assalamualaikum. firstly, thanks admin kalau siarkan confession saya ini. Aku just nak share beberapa perkara tentang hutang sebab sometimes people pandang remeh je pasal hutang ni and dah lama pendam benda alah ni. Aku nak cerita kisah member lama aku. For those yang rasa kenapa aku tak cakap direct kat dia, sbb bende ni dah lama berlaku. Tapi tibe2 nampak dia post pasal ” tak berhutang” tu rasa membara pulak hati. Sapa yang tak rasa worth baca tak perlu baca ok.
before that, aku nak nasihatkan kat adik-adik yang kat universiti, daripada tahun 1 simpat sikit duit belanja yang dapat tu untuk Final Year Project (FYP) nanti. Jangan jadi macam aku. Takda menyimpan langsung, tu yang masa FYP tu rs nak nangis. yela masa tu la kau nak print la, kalau dapat lecturer yang suruh send draft FYP as hardcopy, banyak kali pulak correction, memang nayoooo laa nak print banyak dik oii. jangan nanti kau sibuk nak meminjam kat member2, padahal org lain pon pokai nak guna duit jugak.
okay the main is aku nak cakap pasal berhutang masa belajar. aku bukan nak aib kan sesape since name orang pon aku tak sebot kan. aku just nak share cerite ni sbb nak bagi sesetengah orang yang tak sedar diri tu, tooolongggg laa sedar diri sikit. Sikit pon takpe. Ade sorang member yang aku kenal masa kat u dulu, dia tak meminjam means tak ambil apa apa pinjaman pelajaran la. Masa tahun 1 and 2 okay lagi. Tapi start tahun 3, dia meminjam duit kat aku and member lain. Helo orang yang kau meminjam tu pon buat pinjaman belajar ok. Dah kenapa kau tak nak buat pinjaman, pastu menyusahkan orang. setakat sekali dua pinjam ok la lagi. Ni kalau da banyak kali orang pon fed up beb.
And then, kami ni jenis yang kesian la jugak even dalam hati rasa panas membahang. kesian tengok die kadang2 tak makan sangat. so sometimes ada la jugak kami share duit belanja dia. Tapi 1 bende yang tal berkenan pasal dia ni, bila time ade duit (maybe dapat daripada kakak abang dia kot, sbb parents dia orang susah sikit), time tu laa dia ni belanje sakan. weiii kau tu dah la susah nak ada duit, time dapat duit laa kau beli barang mahal, blouse or skirt yang nak dekat rm 100. weiii aku yang ade la jugak duit ni pon tak macam tu. Kalau boleh nak beli yang murah2 je.
Tapi at certain point kami pikir positif balik, dia duduk kat kawasan pendalam, susah kot nak dapat barang macam tu. So bila da belajar kat area yang boleh dikatakan bandar, masa tu laa nak berjoli. Tak weii, salah mind set kau. Berjoli laa masa kau da keje nanti. Bukan maksud aku tak boleh berjoli langsung. tapi time tak ada duit, sapa yang kau meminjam. At the end, sampai akhir sem kami pon tak tau kenape dia tak nak meminjam ptptn. Nak kata nak dekat habis sem, tak jugak, ada la lagi 3 or 4 sem.
So apa yang aku nak sampaikan kat sini, wahai adik2 jangan la sebab kau taknak menanggung hutang lepas belajar, pastu masa belajar kau menyusah kan member kau, pikir laa member kau pon berhutang. Lain la parents kau betul2 boleh support kau tu lain cerita. And lepas abis belajar which is lepas grad, boleh pulak member aku tu post pasal kenapa taknak berhutang dengan ptptn masa berlajar, sbb nanti tak payah berhutang lepas tu. Aku and member2 aku yang berhutang ni, nampak dia post kat fb, and watdeheckkkk. Helooo masa kau takda duit dulu, kat kami yang meminjam ptptn ni laa yang kau pinjam duit dulu ok. Masa kau tak makan, kami yang belanja even bukan selalu. Sbb kami pon pokai.
Bukan nak mengungkit, tapi perlu ke kau nak post something like that yang of course kami member2 kau yang hari2 log in fb ni nampak kat wall apa kau post. Tolong laa pikir perasaan orang lain. Jangan la selfish. jangan la pikir , ” ni fb aku sukati laa nak tulis apa apa”. Okay memang sukati laa nak tulis apa. At least, phm la perasaan orang lain. Tak perlu semua bende nak post, ke memang nak bagitau semua bende kau buat ke. Lain la orang famous, memang la orang nak tau pasal kita.
okay tu je aku nak cerita, since confession ni pon famous sekarang. Sorry ayat tak berapa lawa. Tak berapa reti nak karang ayat2 puitis ni. chaoww.
– ME
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit