I Love Pondan

Salam semua..

Saya harap admin rahsiakan identiti saya.

Secara ringkas, saya dibesarkan di sebuah sekolah satu jantina. Memang tak tipulah.. sekolah satu jantina selalunya akan ada ‘pet sister’ / kakak angkat. Terpulang kepada niat masing-masing. Kalau pilih kakak yang baik, maka baiklah kita. Tapi yang amat merisaukan aku ialah apabila terjalinnya hubungan sejenis.

Alhamdulillah. Aku tak pernah terjebak. Ramai yang request tapi aku tolak. Aku hanya rapat dengan senior atau junior yang baik-baik sahaja. Yang ikut peraturan sekolah. Yang studiest. Cuma kadang-kadang aku menangis sendiri sebab ada kemungkaran yang berlaku di sekeliling aku. Kemungkaran hubungan sejenis ni berlaku kat kawan yang aku sayang. Persahabatan kitaorang terputus sebab aku pernah nasihat kat dia supaya dia tinggalkan perbuatan dia tu. Aku sedih sangat and selalu nampak dia selalu keluar masuk bilik kaunselor. Aku sayang dia sebab tu aku tegur. Aku pernah mengadu kat Allah. Aku rasa bersalah sangat.

Semenjak itu, aku banyak buat research pasal kenapa seseorang tu cenderung ke arah yang bertentangan dengan fitrah mereka. Aku google. Baca blog tentang LGBT. Aku cuba. Cuba untuk faham kenapa mereka tertarik kepada orang yang sama macam mereka. Aku kesian kat golongan macam ni.

Then, aku move on dengan life aku. Kitaorang dah lama tak contact each other. One day, aku terserempak dengan dia kat satu Masjid ni. Dia 360 darjah berubah. Dia pun explain kat aku dia dah bertaubat dan kembali jadi perempuan sejati. Mungkin dia berubah sebab doa-doa aku. Who knows?Aku bersyukur.

Sekarang ni aku dah nak kahwin. Pasangan aku ni adalah bukan lelaki biasa-biasa. Dia adalah golongan lelaki lembut. Kami jumpa di sebuah majlis ilmu. Aku sendiri yang approach dia (guna org ketiga). Aku cakap aku nak kahwin dengan dia. Aku nak tolong dia untuk jadi lebih baik. Aku nampak kesungguhan dia untuk berubah. Apapun kisah silam dia, aku tak kisah sebab aku sayang dia kerana Allah. InsyaaAllah sayang sampai syurga.

– Maryam Hannah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *