Assalamualaikum kepada semua pembaca IIUM Confession sekalian. Semoga kalian semua berada dalam sihat sejahtera dan ceria selalu hendaknya.
Sebenarnya aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita. Aku harap apa yang aku luahkan kat sini dapatlah sikit memberi kelegaan dalam hati aku.
Apa-apa komen yang positif ke negatif ke, aku tak kisah. Yang baik aku ambil untuk jadikan panduan, yang buruk aku jadikan pengajaran.
Ok, aku introduce sikit pasal diri aku, aku Kimi asal dari selatan tanahair. Berumur awal 40an, sudah berkahwin dan ada anak yang semakin membesar. Aku berkhidmat sebagai penjawat awam lebih 20 tahun.
Apa yang aku nak luahkan disini bukanlah mengenai masalah rumahtangga atau pasal skandal tetapi mengenai kehidupan aku yang dibebani dengan masalah hutang sehingga menjadi satu beban.
Pinjaman peribadi ni memang sinonim dengan penjawat awam. Pihak bank cukup suka bila penjawat awam ni buat pinjaman peribadi.
Macam-macam tawaran yang dibuat. Penyatuan hutang la, interest rendah la, kadar tetap la. Itu semua ‘jerat’ yang biasanya memerangkap ramai penjawat awam termasuklah aku.
Ye, aku mempunyai jumlah hutang yang terlalu tinggi, terlalu banyak sehingga ‘kering’ aku dibuatnya.
Waktu buat pinjaman dahulu, kadar interest memang rendah tetapi apabila OPR dinaikkan sampai 4 kali dalam tempoh yang singkat sehingga aku tak mampu membayar hutang tersebut.
Gaji aku licin bayar hutang dan tolak komitmen dalam rumahtangga sehingga aku tak dapat guna duit aku untuk kegunaan aku sendiri. Aku cukup tertekan.
Gaji aku habis bayar hutang sehingga sampai satu tahap aku dah tak mampu untuk bayar hutang-hutang tersebut. Teruk bukan.
Aku akui, dah tak boleh nak uruskan kewangan dan hutang aku pada masa sekarang ni. Belanja keperluan dapur, nafkah isteri, belanja sekolah anak aku. Semua tu perlu diambil kira. Ditambah dengan satu lagi bala iaitu hutang kad kredit.
Ya Allah. Bala apa yang Kau turunkan kepada aku. Bukannya aku tidak cari side income tetapi kebanyakkannya lebih kepada MLM. Aku pernah juga mohon untuk jadi part time rider tetapi tiada jawapan sehingga kini.
Untuk makluman semua, aku baru sahaja ditukarkan ke jabatan lain dimana di jabatan baru, aku tidak dibayar satu elaun seperti di jabatan lama. Hal ini membuatkan pendapatan aku menjadi tak stabil.
Perancangan kewangan aku dah tersasar ditambah pula dengan kesan kenaikan OPR sehingga membebankan aku.
Macam-macam permohonan dan rayuan aku kemukakan kepada pihak bank untuk membantu aku meringankan komitmen bulanan tetapi ditolak dengan alasan kadar hutang aku terlalu tinggi.
Aku juga pernah merujuk kepada AKPK tetapi hasilnya tetap sama. AKPK pun tidak membantu. Kenapa pihak bank KEJAM SANGAT. Ye memang. Sangat kejam.
Aku selalu berdoa kepada Allah, memohon untuk diringankan bebanan aku dan aku juga pernah berdoa, memohon, merayu untuk aku membebaskan diri dari bebanan hutang dan riba. Tetapi kenapa Dia tak menjawab doaku? Kenapa Dia tidak makbulkan doaku?
Ramai berkata bila kita dalam kesusahan dan kesempitan, berdoa lah kepadaNya. Tetapi kenapa doa aku tidak diperkenankan?
Dah macam-macam cara aku dah buat, sedekah, berdoa setiap kali lepas solat. Tetapi kenapa doa aku tak dimakbulkan?
Jujur aku cakap, aku dah give up, aku dah kosong. Aku rasa jalan yang terbaik untuk aku ialah MATI. Bila aku mati, hutang aku akan selesai.
Dan aku beranggapan Dia nak jadikan aku sebagai contoh seorang manusia yang teruk dimana doa aku tidak akan dimakbulkan sampai mati.
Ibarat seorang Pengetua yang hendak menjadikan pengajaran kepada murid lain dan akan menjadikan murid yang teruk dan bermasalah sebagai contoh yang teruk sehingga tamat sekolah.
Aku dah tak tahu nak mengarut apa lagi. Aku nak cari jalan untuk cabut nyawa aku sendiri atau perlu tak aku berdoa supaya Dia tarik nyawa aku.
Aku dah tak sanggup nak hadap hutang + riba ni. Ditambah pula doa aku tak ditunaikan. Rasa zero, nothing.
Ok lah. Aku stop dulu. Kepala aku ngah serabut. Dah ok nanti aku tulis lagi. Bye.. Adios
– Hamba yang hina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Assalamualaikum.
Nasihat saya ialah bersangka baik dengan Allah. Boleh jadi Allah menunda doa pak cik kerana Allah menaikkan darjat pak cik / menyucikan dosa. Banyakkan solat sunat taubat / solat sunat tasbih. Mohon ampun kepada Allah kerana terlibat dengan riba. Riba adalah dosa besar. Doa mungkin terhijab dan terhalang kerana dosa- dosa kita. Usahakan bangun malam dan bermunajat kepada Allah kalau belum.
Setiap musibah yang menimpa kita adalah berpunca dari tangan kita sendiri. Allah tidak kejam. Malah Allah yang paling sayang kepada kita. Balik kepada Allah.
1) Jangan berputus dgn rahmat Allah.
2) Bala hutang dari diri sendiri, bukan dari org lain.
3) Bila mati pun, hutang tak akan selesai, Hutang Tuan akan tetap ditagih, malah amalan kita tergantung bila tak lunaskan hutang kita.
4) sekali lagi, jgn berputus asa dgn rahmat Allah, yakin, pasti ada jalan
Assalamualaikum.
1. Istighfar banyak2 sebab istighfar ni banyak kebaikkan
2. Cuba pergi bank mintak reschedule payment. Maksudnya instead of bayar RM1,000 sebulan, mintak jasa baik pihak bank untuk bayar rm600 sebulan tapi tenor dipanjangkan. At least, tak membebankan puan/tuan dalam masa short term.
Apa2 pun, semoga sentiasa dimurahkan rezeki
Mula² ko salahkan bank, lepaih tu ko salahkan tuhan lak, tapi ko tetap x salahkan decision ko sendiri yg mmbuatkan ko terjerumus ke lembah hutang tue. Kaji blk silap ko kt mana, buat reflection kt diri sendiri, masa hidup ko senang dolu² sejauh mana syukur ko kt tuhan, reflect bro.
Bkla ko nak buat hutang tu ko pikir ke tak…..untuk tujuan apa…..ko ukur tak kat baju sendiri….. lepas dah enjoy guna duit
lepastu salahkan bank dan salahkan tuhan……..ko taknak salahkan diri ko sendiri…..
Orang kerajaan ni air muka tinggi sangat, kete nak pakai honda, rumah nak cantik….ya naik gaji sket tambah lagi hutang…..