Hutang RM100,000 Pada Usia Muda

Assalamualaikum, nama aku Marina. Berumur baya2 korang jugak, masih lagi 20an. Walaupun aku bukanlah warga IIUM, namun aku merasa terpanggil untuk berkongsi di laman ni. Terima kasih kepada IIUM Confession sekiranya sudi menyiarkan cerita aku ni.

Hari ni aku nak berkongsi mengenai HUTANG. Di zaman serba moden ni, aku berani jamin kebanyakan golongan muda sudah berhutang, malah sejak masih belajar lagi. Ini kisah kawan aku, untuk dijadikan pedoman semua. Yang mana baik, ambillah dan yg mana buruk tu, bukan niat aku untuk mengaibkan sesiapa.

Kawan aku ni berusia 26 tahun, baru hampir setahun bekerja dengan gaji permulaan rm1,200. Ya, dia ada ijazah dan bekerja di Ipoh dalam bidang yg bersangkutan dgn pengajian dia. Diusia 26 tahun, hutangnya telah mencecah hampir 100k. Aku anggarkan ni secara rough je, kerana jumlah sebenar, hanya dia dan tuhan yg mengetahuinya.

Berasal dari keluarga yg sederhana, ayahnya telah pun pencen dan mak pula surirumah sepenuh masa. Dia menyambung pengajian di salah sebuah IPTS terkemuka dan membuat pinjaman PTPTN hampir 65k. Ini kerana yuran IPTS tersebut yg sememangnya mahal, untuk belanja bulanan, hanya harapkan pencen ayahnya dan bantuan dari kakak2 dan abg2. Nak dijadikan cerita, dia terpaksa extend satu semester dan PTPTN x cover yuran untuk semester tu so, yuran tu dah jd outstanding yg jumlahnya hampir 9k.

Akhirnya, lepas tamat pengajian, dia diterima bekerja dan tak sempat menganggur dengan gaji yg aku sebutkan td. Untuk permulaan, okay la sbb xde komitmen lagi. Duduk pulak rumah parents, bil air elektrik, sewa semua xpayah. Dek kerana dah puas merasa hidup susah masa zaman belajar (menurut dia yg selalu kena ikat perut), dia tekad untuk beli dan buat ape yg dia nak selama ni.

Dengan gaji 2 3 bulan pertama tu, dia melancong ke luar negara dan beli mcm2 barang2 branded. Simpanan memang x ada. PTPTN? memang x terfikir untuk bayar dalam masa terdekat sbb mencecah rm400 sebulan. dah macam beli kereta katanya. Begitu lah dia, hari2 balik kerja, lepak dgn kwn2 minum di kedai2, tgok wayang dan sebagainya. bnyak kali jugak aku tengok dia shopping online.

Pernah juga dia cerita, masa zaman belajar dlu, hampir 1k dia pinjam dgn kawan2 dan masih belum berbayar. Tak lama lepas tu, aku dengar dia beli kereta Almera sambung bayar, dlm 1k sebulan. Aku terkejut, namun aku tgok dia bangga je menayangkan kereta dia tu di fb. Aku terfikir, dgn gaji sebnyak tu, mcm mana dia survive. Aku jumpa dia, dan dia cerita semua ni kt aku sbb dah xtau nk mengadu dekat sape. Dia cerita dari awal smpai lah skrg.

Komitmen bulanan dia mencecah 1.5k yg mana melebihi gaji tetap yg dia terima tiap bulan. ada juga dia buat keje2 lain, part time, campur2 ngan duit gaji dapatla total income dlm 2k sebulan. Tapi gaya hidup dia langsung x berubah. Sejak ada kereta sendiri, dia kerap melancong ke serata negeri bila weekend. Tol,minyak dan hotel tiap minggu xpayah ckp la berapa kos dia walaupun share dgn kawan.

tibalah musim graduasi, semua org share kegembiraan masing2 sbb dh tamat belajar kan. dia pun x terlepas, malangnya outstading 9k yuran dengan pihak universiti menghalang dia drpd bergraduasi mcm org lain. macam2 cara dia fikir untuk cari duit nk ckupkan hutang tu, supaya boleh grad mcm org lain, dan x nak malu. dia bgtau, dia pinjam dgn mak dia 7k dan balance 2k dia topup duit sendiri dan pinjam kawan dan keluarga.

xlama lpas tu aku tgok, dia tayang pulak iphone di fb. bukanlah niat aku nk jeles sbb aku hnya pakai samsung cabuk je sbb aku mmg x minat ikut perkembangan smart phone ni. dan yg terakhir aku tahu cerita pasal dia, dah 2 bulan payment kereta dia tertunggak. ada 2 benda yg aku x berkenan dkt kawan aku ni. yg pertama, dia selalu ckp besar dan selalu nk lebih daripada org sekeliling. pendek cerita, xnak kalah la. dari gaya hidup dia pun dah boleh tau. yg kedua, dia ambil mudah soal hutang. pernah dia cerita, dia xnk byr hutang ex dia, sbb dia dah habis bnyk dkt ex dia dulu. PTPTN? aku xtau bila dia nk start bayar. rasanya dah tertunggak dalam 5k.

Masa bersembang panjang dgn dia, ada dia bgtau nk buat loan dgn bank je, nk settle semua hutang2 dia, kira hutang dgn bank je. tp semua x lepas sbb dah kena ccris. sekarang, nk buat ape pun x boleh. loan kena sekat, komitmen bulanan banyak dan kerja bulan2 pun ckup untuk bayar komitmen dia je. aku xtau bnyk mana lagi hutang2 dia, tp setakat yg aku congak2 setakat ni, hampir 80k. tu yg aku tau berdasarkan cerita dia kt aku. aku pun xtau sampai bila dia akan hidup mcm tu, tp dia selalu ckp kt aku rezeki selalu ada. dia yakin dengan satu benda tu.

aku pernah bgtau dia supaya ubah gaya hidup, tapi dia xnak sbb katanya dia masih boleh survive. last skali aku dah speachless, aku dgr je cerita dia. dah x larat nk bg suggestion, tp dia x ikut pun. ya, aku pun mengaku, aku pun ada hutang belajar. tp aku xpernah x bayar bulan2 dan balance ada lg 10k. aku x beli kereta (pakai kereta mak ayah) , aku pakai telefon murah, barang murah sampai baju2 baru pun aku dah lama x beli. semua sbb aku takut jadi mcm kwan aku ni. aku takut komitmen bulanan aku banyak, melebihi gaji aku walaupun gaji aku tinggi sikit dari gaji dia.

so, pengajaran drpada cerita kwn aku ni bagi aku, tak payah la ikut sgt perkembangan semasa gadjet2 ni, setakat tau info2 tu xpe lah, xpayah la tiap bulan nk tukar fon baru kan. yang paling penting aku rasa, kurangkan komitmen bulanan. walaupun kau rasa gaji kau xluak, better simpan daripada habiskan. kau x tau apa akan jadi akan datang. aku ambik plan telefon paling murah rm38 je sebulan, insurans rm70 sebulan, ptptn rm130 sebulan. tu je komitmen bulanan aku selain duit mak ayah dan belanja bulanan aku. bukan nk tunjuk siapa paling rendah komitmen, cuma selagi boleh, cuba lah untuk kurangkan. kereta pun aku rasa x perlu lg buat masa skrg, selagi mak ayah aku bg pinjam. aku pernah suarakan nak beli kereta tu, tp diorg ckp xpayah, pakai je. so, alhamdulillah la jgk.

selain tu, bayar lah hutang2 yg mana ada walaupun sikit2. jgn pernah terdetik pun x nk bayar. aku xnak ckp panjang pasal hutang sbb semua org dh tau hukum dia mcm mana kan. kadang2 hidup kita ni, xboleh nk ikut org. kita je tau kemampuan kita setakat mana. x salah percaya pada rezeki, tp rezeki x datang bergolek. mak aku pernah cakap, kalau masa gaji sikit pun kita x boleh nk meyimpan, jgn harap masa gaji besar kita akan menyimpan. semuanya atas diri kita, sikap kita. pesanan yg terakhir dari aku, belajarlah PENGURUSAN KEWANGAN. tu je yg aku boleh cakap, terima kasih sudi baca cerita aku yg tunggang langgang ni. maaf kalau ada yg tersinggung ke ape, aku xde niat lain melainkan nk kongsi dgn korang cerita ni, supaya kita sama2 dpt pengajaran.

– Marina

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit