Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sebelum aku mulakan cerita, biar aku kenalkan diri aku dulu. Nama aku Ket. Aku berasal dari utara tanah air. Aku merupakan graduan kursus Sains di sebuah universiti tempatan.
Pada hujung tahun 2017, aku telah menerima diagnosa yang aku mengalami kemurungan tahap teruk. Waktu tu, aku dah bekerja di sebuah syarikat di Selangor. Aku berhenti kerja, balik ke kampung dan fokus pada proses untuk keluar dari kemurungan. Dalam bulan lima tahun 2018, aku bermastautin di KL untuk bekerja (aku masih tak sembuh dari kemurungan tapi aku fikir, sampai bila nak stay dekat kampung, tak kerja kan?) Di tempat kerja baru, aku jadi happy. Aku jadi diri aku semula tapi aku stop pergi jumpa doktor psikiatri sebab kekangan tempat rawatan.
Tapi jodoh aku dengan tempat kerja yang baru tak lama. Aku terpaksa berhenti kerja bila tempat kerja aku ditutup akibat masalah kewangan. Waktu kejadian tu, aku masih optimistik. Dalam bulan November, aku pulang ke rumah ibu aku. Nak dijadikan cerita, nenek aku jatuh sakit. Tak terlalu teruk tapi makcik aku yang jaga nenek aku jadi risau sebab kerjaya dia yang perlu keluar rumah selalu buat dia risau nak tinggalkan nenek aku. Makcik aku waktu tahu aku dah berhenti kerja, minta aku tolong tunggu nenek aku. Aku pada mulanya okey tapi makin lama, aku jadi makin tak suka duduk kampung. Kenapa? Nenek aku suka mengata aku macam-macam. Makcik aku suka buat aku macam kuli dia. Pergi sana, pergi sini. Buat itu, buat ini. Kalau ada benda tak kena dengan kehendak dia, aku akan dimarah,
Nenek aku mula bercerita dengan menantu sulung dia, Makcik A (isteri kepada pakcik aku yang duduk tak jauh dari rumah nenek aku tapi jarang balik) pasal aku yang asyik berhenti kerja. Makcik A ni pun mulalah up cerita pasal anak-anak dia yang berjaya dengan kerja. Mulalah up nilai gaji anak-anak dia depan aku dengan nenek aku. Aku ingat lagi yang nenek aku kata aku ni memilih kerja, sebab tu tak kerja-kerja sampai sekarang. Aku jadi marah sebab dia kata aku macam tu. Dia tak tahu macam mana aku cari kerja hari-hari. Dari kerja kedai makan biasa, ke kerja di kedai-kedai makanan segera, kedai-kedai pakaian dll. Tapi semua tak nak aku. Sebab? Aku ada degree.
Bila aku minta kerja dalam bidang aku, aku ditolak sebab aku tak ada pengalaman. Kalau sekali dua, aku tak kisah tapi dia keep on nak bandingkan aku dengan cucu-cucu kesayangan dia. Bila aku mengadu benda ni pada ibu, dia cuma cakap, “Ket sabarlah! Nenek tu dah tua. Kita kena faham dia tak pernah keluar bekerja.” Jadi sebab dia tua, aku kena faham? Jadi siapa nak faham aku? Siapa yang nak jaga hati aku? Dan makin lama, keadaan aku makin teruk. Aku jadi cepat marah, makin sensitif, asyik nak mengamuk dan jadi cengeng. Berat aku turun, aku jadi pendiam. Bila ada je benda nenek aku tak puas hati dengan aku, aku masuk bilik air dan aku akan kelar tangan aku. Itu aje cara aku luahkan rasa sakit aku, dengan sakitkan diri aku. Ibu aku tak tahu. Makcik aku tak tahu. Buat apa bagitahu, nanti dia akan suruh aku faham nenek aku. Dia dah tua!
Lepas aku sedar keadaan aku yang makin teruk, aku cuba bercerita dengan abang aku. Dia doktor. Dia yang suruh aku pergi terima rawatan semula. Dia yang selalu bagi sokongan pada aku. Tapi untuk aku selalu kacau dia, aku tak boleh. Dia dah berkeluarga. Aku ikut cakap abang aku, aku pergi terima rawatan semula. Dan hari aku kembali terima rawatan itulah, hari paling lama aku duduk dalam bilik doktor. Siap aku kena pergi jumpa ketua jabatan klinik pakar kesihatan mental tu. Doktor pakar tu bagitahu aku, makcik aku tak boleh buat aku macam ni. Hanya sebab aku tak bekerja, dia tak boleh paksa aku duduk jaga nenek aku tambah bila dia dengan nenek aku tak membantu dengan kesihatan mental aku.
Pada hari itu juga, aku telah didiagnosa mengidap Bipolar Disorder. Doktor pakar suruh aku berbincang dengan makcik aku, cakap kalau nak kuli ataupun orang utk jaga mak dia, suruh dia cari maid bukan gunakan anak saudara dia. Doktor siap cakap, anak-anak kerja besar tapi tak boleh cari maid utk tunggu mak sendiri. Aku tak kisah nak jaga nenek aku sebelum ni tapi aku dah tak boleh nak tahan dah. Pakcik A (suami Makcik A), anak sulung nenek aku selalu cakap aku ni tak bekerja, dok makan duit ibu aku aje, tak rasa aku ni menyusahkan orang ke? Nenek aku macam ni, Pakcik A macam tu. Siapa je yang tak makan hati?
Pakcik A, rumah dia dekat daerah lain tapi masih lagi dekat dengan rumah nenek aku dalam empat puluh minit macam tu. Aku ni duduk negeri lain. Nak ke rumah nenek aku, dua jam setengah perjalanan. Pernah aku balik rumah sebab aku ada appointment doktor. Aku baru nak cari masa untuk diri aku sendiri kat rumah ibu, mak cik aku dah mesej. “Lepas appointment, hang terus balik kan. Esok makcik kena pergi XXXX. Tak ada siapa nak tunggu nenek.” Aku tanya, kenapa tak panggil Pakcik A. Makcik aku kata, “Kalau hang ada, tak payahlah panggil dia. Malas nak susahkan dia.” The problem is, I was not there! I’m two hours away from your house! Lagi satu, nenek aku tu mak Pakcik A juga kot. Apa yang menyusahkan? Bila lagi dia nak berbakti dengan mak dia? Bukannya dia bekerja pun. Dia dah pencen. Bini dia pun bukannya bekerja.
Kenapa letakkan beban atas bahu aku seorang? Cucu-cucu kesayangan dia, waktu dia sakit tak datang melawat pun. Aku dah 29 tahun tapi masih hidup jadi orang gaji keluarga aku sendiri. Aku pernah cakap kat ibu aku, pasal mak dia. Cakap aku letih apa semua. Ibu aku cakap dengan nada tak puas hati, “Tak nak jaga, sudahlah!” Aku time tu tengah drive dari rumah nenek, nak balik rumah ibu. Aku drive sambil menangis, sambil tahan bunyi sok sek sok sek. Aku sebab nak jaga hati ibu aku, esoknya aku drive balik pergi rumah nenek aku.
Orang mungkin akan kecam aku. Tapi aku pun nak happy. Aku rasa aku layak untuk rasa happy. Kenapa aku dibuat macam tak ada hak untuk ada hidup aku sendiri? Aku tak kisah nak jaga nenek aku tapi bila dah jadi macam ni. Hati aku jadi tak ikhlas. Aku pernah terfikir nak lari dari rumah. Bawak kereta pergi mana-mana saja yang orang tak kenal aku. Aku cuma nak happy. Aku cuma nak happy…
– Ket
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit