I Feel Terrible, Useless & Devastated.

Assalamualaikum. Saya tak tahu nak luahkan kat mana. Kadang-kadang ada rasa macam nak cari pakar motivasi.

Baik, saya akan perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya Nani (bukan nama sebenar). Merupakan graduan master dan menganggur sejak 2020. Kini berusia 31 tahun.

Saya merupakan anak bongsu dan masih tinggal bersama ibu ayah yang kian meningkat umur. Belum berkahwin dan masih status single kerana saya tak rasa kahwin itu adalah prioriti saya.

Saya mengalami tekanan mental dan jiwa kerana masih “unemployed”.

Sudah beratus-beribu jawatan saya mohon, sudah banyak interview saya hadir, baik online atau fizikal, tapi masih tiada rezeki. Saya rasa saya bebanan kepada kedua ibu bapa saya.

Saya ingin membalas jasa mereka, dengan kehidupan yang senang dan jawatan yang setanding dengan kelayakan saya untuk mereka menggembirakan mereka.

Kerana impian setiap ibu bapa ingin melihat anak anak mereka berjaya didunia dan diakhirat.

Sejak kebelakangan ini saya semakin murung, short-temper dan kadang-kadang menangis seorang didalam bilik mengenangkan nasib saya tak seberapa ini.

Kadang-kadang saya rasa sangat putus asa dan harapkan kematian sahaja pada diri ini. tapi alhamdulillah saya masih ada iman.

Namun begitu saya tak sebegitu kuat untuk tempuhi di masa akan datang. Dimanakah silapnya? Diri saya? ekonomi negara? atau saya terlalu useless dimata recruiter?

Makin tertekan bila berjumpa dengan saudara mara yang ada anak berjaya tapi dibandingkan dengan diri saya yang tak seberapa.

Saya makin rasa insecure untuk berjumpa dengan orang ramai. Baik saya kurungkan diri saya sahaja dalam bilik.

Sakitnya hati untuk berhadapan dengan manusia toxic, dimental dan dikecam, hanya Allah sahaja yang tahu. Siang dan malam saya berdoa agar dilimpahkan rezeki. tapi masih diuji sebegini. Sedih rasanya.

Bila baca tentang realiti bekerja, syarikat takkan ambil pekerja 30an keatas, lagi membuat saya rasa stress.

Apa perlu saya lakukan? Hutang ptptn makin banyak tak dibayar. Bila tengok laman JobStreet makin mengarut requirement untuk bekerja.

Perlu buka tudunglah, perlu fasih mandarin dan sebagainya membuatkan saya rasa saya calon dibuang buang sahaja.

Apa option lain yang boleh saya buat? Harap pembaca boleh memberi pandangan yang membina. Terima kasih.

– Nani (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *