Hypoglycemia

Assalamualaikum.
Tergelak hakak baca tajuk ngarut ni. Nak fit in dengan mental kau punya pasal dik.

Adik Insikeyo dan perempuan2 lain yang sibuk nak kurus, ni akak nak bagitahu kenapa kau perlu pilih makan dan sihat.

Akak ni muda lagi dik. Tahun ni baru nak masuk 31. Tapi akak mengalami simptom hipoglisemia iaitu kurang gula dalam darah. Akak jadi pemarah, pelupa, fikiran blur, teramat mudah letih sampaikan vakum rumah pun boleh buat akak flat satu hari. Satu tahap akak rasa terlalu letih sampai nak bernafas pun malas. Jantung akak berdegup main skip2 macam nak mati rasa.

Lama akak alami simptom tu dan tahun ni semakin buruk jadinya. Mula2 dulu akak ingat kena gangguan makhluk halus. Puas dik berubat setahun. Siap berenti kerja sebab fikir opis lama tu berantu. Bulan lepas baru tergerak nak buat medical check up dan akhirnya tahulah kenapa.

Apa punca jadi hipoglisemia ni? Sebab akak dulu tak jaga makan. Tak jaga makan bukan sebab nak cantik cam kau dik. Tapi akak sibuk kerja tak peduli lapar. Bila dah stress tak lalu makan, pernah dua minggu tak makan nasi. Sarapan pukul 11 merangkap lunch. Lunch pukul 5 merangkap dinner. Minum air pun bila teringat. Macam tu la jadual harian akak.

Hipoglisemia ni sebenarnya bukan penyakit. Tapi hanya simptom kepada penyakit lain yg lebih kronik. Sekarang ni akk dlm pantauan doktor untuk stabilkan balik pemakanan. Kalau keadaan masih sama maknanya ada sistem badan akak dah rosak.

Tak sangka kan. Sebab tak makan pun badan boleh rosak. Selama ni akak fikir takpe kalau tak makan, sebab badan akan ambik lemak jadi tenaga. Tapi tah kenapa badan akak dah taknak proses lemak agaknya. Haha.

Tak kelakar pun. Stress kau tau, waktu usia tengah optimum ni tiba2 kau tak bermaya macam orang sakit. Nak kerja tak boleh. Nak bersukan tak boleh. Bangun pagi muka bengkak. Jadi mood swing memanjang. Kita nak bersosial pun susah. Dulu akak suka hiking. Sekarang dah tak berani sbb takut jantung terberenti tetengah gunung tu.

Akak baru 31. Tapi setiap malam sebelum tido akak fikir mungkin esok aku dah tak bangun lagi.

Hanya sebab dulu tak jaga makan.

Adik insikeyo, kau nak jadi cam akak ke?

Lebih baik kau fikir sihat je. Sebab bila mental fizikal spiritual kau sihat, kau PASTI cantik. Kalau body kau je lawa tapi hati tak bersyukur, mental tak seimbang, tak ada nilainya cantik tu.

Readers jangan la padankan muka aku plak sebab tak buat check up awal. Aku ni jenis aktif dan hardworking. Aku tak terfikir langsung fizikal aku akan bermasalah hanya sebab kurang makan.

Doakan aku sihat k. Salam.

– Akak manis

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit