3 bersama mr A baru ini alhamdulillah. hidup kami bukanlah mewah walaupun saya bergelar dokter dan suami bekerja kerana saya banyak mempunyai hutang yang perlu dibayar. Nafkah anak kami 3 orang semua ditanggung oleh saya dan suami baru manakala Mr U tidak pernah mengambil tahu perihal anak2 nya.
Seperti biasa adik beradik dan keluarga Mr U semuanya menyalahkan saya tanpa mahu mengakui kesilapan Mr U pada saya. sehingga kini saya terus menanggung hutang2 mereka. walaupun hati berat dan tidak redha tapi saya tidak ada cara untuk mendapatkan kembali hak milik saya. Walaupun saya sudah minta dengan cara yang baik tetapi diendahkan malah kakak nya juga mengatakan saya tidak layak untuk menghubungi mereka. Saya sedar saya hanya makhluk Allah yang tetap melakukan kesilapan.. tetapi bila silap saya mengaku dan bertaubat juga meminta maaf. Tetapi ada juga yang tidak betul di mata orang lain.
Macam-macam fitnah dilemparkan dari Mr U untuk menutupi kelemahan dan kesilapannya sendiri. mengatakan saya tidak mengizinkannya berjumpa anak2 dan dia memberi nafkah tiap bulan kepada anak2. Namun yang dia tipu hanyalah dirinya sendiri dan insan disekelilingnya kerana kami semua tahu kebenaran. Saya tidak pernah menghalang dia dari berjumpa anak2 malah menyuruh dia menjenguk anak selalu supaya mereka kenal dia.. namun sudah 2 tahun berlalu, dan Anak2 saya sudah lupa siapa Mr U. saya yang selalu mengingatkan mereka pada dia dan jangan berdendam. Semuanya terletak pada diri Mr U sendiri.
Kepada Mr U sekiranya membaca ini ingatlah bahwa Allah itu ada dan tak pernah lupa apa yang kita buat walau sebesar zarah. Saya akan terus membesarkan anak-anak tanpa berkira dan membayar hutang piutang kalian selagi saya hidup. seandainya Allah ambil nyawa saya, saya harap Allah redha dengan saya. itu sahaja permintaanku.
Terima kasih buat pembaca kerana sudi membaca luahan hati. yang boleh diambil iktibar silakan.
Berat mata membaca, berat lagi bahu memikul…
– mrs N
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit