I Just Need Someone

Saya tak tahu macam mana nak mula. Tapi apa yang saya rasa, kemungkinan tekanan dan kesunyian saya sudah mula memuncak. Di mana saya sudah mula rasa seperti ingin mencipta dunia khayalan saya sendiri.

Seperti kawan2 saya sendiri, keluarga saya sendiri, dunia yang seperti saya impikan. Tapi saya sangat2 waras ketika menulis luahan ini ye.

Untuk pengetahuan kawan2 IIUM Confession semua, dunia saya sangat kecik tanpa kawan2 dan saudara mara. Hidup saya hanya berkeseorangan, penuh duka dan tekanan. Hidup saya sangat simple,pergi kerja balik rumah, terperap dalam bilik.

Saya punya keluarga yang sangat kecik jugak, tetapi saya selalu rasa disisih dan saya sudah burn out dengan keluarga saya dan banyak lagi perkara dalam hidup saya. Kekecewaan saya pada hidup dan pada manusia seolah2 sudah tiada batasan.

Semua tekanan saya pendam sendiri hingga mungkin saya sudah ada masalah mental sekarang ini. Ye la tekanan saya dari kecik saya simpan, ditambah pulak saya mangsa buli di sekolah dulu so saya sendiri tahu jiwa saya sangat bermasalah.

Kawan dalam hidup saya hanya 2 orang yang betul2 rapat dengan saya, yang tahu segala kisah duka dan tekanan saya..Saya bersyukur Allah pinjamkan teman2 itu pada saya walaupun sekejap. Mereka kawan yang sangat baik. (kawan yang benar2 wujud ye, bukan khayalan saya)

Tapi itu pun sudah tiada sekarang kerana masing2 punya keluarga sendiri. Dahulu melalui telefon saja la kawan 2 orang ini menemani hari2 saya setiap hari bersembang macam2 hal dan sesekali kami berjumpa sebab masing2 duduk jauh.

Masa tu saya lupa terus tekanan saya dan hidup sangat gembira walaupun bila balik rumah stress balik,tapi still ada kawan2 yang menghiburkan saya.

Namun baru2 ini saja masing2 sudah punya komitmen sendiri, dan telefon saya sudah sunyi sepi tanpa sebarang bunyi lagi. Hubungan saya dan mereka pun sudah hambar tiba2 ibarat sudah terputus macam tu saja .

Mereka pun sudah jarang contact saya, atau reply wasap saya.Kalau reply pun lepas 2 atau 3 hari. Akhirnya saya pun terus senyap tanpa mengangu mereka lagi dan mereka pun sama.

Mula2 yang sorang tu dah kahwin terus senyap.Tapi yang sorang lagi tu, masa saya kenal dia pun, dia sudah berkhawin dan punya masalah jiwa macam saya. Dia pernah banyak kali cuba bunuh diri dan dia pun tak ada kawan2 macam saya juga.

Tapi saya banyak tolong dia keluarkan dia dari tekanan dia sebab kadang2 kita dengar masalah orang, tekanan orang, bagi solution untuk masalah orang, kita lupa tekanan kita kan.

Apatah lagi saya selalu bantu dia buat kerja sekolah, so masa saya pun rasa bergerak seiring dengan otak saya. Oh ye dia seorang cikgu dan banyak yang saya lalui dengan dia. Tapi sekarang jiwa dia makin ok. Hubungan dengan keluarga dia pun dah ok.

Cuma mungkin kerana dia seorang guru yang pegang banyak jawatan, so pekerjaan dia sangat sibuk selepas mco habis. Banyak program dia nak handle sebab dia ajar form 5. Lepas tu dia pun dah cakap dia tak boleh nak focus pada saya lagi, dia mintak saya faham keadaan dia.

Ok saya faham. Saya pun dah tak gangu dia, dan dia pun dah tak perlukan saya lagi sebab orang lain dah mula bantu kerja dia.

Untuk manusia lain, 24 jam mungkin tak cukup untuk mereka, tapi mungkin ujian saya, Allah bagi saya pekerjaan yang sangat2 la lapang.

Saya berkerja seorang diri di sebuah syarikat swasta ni (saya tak mau dedahkan syarikat apa)

Saya dapat kerja kat sini pun sebab sebelum ni saya praktikal di sebuah kilang, masa tu la saya kenal bos cina sekarang ni. Tauke kilang saya praktikal tu adalah kawan kepada bos saya sekarang ni.

Habis LI, dia bagitau kawan dia nak suruh saya kerja dengan dia sebab staff lama nak berhenti sebab nak kahwin.Saya terima offer yang datang lagi pun bos saya sekarang ni sangat baik.

Kerja saya kira stock barang yang sampai dan tulis dalam DO lepas tu serah kat driver yakni hanya 2 kali saja lori datang, selain dari tu saya hanya duduk saja kat pejabat dan buat hal sendiri saja sekarang ni.

Dulu2 saya banyak tolong kawan yang cikgu tu la, masukkan markah budak la apa la, benda yang banyak main sistem. Dan ada la cara kami buat untuk help dia, saya nak cerita details tak pandai. Tapi dia ada bagi laptop dia untuk mudahkan kerja tu.

So terasa la masa ni di isi. Cuma sekarang sunyi balik la, laptop pun dia dah ambik. Pejabat ni tak ada komputer. Ada meja dan kerusi saja untuk saya duduk. Dan saya seorang saja bekerja kat sini.

Bos saya sangat2 jarang datang sini sebab ada syarikat lain nak urus. Bos ambik saya untuk cover branch saja. Pendek kata saya makan gaji buta saja kat sini. Bos bagi kunci pejabat, dia suruh datang pukul 9 balik pukul 5. Sini tak ada punch card atau apa. Saya sorang2 handle pejabat ni.

Kalau nak pergi mana2 lock ofis dan inform kat dia saja. Tapi saya biasanya duduk pejabat saja sampai pukul 5 sebab saya kan tak ada dunia lain.

Kerja kat sini tak banyak kerenah dan sangat mudah tambah2 bos pun baik. Cuma tu la, saya rasa sangat2 sunyi dan bosan pastu rasa tak berkembang hidup saya.

Dah la balik rumah pun tak ada orang nak sembang, banyaknya gaduh saja. Kat tempat kerja pun sama, hidup sorang2 rasa macam apa saja.

Saya nak bertegur ramah dengan orang pun saya tak pandai. Macam saya kata saya tak pergi mana2 sebab dunia saya sangat kecik. Kalau pergi pun mesti dengan family.

Saya ada terfikir untuk berhenti kerja dan cari kerja lain, macam kerja fast food ka apa ka, yang sibuk2 sikit. Tapi setiap kali bagi surat, bos akan naikkan gaji dan pujuk saya. Akhirnya saya terpaksa mengalah. Apatah lagi keluarga menentang saya berhenti kerja disini.

Katanya mana nak dapat kerja senang macam ni. Apatah lagi orang lain berebut2 nak kerja ni. Saya ni bodoh kata mereka sebab nak berhenti kerja yang sangat elok.

Akhirnya saya akur dengan kata2 keluarga dan saya bersyukur ada gaji buta di mana orang lain berkerja keras untuk dapat rezeki.

Saya memang jenis tak melawan cakap family biarpun saya tak suka benda tu. Saya tak suka gaduh2 stress2. Biarlah saya tak happy pun asalkan mereka happy.

Tapi ujian semua orang tak sama agaknya kan.. Orang lain mungkin mengimpikan hidup macam saya,tapi saya tak.

Hidup saya yang tak punya teman bual biacara dan pelbagai tekanan dalam hidup dan keluarga menyebabkan saya selalu termenung sendiri saja.

Kadang2 bercakap dengan burung2 yang lalu lalang di tepi koridor ofis saya. Saya ada terfkir nak bela haiwan dalam rumah, tapi awal2 mak saya dah tentang. So sekali lagi saya hanya mengalah.

Saya rasa hidup saya sangat tak normal dah.. Saya tak ada fikiran untuk bunuh diri, tapi apa yang ada dalam diri saya seolah2 ingin mencipta karaktor2 sendiri.

Kadang2 saya tengok movie. Lepas tu saya berimaginasi orang2 tu ada dengan saya. Cakap dengan saya dan saya rasa sangat happy dengan kehadiran orang2 tu. Tapi kemudian saya cepat2 iktifar.

Mujur saya ni jenis rajin solat zikir dan ngaji, agaknya itu yang menyelamatkan saya dari buat benda bukan2 agaknya. Ye la duduk kat ofis bukan ada benda nak buat, kadang saya tengok movie, kadang dengar ceramah, kadang ngaji. Macam tu la saya habiskan masa.

Balik rumah pun ulang benda yang sama selepas kawan2 saya tingalkan saya. Tapi masa mereka ada pun saya buat amalan saya jugak, cuma ada la masa nak sembang dengan kawan2.

Tapi 1 persoalan muncul dalam diri saya baru2 ini, sampai bila saya mampu bertahan macam ni. Syaitan tak pernah putus asa untuk hasut saya. Nak jumpa kaunselor saya memang tak de kekuatan.

Kadang saya fikir, kalau kehidupuan saya sibuk macam orang lain, mesti saya tak ada masa nak fkir apa2. Tapi part hidup saya macam ni pulak.

Kadang2 saya call jgak kawan saya 2 orang tu nak mintak bantuan dan sokongan, tapi nampaknya mereka dah mula ignore saya. Yang sorang tu suruh saya bagitau family, yang cikgu tu hanya bagi bluetick dekat saya sampai sekarang. Call pun dah tak mau jawab.

Saya terfikir macam mana saya nak bagitau family, sedangkan mereka pun tak suka saya, lagipun kami bukan ada komunikasi. Dari kecik pun, salah orang lain, saya yang kena bantai.

Cakap kat family saya kena buli, tak pernah mereka defend saya. Hanya pukul saya balik saja katanya pasti saya buat apa2. Jujur cakap, saya tak ada kepercayaan langsung pada keluarga saya.

Saya mula merasakan kawan2 saya pun dah tak suka saya sekarang ni.. Ye la siapa yang nak berkawan dengan orang yang ada masalah mental macam saya ni.

Mungkin mereka rasa takut bila saya cakap saya berimiginasi bukan2. Sebelum ni saya tak pernah macam ni. Saya tak salahkan mereka, mungkin siapa2 di tempat mereka pun akan buat perkara yang sama, tapi sakit ini bukan saya mintak.

Kadang2 saya rasa sedih sangat, terutamanya mengenang kawan saya yang cikgu tu. Dia janji macam2 dengan saya, kata sahabat sejati la apa la, akan selalu ada bila saya perlu, akan kenang jasa saya la,akan bantu saya la,

Sebab masalah kami kan lebih kurang sama saja, malah dia lagi rapat dengan saya berbanding yang sorang lagi tu, tapi sekarang semuanya tak macam tu. Saya mungkin sampah bagi dia.

Saya cuba berfkiran positif dengan anggap dia sibuk. Tapi orang macam saya ni, susah kadang2 nak maintain fikiran positif tu tambah2 bila tengok status wasap dia happy saja dengan life dia..

Member yang sorang lagi tu ada suruh saya masuk apps dating la, omi la, macam2 apps dia suruh install cari kawan dan sebagainya untuk divert fikiran tu,

Tapi saya tak jumpa 1 insan baik pun dalam apps2 tu. Mostly hanya nak ambik kesempatan saja. Akhirnya saya uninstall semuanya sebab rasa tak de guna pun malah saya jadi makin depression dengan chating kat apps tu.

Lama2 saya mula rasa benci dengan manusia. Saya tengok manusia mana pun rasa macam (tak tau nak explain macam mana perasaan ni) rasa benci, rasa macam nak makan pun ada. Benci sangat2. Saya mula rasa manusia2 ni sangat jahat.

Bila baca news manusia buat salah, rasa macam nak cincang2 mereka. Kat jalan raya bila tengok orang bawak laju2, langgar peraturan, rasa nak pergi pukul mereka. Tapi mujur Allah masih jaga saya, saya cepat tersedar dari minda jahat saya.

Lepas tu saya mula membayangkan kehidupan saya ditepi laut tanpa manusia, saya hidup sorang2 dalam gua, pancing ikan. Dan teruskan hidup macam tu. Saya rasa sangat aman dengan keadaan tu.

Tapi bila saya sedar itu bukan realiti, saya jadi sangat marah. Sedangkan saya bukan seorang yang pemarah sebelum ini. Fikiran saya ni banyak on off.

Saya cuba cari kawan2 di alam nyata, tapi saya tak pandai nak bergaul dengan sapa pun. Dan saya rasa orang pun memandang saya dengan 1 macam saja. Kemudian rasa balik perasaan benci pada manusia tu termasuk keluarga saya.

Sometime, saya betul2 keliru dengan apa yang saya alami sekarang ni. Sampai kadang saya keliru kat dunia mana saya berada. Kadang2 balik kerja lepak kat pantai kejap nak tenang fikiran, family mesti akan call tanya dekat mana dan suruh balik cepat.

Family saya nak saya sentiasa kat rumah saja. Habis kerja terus balik rumah, jangan pergi mana2. Dengan kawan2 saya pun mereka tak suka juga, tapi sebab nak jaga air muka so terpaksa la benarkan kami keluar makan bila kawan2 tu datang jumpa saya kat rumah.

2 orang kawan ni boleh stay dengan saya pun sebelum ni, sebab saya rasa kurnian yang Allah bagi saja. Kalau tak, saya mungkin tak akan ada kawan sampai bila2.

Saya tak mampu nak bersuara apa pun pada keluarga disebabkan faktor2 tertentu dan saya rasa mereka pun meluat tengok saya.

Saya sampai sekarang hanya patuh setiap permintaan mereka sebab tak mau cop anak derhaka, tak kenang budi dan sebagainya. Dan saya sendiri tak suka bergaduh sebab saya benci pada kata2 sumpahan.

Saya kerap membaca pasal orang2 yang tetak family la kawan la kerana tekanan. Saya takut lama2 saya jadi macam tu. Sebab baru2 ni saya rasa nak ambik sesuatu pukul mak saya sebab dia marah saya apa tah..

Tapi cepat2 saya iktifar dan pergi baca quran bila tersedar. Tapi saya fikir, saya tak boleh biar macam ni lama2.. Jiwa saya perlu di rawat sebelum makin parah, dan saya perlu cari jalan keluar walaupun saya rasa sangat2 struggle dan tak nampak jalan..

Puas saya berdoa mintak macam2 pada Allah tapi perubahan saya tak tahan lama.

Baru2 ni kan kecoh lelaki india rakyat malaysia yang oku nak kena gantung sebab seludup dadah kat singapore tu kan, saya rasa macam nak saja pergi ganti tempat dia.

Sebab saya rasa dia ada ramai yang sayang, semua orang nak dia selamat,biar la dia hidup berbanding saya yang tak punya sapa2 ni.

Saya mati pun orang lagi suka, lagipun saya tak nak susahkan sapa2 lagi kerana masalah mental saya. Saya ada juga fikiran nak buat jenayah apa2, jadi keldai dadah ke, masuk saja penjara biarpun hakikatnya saya tak tahu keadaan dalam tu macam mana..

Apa yang saya nak, hanyalah jauh dari manusia, jauh dari dunia yang penuh kebencian ni.

Kadang2 apa yang saya perlu hanyalah kawan untuk bercakap sebab sebelum2 ni ada kawan saya 2 orang tu, saya tak de masalah macam ni pun. Walaupun ada tekanan, tapi saya boleh handle. Cuma sekarang saja makin teruk.

One time saya akan rasa sangat benci pada manusia, one time saya akan fikir tak akan ada 1 orang pun ke yang nak bantu aku, nak kawan dengan aku.

Bila fikiran tu datang, saya hanya terkenang kawan saya 2 orang tu la walaupun tahu mereka dah tak suka saya, tapi saya hanya ada mereka saja dalam hidup sebelum ni.

Kemungkinan dalam ni ada ramai juga orang yang sama nasib dengan saya. Perlukan teman untuk bercakap brsembang luah perasaan masing2.

Sebab tu saya menulis kat sini. Walaupun mungkin ramai akan kecam saya, sebab apa yang saya nampak zaman sekarang, masyarakat lebih suka mendorong seseorang tu melakukan kejahatan dari bimbing ke arah baik.

Tak ada orang yang betul2 prihatin dengan masalah orang lain. Tapi ye la, kawan sendiri pun dah tak mau membantu apa, inikan pulak orang lain.

Tapi entah kenapa, saya percaya masih ramai orang berhati mulia yang faham kesakitan orang lain dalam dalam group ni. Sebab tu saya beranikan diri luah disini sebab saya selalu juga baca komen2 yang membina dan murni melalui pos2 sebelum ni.

Saya sangat2 hargai kalau ada pakar psikatri ke kaunselor ke dalam ni yang boleh bimbing saya melalui alam maya untuk keluarkan saya dari tekanan ni atau ada sapa2 yang sudi menjadi kawan atau nak bantu saya. Sebab saya tak tahu apa cara lagi dah.

Saya anggap ini 1 iktiar dari saya untuk pulih. Sebab saya tak mau hidup keadaan macam ni sebenarnya, saya nak jugak hidup normal macam orang lain. Tolong la bantu saya sebelum terlambat. Saya hargai setiap komen dari anda. Terima kasih.

– Unknown (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *