Hutang RM25,000 Akibat Scammer iPhone Pre-Order

Salam sejahtera semua. Apa yang aku cuba cerita ni harap jadikan tauladan dan pengajaran yang berguna buat semua. Aku mulakan dahulu dengan sedikit pengenalan diri aku. Aku Reez, aku ni pelajar IPT di Borneo. Hidup seorang pelajar ni memang perlukan duit lagi-lagi untuk menyewa bilik, bayaran buku-buku teks dan pelbagai keperluan peribadi yang lain. Lebih-lebih lagi kos hidup di Borneo ni agak tinggi jika dibandingkan dengan Semenanjung. Tak percaya sila ke Borneo, diorang ni sebelum ada GST lagi dah barang mahal. Credit untuk orang Borneo.

Tapi bukan itu sebenarnya masalah sebenar. Masalah bermula apabila aku ditahun 2 pengajian. Aku mula sesak untuk mencari duit. Lantas aku mula cuba berfikir diluar kotak. Untuk pengetahuan semua, aku ambil Course perniagaan. Disebabkan aku ni dalam aliran bisnes, jadi aku cuba la cari jalan keluar untuk dapatkan duit tambahan. Keluarga aku ni bukan orang senang, lagi-lagi hanya orang kampung biasa yang berharap pada pencen seorang ayah sebagai tukang kebun sekolah. Mak aku pula seorang suri rumah sepenuh masa sambil mengajar anak-anak orang kampung mengaji Al-Quran.

Jadi aku mula la berkenalan dengan seorang kenalan Instagram. Beliau ni kita kasi nama Asserap la ye (bukan nama sebenar). Beliau ni jual Iphone preorder selama 7-14 minggu. Aku yang pada mulanya tak percaya, tapi beli la jugak, harga tu murah yang amat,cuma perlu tunggu je. Sabar atau tidak. Aku ni mula la cuba untuk beli, dan buat la tempahan dalam 3 unit Iphone. Hasilnya, lepas 3 bulan, aku dapat Iphone tu. Alhamdulillah syukur sangat masa tu. Beli Iphone 5S 2 biji dan Iphone 6 sebiji bawah RM1500 (aku dan kawan aku punya order). Gila tak happy masa tu.

Disebabkan masa tu tak fikir akan ditipu dan desakan kos sara diri yang makin meningkat dan tak pernah nk turun, aku nekad untuk mencuba membuat perniagaan online Iphone preorder ni. Jadi bermulalah kisah aku membuat iklan, liputan dan sebagainya yang mengatakan bahawa aku ni jual Iphone preorder. Masa tu ramai juga yang membuat tempahan dibawah aku. Termasuk kaum kerabat keluarga aku. Mereka semua nk support aku sebab aku ni seorang pelajar. Maka dapatlah aku sedekit sebanyak duit perbelanjaan dan memang aku dah tak minta kat keluarga duit belanja. Siap cakap kat akak dan abang, kalau nk bagi duit belanja, jangan masukkan kat aku, masukkan dalam akaun Tabung Haji ayah dan emak. Masa tu memang bersyukur sangat. Terima kasih semua!

Pada permulaannya, semua seakan nampak lancar, Asserap pon okay, selalu update, tapi masalah utama mula timbul apabila si Asserap ni mula cakap barang akan ambil masa yang lambat untuk sampai atas masalah tertentu. Masa tu aku tak rasa kena tipu lagi. Aku pun selamba je la. Apa yang Asserap sampaikan kat aku, aku pon sampaikan kat para pelanggan aku. Masa terus berjalan, aku masih menunggu, segala kata cacian, tomahan dan ugutan yang telah para pelanggan lemparkan kepada aku. Masa tu aku dah mula dah mula syak wasangka yang bukan-bukan kat si Asserap. Hasil pembelian pelanggan aku dah jadi dekat 30K!! Takutnya masa tu Hanya Allah yang tahu.

Lepas tu terus lah si Asserap ni jarang update dan macam-macam alasan yang dia berikan.Lepas dah sampai 8 bulan menunggu. Aku dah mula buat refund sikit demi sedikit kat pelanggan aku dan berjaya settlekan dalam lingkungan 5k sambil menunggu jawapan si Asserap ni. Dan sekarang aku dah buat laporan polis dan tribunal. Tapi pelanggan masih juga menghantui aku setiap hari dan memberi kesan terhadap pembelajaran aku di IPT.Diorang tak faham situasi aku sekarang. Hidup dah tak happy tau. Kawan dan saudara lari daripada kau. Setiap hari aku fikir macam mana nk bayar hutang pelanggan ni. Diorang dah amanahkan ke aku. Aku mesti bayar semula kepada diorang. Jumlah keseluruhan hutang aku kat pelanggan sekarang ni RM25k. Hutang hasil Scammer Iphone Preorder!

Jadi aku minta kat semua orang, berhati-hati la kalau beli barang preorder. Jangan melulu nak buat bisness macam aku. Buat semakan betul-betul. Jangan jadi macam aku. Menyesal tak sudah. Terima kasih.

– Reez

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit