Hutang Jahat, Kita Baikkan Dia

Untuk part I, (https://iiumc.com/hutang-jahat-tak-semestinya-jahat/).

Hai semua, aku Binti, waaaa ramainya komen..

Okaylah.. Pertama-tama sekali aku nak buat permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang komen negatif tersebut..

Aku tau, hutang kena settle sebelum mati, bahaya riba, hidup susah kalau hutang keliling pinggang, tak fikir kalau masa depan kena buang kerja ke apa.

Yang paling penting, aku nak minta maaf aku dah guna perkataan kurang elok masa confession sebelum ni.

Okay, selepas kemurungan beberapa hari sebab baca komen, untuk confession kali ni, aku cuma nak share cara aku uruskan semua hutang-hutang aku, sebab aku terbaca 1 komen ni.

Mula-mula cara uruskan tu macam boleh dijadikan inspirasi tapi bila guna perkataan kurang elok, terus jadi turn off. Haha. Maaf ye kak.

Dan lagi 1 aku ada baca komen yang kata hutang banyak, insurans dah ada ke belum?

Okay aku tak nak panjangkan lagi bebelan.

Pertama-tamanya aku memang dah lengkapkan insurance aku, suami, dan anak, total dalam RM600 bulanan, ni semua aku bayar pakai kad kredit aku.

So aku bayar balik outstanding kad kredit tu balik. Senang cerita guna, pastu bayar, guna, pastu bayar.

Okay kan aku ada cerita yang aku guna kad kredit bayar bill hospital kan… tu bukanlah aku sakit… tapi aku bersalin kat hospital swasta… sebab tu lah aku kena bayar sampai 10k.

Okay kan aku kata aku mana ada duit segedebuk nak bayar balik kad kredit sampai 10k tu, so aku bayar sikit-sikit (yes interest naiklah) tapi at least rekod CCRIS CTOS aku cantik.

Okay pasal personal loan, aku buat personal loan masa tu sebab nak kahwin kan, laki aku ambik tanggungjawab bayarkan. Hehe dah jimat dah duit aku.

Okay pasal rumah dan kereta. Alhamdulillah sebelum aku capai 30an aku berjaya beli rumah joint loan dengan suami. Pada aku, ini pencapaian terbaik untuk aku. 2 kereta pulak sebab sama-sama kerja laki bini so kena la ada 2 kereta. Gittew..

Okay bab pengurusan hutang.

1. Kad kredit…

Kad kredit ni ada limit yang bank bagi, so katalah dia bagi 12k, maksudnya kita boleh guna sampai 12k la… contoh bulan tu dah guna 500, limit kurang la jadi 11,500.

Still boleh guna sebagai dana kecemasan if anything happens kan.. Cara aku, aku guna, aku bayar.. Kalaulah korang takut sangat hutang kad kredit berlambak, just guna untuk perbelanjaan yang korang mampu support je..

Contohnya minyak kereta, tol, pampers, susu anak. Bila guna, bayar pastu limit naik balik. Kalau tak nak kena interest, kena lah bayar total outstanding as per statement, kalau nak bayar minimum pun boleh tapi kena interest lah.

Loan rumah, kereta, personal loan, bayar cantik-cantik, ikut time dia, jangan bayar lebih.

Sebab apa aku cakap macam ni pada aku, baik ada extra cash in hand yang kita boleh guna daripada lambakkan kat bank. Unless memang betul-betul nak langsaikan hutang tu, korang memang jimat interest dah kat situ.

Bab income, Alhamdulillah la aku dan suami mampu uruskan lagi hutang-hutang kami ni. M40 pun sesak tapi alhamdulillah masih lagi okay.

Aku dan suami dah decide income kami gabungkan, then bayar komitmen sama-sama (tapi sebenarnya masuk je gaji laki aku, dia terus transfer semua, aku yang bayarkan segalanya haha)

Nak enjoy boleh, tapi tengok duit kat tangan ada berapa lebih dulu and limit kad kredit tu, so enjoy lah sama-sama. Sebab sama-sama penat cari duit kan.

Bab masa depan, aku pilih untuk tak terlalu takut, aku sentiasa husnuzon pada Allah, doa banyak-banyak, aku tau Allah akan dengar doa aku, aku amalkan doa makan dan ayat seribu dinar.

Lastly, aku rasa la ni pendapat aku, jangan buat personal loan untuk tutup hutang kad kredit, sebab apa aku cakap macam ni, okay kita dapat duit personal loan tu, kita bayar kad kredit, then, limit kad kredit naik balik (probability untuk guna tu tinggi),

Then instalment personal loan pun kena bayar, dah jadi double dah kat situ, unless memang bayar total outstanding kad kredit tu pastu kita terus terminate kad tu. Okay lah..

Cumanya kalaulah dah banyak sangat-sangat hutang kan, serahkan diri je pada AKPK, AKPK akan hold kita tak boleh buat loan baru dalam 10 tahun je daripada kena status bankrap dari BNM kan.

(By the way, aku tak pernah kena AKPK lagi sebab masih mampu bayar lagi)

The last but not least, aku tertarik dengan sorang ni komen, dah nama pun komitmen, kena lah bayar dengan komited.. Kau dah guna kemudahan tu, kau nikmatilah.

So jangan takut sangat k. Chill. Percaya pada Allah, Allah akan bantu.

Aku Binti, minta maaf ye dengan confession sebelum ni yang mengundang kurang senang dengan korang.

Oh ye lupa, kita boleh check CCRIS report kita online kat BNM website, kena bayar seringgit untuk daftar tapi refundable..

Make sure loans kita tu angka 0 je setiap bulan k… dari situ korang boleh check korang clean tak untuk submit apa-apa loan baru n kira DSR.

DSR nak kira macam mana?? Total income ÷ total komitmen bulanan pastu x 100, then dapatlah % DSR kita. Biasanya bank tengok 45%-65% untuk loan…

Byeee lurveee..

– Binti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *