Assalamualaikum semua. Aku harap confession aku disiarkan. Sedikit pengenalan ringkas tentang aku. Aku Perempuan, berumur awal 30an. Bekerja di syarikat swasta.
Aku nak cerita tentang pengalaman aku memberi hutang/ pinjaman pada ex BF. Aku namakan D.
Segala yang aku ceritakan adalah benar dan aku harap yang membaca cerita aku boleh berikan aku cadangan dan pendapat yang bernas.
Ok,let’s start. Aku berkawan dengan D sejak 2016. Pada ketika aku kenal dengannya, D bekerja di TNB bangsar sebagai IT executive.
D tinggal di selayang. Awal perkenalan D nampak baik dan tidak menujukkan tanda2 suka meminjam. Ok fast foward, D mula meminjam dari aku sedikit demi sedikit. RM300, RM500.
Alasannya untuk baiki kereta, walaupun sepanjang aku kenal D, aku tak pernah nampak kereta D. Kata D, dia pakai proton Gen 2, memang selalu bermasalah.
Bila keluar, kami akan naik kereta aku jadi aku tak tanya lebih perihal kereta dia yang selalu rosak.
Oh ya, ketika ni, dalam tahun 2017, D dah pun berhenti kerja di TNB dan mencari kerja lain. Alasannya, jemu dan nak cuba tempat lain.
Maka bermula la pencarian kerja baru. D banyak dapat tawaran kerja di syarikat yang agak ternama, seperti KWSP, Oracle, MARA, tapi malangnya D ni mempunyai sifat suka berhenti kerja sebab stress walaupun baru bekerja tak sampai sebulan.
Untuk mulakan kerja baru, D akan meminjam dengan aku lebih kurang 500 untuk survive sementara tunggu dapat gaji. Tapi, mana mungkin dapat gaji kalau kerja pun tak sampai sebulan.
Sikap D suka berhenti kerja, bukan sebab susah bangun pagi, tapi sebab tak boleh stress dan tak boleh ‘go’ dengan kerja tersebut.
Btw, D tinggal dengan family. D anak sulung. Ok dipendekkan cerita, perkenalan aku dengan D mencecah 4 tahun. Dan kami putus disebabkan aku malas nak buang masa tunggu lagi lama.
Dan pinjaman D dengan aku ketika ni sudah mencecah RM7700. Kini bermula misi aku untuk menuntut hutang aku dari D.
D berjanji akan bayar hutang aku, namun tiada jaminan dan tempoh diberikan.
Aku berfikir positif untuk tunggu D membayar hutangnya. Namun D telah memblock aku di social media, di Whatsapp bila aku meminta hutang.
Sudah setahun pun masih belum bayar. D kata dia block aku sebab malas bergaduh. Sedangkan aku hanya text untuk minta hutang. Tiada maki dan seumpamanya.
Aku buntu. Aku ada menghubungi ibu D untuk memaklumkan tentang hutang D. Ibu D hanya mengatakan dia akan memaklumkan pada D untuk bayar hutang.
Aku juga ada menyarankan D untuk keluarkan isinar atau ilestari untuk membayar hutang aku, namun cadangan aku hanya diabaikan.
Kini ,aku sudah tidak boleh menghubungi ibu D kerana nombor nya sudah ‘out of service’.
Btw, selepas aku menghubungi ibu D perihal hutang anaknya, D unblock whatsapp aku sekejap semata untuk memaki aku kenapa aku mencari ibunya.
Kalau ada kerjasama dari D untuk membayar hutang, dah tentu aku pun tak nak ganggu ibu dia.
Fast foward, aku nekad untuk mencari nombor telefon ayahnya pula untuk memaklumkan tentang hutang D.
Carian di google gagal (memandangkan ayahnya memiliki jawatan union di TNB, jadi aku assume, ada nombor telefon) sehinggalah aku menemui facebook pakciknya.
Tujuan aku hanyalah untuk meminta no telefon ayah D sahaja. Untuk minta kerjasama dari pihak D untuk bayar hutang.
Malangnya pakcik D juga mem’palau’ aku dengan mengatakan dia tak boleh bagi nombor pada sebarangan orang.ok aku faham dengan ayatnya dan tak menyalahkannya.
Kemudian, aku nekad untuk bawa kawan dan adik aku untuk sama2 ke rumah D untuk berjumpa terus ayahnya di rumah.
Kami kerumahnya di selayang dan kawan ku (lelaki) aku bawa untuk melindungi aku sekiranya apa2 terjadi.
Beberapa kali pintu rumah diketuk, barulah ayahnya buka pintu dan kami nyatakan tujuan datang ke rumah. Kami meminta untuk bercakap di luar rumah.
Kami memaklumkan pada ayahnya D berhutang dengan aku sebanyak RM7700 dan memaklumkan D tidak respon whatsapp dan message. Dengan maksud lain, telah ‘block’.
Malangnya perbincangan kami dengan ayahnya juga tidak membuahkan hasil yang positif, malahan ayahnya membandingkan amount hutang D tidak sebesar dengan hutang orang lain padanya yang katanya hampir 100k.
Ayahnya hanya minta kami bersabar, tanpa ada jaminan tempoh, hanya minta bersabar. Rasanya dah lama aku bersabar.
Ayahnya juga mengatakan D tiada KWSP untuk keluarkn isinar (sedangkan setahu aku, D pernah bekerja). Ayahnya juga suruh proceed ke mahkamah jika itu yang aku mahu buat.
Aku agak kecewa dengan tindakan ayahnya yang lebih play victim mem’backup’ anaknya dan tiada rasa bersalah mahupun minta maaf.
Keesokan hari, aku dapat whatsapp dari D memaki aku mengatakan aku macam samseng datang ke rumahnya. Padahal, kami hanya berbincang dengan baik dengan ayahnya.
Jadi, aku menulis di confession ni untuk meminta pendapat pembaca disini, patut atau tidak aku proceed ke mahkamah?
Dan sekiranya aku mahu viral tentang hutang D, adakah dia boleh menyaman aku atas dasar memalukan dia? Aku hanya mahu duit aku. Bantu aku beri pendapat.
Terima kasih.
– Ainina (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit