Aku ada satu soalan kenapa cycle relationship boleh break, putus, divorce sedangkan dah stay lama, dah kenal lama, dah janji nak hidup sama-sama.
Bila orang cakap “dah takdir” terpisah?
Boleh ke nak sandarkan kepada takdir semata²? Partly yes boleh.. tapi bukankah hidup ni kita jugak yang plan bukan?
Aku percaya, decision making, believe, thought in life is important untuk hidup dalam keadaan yang kita mahukan.
Sekarang, aku nak ceritakan kisah terkini hidup aku dan readers, bagi pandangan boleh?
Aku kini dalam stage percintaan yang tak pasti..5 tahun aku dan si dia bersama di sebuah IPTS..Aku kenal dia luar dan dalam. Baik dan buruk.. pahit dan manis hidupnya.. Namun sekarang, aku dan dia ditakdirkan bekerja jauh nun di selatan aku di utara.
Si dia mula menjauhkan diri dengan alasan takut dengan masa hadapan.. Takut untuk memberi harapan kepada aku dan takut meletakkan harapan.. Lalu, aku tidak dilayan seperti sebelum-sebelumnya.
Aku buntu. Kenapa timbul isu sebegini? Bukanlah aku menjauhkan diri. bukanlah aku tidak berjanji untuk bersama. Cuma perlukan sedikit waktu untuk stabil.. Tidak percayakah kepada aku? Hendak merayu pun rasanya tidak berguna.. Seolah-olah bertepuk sebelah tangan..
Dimana silap aku? Sedang aku sudah lama tetapkan you’re the one for me. Dan aku memang menyatakan hal ini berulang kali supaya dia tahu aku akan sentiasa ada.
5 tahun, bukan waktu yang pendek untuk aku lepaskan… Aku ingin berkongsi sedikit pembacaan aku kepada kalian. Peringkat bercinta;
Love Stage #1 – The Passionate Beginning.
Peringkat percintaan yang sangat indah. Masa ni kentut mu juga wangi dan menghiburkan
Love stage #2 – Things Start To Get Serious.
Peringkat cinta yang lebih mendalam dan lebih serius. Dimana anda menjadi pasangan dan mula membina sebuah hidup berdua. Rasa secure dan sangat selesa. Kebiasaannya jadi clingy dan nak berkepit je selalu. Its “honeymoon phase”.
Love stage #3 – Disillusionment.
Peringkat ni, perlu hati-hati, ramai yang kecewa dalam perhubungan mereka. Rasa salah pilih kekasih. Rasa tak dihargai. rasa tidak disayangi.. Senang kata peringkat “falling out of love” …
Further explanation.
People that are at this stage think that they did love their partner at one time, but things have changed. Some people start thinking maybe they were never really in love in the first place.
This is the stage when many people start thinking about leaving the relationship or wondering if the grass is greener. However, they did not realise it is completedly normal to experience this.
PROBLEM ARISE WHEN they believe that they are the only ones experiencing it. Most couples don’t talk about their feelings with each other at this stage, and they don’t talk to others about them either.
That makes it harder for other couples to realize that the stage is not only normal but something that every long-term relationship is going to go through
Kat sini silap ramai pasangan. Kerana terus end relationship, sedangkan ada lagi dua option untuk teruskan dalam keadaan hambar. Atau belajar untuk reconnect dan dalamkan cinta yang dah sedia ada.This is when you decide that love is a choice and you are going to make it daily.
Love stage #4 – Real Love.
Kalau lah, anda pilih untuk lalui stage 3, you will discover a true love that is deeper than anything you could have imagined. This is when you both know each other’s flaws, imperfections, and failures but you choose to love them anyway, and they do the same for you..
SO BERBALIK KEPADA KISAH AKU,
Aku yakin sekarang ni kami dalam peringkat ke tiga. Sekarang aku buntu tak tahu nak yakin kan dia bagaimana. Bagi aku, Cinta ialah sesuatu yang hidup, ianya berubah, membesar dan perlu di jaga. TRUST, COMMITMENT, RESPONSIBILITY perlu ada.
Di semua peringkat, cinta akan mengajar anda tentang kekuatan dan kelemahan anda dan juga pasangan anda. Sebolehnya biarlah aku cuma sayang pada seorang insan sahaja. Tidaklah aku terlalu clingy atau desperate.
Namun aku cuma percaya, hubungan dia dan aku sangat sempurna dan dalam.. Buat apa aku mencari yang lain.
Sekarang, it takes two to tango, tapi keadaan sekarang.. Kenapa tidak mahu berbincang.. apa didalam fikiranmu.. tidak percayakah dalam perancanganku? Allah, bantulah aku dalam menjaga perhubungan ini.. Readers, tolong lah bagi tips bagaimana nak yakinkan si dia ni.
Kerana sesungguhnya,
I HAVE DECIDED, YOU’RE THE ONE FOR ME.
– Hans (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit