Hutang Itu Riba dan Menyakitkan

Assalamualaikum semua. Terima kasih sudi baca. Aku nak cerita perjalanan hidup aku dikelilingi hutang. Hutang macam-macam. Dari kad kredit hingga hutang rumah.

Pada masa bujang, aku buat kad kredit. Payment cantik jer. Sampailah satu masa tertunggak 3k. Lepastu aku ada hutang maxis broadband. Yang ni terpaksa ambil sebab aku sambung belajar.

Payment cantik sampai lah tertunggak RM680. Tunggakan ni aku biar sampailah aku berkahwin.

Nasib baik masa aku sambung belajar aku tak ambil Ptptn. Aku dah selamat kat situ. Lepas aku berkahwin, tambah lagi hutang. Hutang kereta dan rumah suami aku.

Suami aku masa tu bekerja gaji RM3k sebulan. Gaji suami aku betul2 cukup bayar hutang dan makan sebulan saja. Langsung tak ada simpanan.

Kereta pun ada saja rosaknya. Eksiden, tiba-tiba tak boleh start. Pening.

Ya semasa hidup dalam keadaan berhutang ni, rumah tangga kami memang teruk. Bil elektrik sampai saja kami mesti bertekak.

So suami aku ajak pindah ke rumah mak mentua dia. Supaya kurang sikit beban nak bayar bil-bil. Aku turutkan.

Bermulalah episod berkira-kira pula. Pantang guna elektrik lebih sikit, mak mentua aku bising.

Sampailah satu hari tu sebab dah tension sangat, suami aku lafazkan cerai. Tapi tak lama pun. Esok dah rujuk semula.

Jadi kami buat keputusan pindah semula ke rumah sendiri dan mulakan hidup baru. Suami aku berhenti kerja. Kami mula buat bisnes online.

Alhamdulillah minggu pertama, aku untung 2k. Aku simpan sikit dan beli stok.

Hidup kami agak mewah. Makan apa saja, tapi pelik. Kepala masih kusut. Tidak tenteram. Kereta pula memanjang rosak. Nak jual beli baru, sayang pula.

Suami aku buat keputusan nak cash kan kereta. Jadi kami kumpul duit dan terus cash kereta.

Dah cash kereta, hidup kami macam ada sinar baru. Haha. Seronok sangat sebab satu beban dah hilang. Yang peliknya lepas dah cash, kereta aku tak pernah buat hal sampai sekarang!

Lepastu kami buat keputusan beli kereta lagi satu cash, kereta besar sikit. Kat sini kami dah silap! Sebab tak cashkan rumah dahulu.

Rumah aku bernilai RM240k (teres dua tingkat). Kereta lagi satu aku beli tu RM80k. Agak terkilan juga sebab tak fikir habis-habis. So takpelah, dah beli.

Sepanjang aku membayar rumah setiap bulan ni, ada saja yang tak kena. Aku rasa rumah tu bukan rumah aku lagi. Anytime bank boleh ambil.

Serius aku cakap, bila rumah dalam keadaan hutang, kau tak tenteram. Beribadah pun tak khusyuk.

Aku tahu hutang rumah aku tu adalah riba. Riba sedang berjalan setiap hari setiap detik! Dosa aku kumpul setiap saat.

Walaupun aku taubat hari ini, sekejap lagi aku dah berdosa semula. Sebab riba rumah aku masih berjalan. Maksiat sedang berjalan. Lagi-lagi bila kau tahu, riba ni dosa nya besar amat!

Suatu hari aku buat plan dengan laki aku, nak langsaikan segala mak nenek hutang dalam hidup kami ni!

Aku bermula langsaikan hutang yang paling kecil hingga hutang yang paling besar. Aku bayar hutang kad kredit aku. Suami aku langsaikan hutang unifi dan astro. Dan last sekali hutang rumah.

Kami target dalam masa setahun, hutang rumah ini akan selesai. Aku dengan laki aku kumpul emas untuk habiskan bayar rumah.

Tapi Allah itu maha pemberi rezeki, maha Agung! Aku langsaikan hutang rumah tanpa usik 1 sen dari emas aku. Rumah dah cash, emas aku masih ada. Bila kita betul-betul nak langsaikan hutang, Allah bantu!

Dan sekarang tiada 1 hutang pun dalam hidup kami suami isteri. Semua hutang aku dah langsaikan. Korang kalau ada niat nak langsai hutang, tolong jangan tambah hutang lagi.

Kau dah tahu, hutang tu wajib dibayar, maka bayarlah! Jangan bertangguh, jangan lari! Hadap hutang itu dan berdoalah kepada Allah. Sungguh-sungguh mintak nak langsaikan hutang dan tidak akan buat hutang lagi.

Jujur aku cakap, bila kau dah tak ada hutang, kehidupan akan bahagia. Tak takut akan masalah ekonomi akan datang. Semua dah memang kau punya.

Nasihat aku, jauhilah hutang. Lagi-lagi kad kredit! Ramai muflis dengan hutang kad kredit.

Terapkan dalam minda, hutang wajib dibayar. Duit yang korang pinjam, itu bukan duit korang. Itu duit bank, bayarlah ya.

Segala kehendak, tolong tahan dulu. Dahulukan bayar hutang. Aku tahu ramai tak mampu bab nafsu membeli ni. Sebab aku pun terbabas beli kereta lagi satu.

Tapi nasib baik, aku tak terbawa arus terus. Allah ingatkan aku tentang hutang rumah yang kalau dikira umur suami aku 70 tahun baru settle.

Sampai bila aku nak kutip dosa riba? Sampai umur 70? Haha, gila.

Alhamdulillah dah settle hutang ni, kami suami isteri bertaubat, dan tak mahu lagi dah terjebak dalam apa jua hutang sekalipun! Lagi-lagi yang melibatkan riba..

Apa jua masalah hidup, baliklah kepada maha pencipta. Allah sentiasa mendengar rintihan hambanya.

Sekian…

– Sazila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *