I Hate Myself

Hai korang. Nama aku E, mid 20s. Masih bujang. Tinggi aku 155cm. Berat aku… errrrr 70 kg. Which is too gemuk untuk orang yang tinggi 155cm.

Aku rindu zaman kurus aku. Dulu waktu sekolah, aku selalu pindah randah sebab parents aku penjawat awam. So aku ada banyak pengalaman jadi “budak baru” di sekolah. Setiap sekolah yg aku pergi, aku mesti ada peminat. Aku boleh diketegorikan sebagai manis laa orangnye hikhik. Aku kurus and sopan santun. At the same time aku ni suka ketawa and peramah (ikut mood) haha. Kalau aku jumpa orang, aku akan tegur dulu. And aku ada boyfriend yang good looking. Bagai pinang dibelah dua gituu.

Zaman universiti pulak aku aktif beraktiviti, berpesatuan, urus event sana sini. Aku suka beraktiviti sebab aku boleh jumpa kawan baru. And of course, pergi mana2, aku akan ada peminat (tapi aku tak layan okeyyyy) hihi. Aku sangat confident orangnya. Masa di kuliah, kalau ada apa2 presentation, aku lah yang akan jadi “muka depan” / presentor and I love it sebab aku suka bercakap kat depan. Aku confident dengan diri aku. Gadis manis sopan santun yang tegas dan berkarisma gituuuu. k done puji diri sendiri. tapi itulah aku dulu. Dulu guys huhu.

Start semester akhir degree, aku mulai menggemuk. From 48kg, aku naik ke 58kg. Semester akhir aku busy, jadi aku dah kurang beraktiviti. Lepas kelas aku balik bilik untuk study and buat assignment. Tu jela hidup aku masa tu sebab tu kot lemak bermaharaja lela. hmmmm.

Then, dua tahun aku kerja sebagai eksekutif yang hanya duduk di office tak keluar2 from 9am to 6pm, aku gain lagi from 58kg to 68kg. Mashaallah sisturrr. Sekarang aku dah gemuk/berisi. Muka aku dah kembang sebesar pinngan. Badan aku dah tak lawa macam dulu. Dan yang paling sedih, aku dah hilang keyakinan diri.

Tahun kedua aku kerja, aku tukar ke syarikat baru. Well, sepatutnya aku happy dapat masuk syarikat baru sebab aku kan suka jumpa kawan baru. But Nope. Aku jadi suka menyendiri sebab aku rasa orang akan pandang aku “eee die gemuk”. Kalau aku bersembang pun, aku tak suka eye contact sebab aku terlampau overthink pasal pandangan diorang pada aku. Sorry guys, itu yang aku rasa sekarang.

Aku jadi kurang peramah. Kawan2 keluar lunch pun aku tak ikut. Aku prefer bawak bekal and makan sorang2 kat meja office. Sebab aku rasa tak de sape suka aku sebab aku dah gemuk. Its not that they hate me, cuma aku bukan lagi gadis manis comel sopan santun macam dulu. Padahal diorang layan aku okay je macam biasa. Aku yang overthink. Aku dah tak jadi diri sendiri.

Mak aku tak yah citer la kompem la bising. Tak kasi aku makan itu ini, suruh aku diet. Kadang tu time aku tengah jamah nasi (lunch) mak kau cakap “E, kau x yah la makan dah. Diet2 la sikit”. Weh, aku tengah makan kot time tu. Berpuluh method diet dah aku cuba tapi x menjadi. Diet atkins, kalori defisit, ape lagi? You name it. I’ve tried and i failed. Sampai one day aku give up kejap untuk kurus. Dulu aku pakai size M (masa kurus dulu longgar la sebab aku memang slim). Sekarang semua baju aku dah ketat baq hanggg. Tinggal baju2 besar yang dah tak lawa. And aku paling tak suka tengok cermin. Do I hate myself?

Aku dah kurang join kenduri, reunion, apa2 gathering sebab pedih weh dengar “wahh E makin sihat kau ye” , “bahagianya sekarang” dan macam2 kiasan lagi. And boyfriend aku tiba2 mintak putus. Time aku dah 68kg, dia tiba2 taknak jumpa aku depan public (tak dating dah lepas aku gemuk). Dia taknak kawan2 dia nmpak kitorang dating katanya sebab kitorang belum kahwin lagi (ikhtilat). Eh dulu elok je? kwasam punya laki. Akhirnya aku ditinggalkan sebab dia rasa dia bukan untuk aku. What the…………. kfine kbye.

Aku rindu keyakinan diri aku yang dulu. Macam mana eh nk jadi confident walau macam mana pun rupa aku sekarang? Ramai je yg berisi tapi lawa kan? Aku rindu sangat dengan confident aku yg dulu. Gadis manis peramah yang berkarisma. Kalau aku gemuk sekalipun, macam mana nak maintain ayu eh? Aku jenis yang pakai baju2 longgar tapi bila berisi/gemuk and pakai baju longgar, nampak selekehnya aku ni. Aku bukan nak orang pandang aku, tapi aku nk confident walau siapa pun aku. But I hate myself being chubby.

Rindunya pada diri aku yang dulu hmmm.

– E

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *