I Also Have My Limit

Saya menulis di sini because i cannot hold up anymore. Saya seorang yang introvert dalam kelompok ramai but in private saya seorang yang banyak cakap dan bercerita dengan orang yang saya dah selesa. Saya bukan nak cakap saya baik hati ke apa, tapi saya susah nak marah orang. This is my nature.

Even saya selalu kena marah dan jadi tempat orang lempiaskan marah, saya still fikir benda-benda positif. I tried to justify their action. Saya cuba memahami. Saya rasa terluka sebab sedikit sebanyak saya rasa orang mengambil ringan perasaan saya.

Sebab tak pernah marah, jadi tak apa kalau buat saya begitu. Saya selalu fikir untuk jaga hati orang, tapi orang tak pernah fikir perasaan saya. Saya pernah marah dengan diamkan diri and avoid them. Tapi situasi tu jadi makin buruk sebab saya yang buat. Alih-alih jadi renggang relationship.

Sekecil-kecil benda yang saya buat saya akan fikir akibat daripada tindakan tu kepada kawan sekliling. Means that, saya tak nak mereka terasa dengan tindakan saya. Even kalau mereka lempiaskan marah pada saya, saya tak tahu bagaimana situasi tu tapi at the end saya yang rasa bersalah.

Saya tak faham orang lain and saya tak faham juga diri saya. Tapi dari dulu saya memang selalu salahkan diri saya yang incompetence untuk hidup dengan circle friends yang mungkin out of my league. But some situation we cannot choose. Saya selalu salahkan diri saya sebab saya sensitif. Tapi sebabkan saya ni sensitive la korang tak hadap bad temperament from me. Because I think first then act.

Sekarang, saya tak tahu kenapa saya cuba membalas bila orang perlakukan saya seperti merendahkan saya atau tengking saya. Sebab saya sangat geram. Kenapa lepas geram kat saya. Kenapa nak marah saya kalau benda tu bukan salah saya pun. Tapi bila saya balas dengan suara tegas, orang sekliling pandang seolah-olah saya buat dosa besar. Dan orang yang tadi tiba-tiba bertukar jadi victim dan saya lah orang yang kelihatan bersalah dalam hal tu.

Benda ni bertahun lamanya terjadi pada saya. Emosi ni saya pendam. Sebab saya tak suka cerita pada orang atau kawan yang terdekat disebabkan saya tak nak mereka fikir bukan-bukan pada kawan yang buat saya macam tu. Saya sangat stress. Dan bila fikir balik masalah saya ni macam kecil saja sebab ada masalah yang lagi besar dalam umat Islam ni. Tetapi benda ni terjadi hampir setiap hari membuatkan saya keeps on thinking.

Benda ni buat saya rasa tidak mahu berkawan, tak mahu keluar, tapi dalam masa yang sama saya tak boleh lari berjumpa dengan orang sekeliling. Sekarang kerja saya pun saya tak boleh nak fokus. Saya pernah breakdown sekali dulu, then saya try recover myself alone. Berjaya. Tapi sekarang benda ni berterusan jadi kepada saya dan saya sangat letih. You try face it everyday.. I also have my limits.

The reason I can hold up until now mungkin sebab saya boleh lupakan sekejap whatever problem if given some time. But if the same things keep happen everyday how can I get a moment to forget it. Unless I stop my study and stay with my beloved family. Please, just don’t trigger it.

Saya sangat sedih, bila orang perlukan bantuan saya, saya bagi 100% untuk tolong orang tu. Even saya akan berhenti sekejap daripada urusan saya dan try to solve others problem. Kadang-kadang saya tak tahu pun tentang tu but I try to solve it. Duduk bersama, beri perhatian pada dia sebab saya concern. Tapi bila saya minta tolong.. kenapa layan acuh tak acuh.

Kenapa marah bila saya minta ajarkan sesuatu. Kenapa bila kamu datang kepada saya nak minta tolong kamu datang dengan senyuman dan suara manja untuk minta tolong. But when I’m the one who need it, hilang semua dah senyuman, suara mesra tu. Mungkin korang akan fikir saya overthinking dan mungkin sebab tu la saya tak cerita pun pada orang. Sebab orang tak akan faham.

I try to be kind to others even apa pun yang orang buat kat saya. Macam-macam dah saya lalui bukan sekadar yang saya cerita kat sini saja. And the sad thing is kenapa hanya saya? Kenapa bersikap selective pada sesetengah orang.

Kalau you layan semua orang macam tu, saya anggap itu character you even saya terluka. But not. Kamu hanya macam tu dengan orang yang macam saya. Seems idiot to you right. Because I kind of a blurr girl who don’t know many things like you guys.

Saya hanya nak luahkan perasaan saya saja. Sebab saya betul-betul tak tahan. Dan saya risau jika saya terbuat perkara yang di luar pemikiran saya. Kerana benda ni keeps on happen dan betul-betul menguji kesabaran saya. Saya rasa nak marah sampaikan saya terfikir nak baling something berhampiran dengan saya. Nasib baik saya sempat kawal.

Baru-baru ni saya tumbuk simen unconsciously. Tangan saya menggeletar dan sejuk. Benda tu berlaku sekelip mata. At the end saya akan menangis dan salahkan diri sendiri lagi sebab kenapa rasa nak marah sampai macam tu sekali. Saya tak tahu.

Saya rasa saya perlukan seseorang untuk mendengar masalah saya. Saya tak rasa saya boleh cerita pada kawan-kawan sebab circle yang sama. Dalam masa yang sama saya tak mahu exposed myself to a stranger.

Tetapi buat masa sekarang this is enough. Tulisan ni sedikit sebanyak meluahkan sedikit masalah yang dah lama terpendam dalam hati saya. I just want to let go my emotions. That’s all.

Each action comes with a consequence. You don’t know that your actions might affect someone’s entire life. Just be nice to all people.

25 Zulkaedah 1440H,

– Miraie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *