First heartbreak seorang perempuan ialah ayah dia sendiri. Sudah tiba masanya untuk aku face trauma aku sendiri.
Aku Bintang (nama samaran). Umur tu tak penting dalam hal ni tapi aku lah satu-satunya anak perempuan dalam keluarga aku.
Aku anak kedua. Ada seorang abang dan ramai adik lelaki. Aku dan abang anak daripada mak sama tapi lepastu parents aku divorce. Mulalah episod hitam hidup aku..
Aku membesar dari kecik tak ada mak, so aku agak ganas. Ayah aku besarkan aku dan abang aku seorang.
Tapi ada satu habit ayah aku yang aku tak suka. Ayah aku suka gomol aku. Abang aku pun sama juga, tapi mungkin tu gurau, tapi aku tak suka.
Aku tak perlu kot describe gomol tu macam mana. Dan ayah suka cium mulut. Aku rasa jijik dan geli, so aku lawan.
Bila aku lawan dan makin besar dia berhenti, tapi dia beralih ke sepupu perempuan aku yang lagi kecik.
Tapi aku perasan abang aku dah stop kena gomol sebab dia dah boleh melawan.
Aku? Sebab tu kot aku jadi ganas tapi aku tetap perempuan.
Lemahnya perempuan. Aku benci jadi perempuan, aku tak nak jadi perempuan.
Bila nampak macam ni, abang aku pun rasa cam lelaki boleh buli perempuan. Aku kena buli kena maki.
Tapi mungkin tu bentuk kasih sayang kot. Aku tak tau aku kecik lagi. Kawan pun cuma imaginary friend yang aku bayangkan masa main minum teh, masak-masak.
Benda gomol ni stop dengan aku bila ayah kahwin mak tiri aku.
Mak tiri aku baik tapi rasa dia kekok and tak rela nak sayang aku sebagai anak tiri. So aku jauhkan diri dan cuma datang kat dia bila keadaan mendesak.
Masa aku period first time, dia tolong aku.
Tapi bila aku ada masalah bila period, dia abaikan dan aku kena mintak tolong kawan-kawan aku. Kalau melarat aku tak boleh gerak baru dia tolong beli ubat.
Bila dah period badan aku dah makin membesar. Aku banyak mengadu kepada mak tiri aku aku sakit dada dengan pertumbuhan aku. Dia cakap itu normal dan biarkan sahaja.
Aku pergi ke bibik mengadu hal sama dia pun cakap benda sama. Masa tu mungkin ayah aku terdengar lepastu aku dengar dia gelak.
Aku ingat macam semalam lagi masa tu ayah ambik aku balik sekolah. Abang aku dah dekat asrama. Time tu aku batuk dalam kereta. Aku katakan aku sakit dada batuk.
Dia tanya biar ayah cek dan dia terus letakkan tangan di dada aku. Aku tak sempat bercakap apa-apa aku kaku aku biarkan sahaja.
Aku membesar dengan mempunyai bilik sendiri dari kecik. Salahku lalai, sometimes nak cepat tak kunci pintu apabila tukar baju dan lepas mandi.
Banyak kali aku dikejutkan dengan ayah yang selamba bukak pintu semasa aku bertelanjang.
Aku paranoid, kot ayah tak sengaja. Itu yang aku fikir..
Tapi kadang-kadang dalam bilik air pun ketika aku bersiap, mandi, atau melepaskan hajat, ayah banyak kali membuka pintu. Masa ni aku baru usia belasan tahun.
Sejak itu aku terus kunci apa-apa pintu bilik yang aku masuk, even aku bukan lepas mandi or tukar baju sahaja.
Dan aku yang dulu merupakan daddy’s girl dari kecik dah tak rapat dengan ayah aku.
Bila aku dah dewasa mungkin aku paranoid tapi ayah suka peluk aku secara berdepan dan tekan bahagian belakang aku sehingga dada aku bersentuhan dengan dada dia.
Aku boleh brain kalau aku ni D cup mungkin tak sengaja tapi aku ni kurus hanya A cup sahaja.
Setiap kali berpeluk even badan kami bersentuh dia tetap akan tekan bagi dada kami bersentuh. Kalau peluk biasa memang mungkin tak rasa.
Sekarang aku cuma selesa peluk dia dari sisi sahaja. Atau bagi dia peluk kepala aku. Aku tak nak dia tekan belakang aku. Aku rasa tak selesa.
Jahat ke aku rasa tak selesa dengan ayah sendiri?
Aku rasa kadang-kadang paranoid. Normal lah ayah sayang anak macam ni kan? Aku ni dramatik ke? Aku bukak aib ayah aku ke?
Tapi dalam ni tak ada siapa kenal aku dan ayah aku pun kan?
– Bintang (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Its not normal
Pernah dengar peribahasa haruan makan anak?
Jaga diri baik2 adik
Semoga Allah pelihara adik
Bintang, tak normal tu. Boleh cuba amalkan doa yang diajarkan Rasulullah. Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sedih, gelisah,, sikap pengecut, bakhil, cengkaman hutang dan PENINDASAN ORANG. 3x pagi 3x petang. Boleh google doa mathurat ya.
Assalammualaikum Bintang…tak normal…tapi belum terlambat…kalau nk kena peluk Cuba elak..betul la tu kalau just bg kepala je…doa byk2 dan selalu dik…mnta Allah Beri perlindungan..kuatkan Iman dan semangat..jangan down k…sis doakan awk..dikurniakan ketenangan dan keimanan dan dikurniakan penyelesaian apa jua masalah Bintang…🤍