Tahun ni baru masuk tahun ke empat kami kenal each other. Kami kenal tak lama terus kahwin. Sebab kebetulan masa tu masing-masing memang pasang niat jumpa calon yang sesuai terus nak kahwin. Ye bila nawaitu kita betul Allah permudahkan. Setahun selepas hari pertama kenal, kami diijabkabulkan.
Masa kami kenal tu suami aku baru lepas grad. Aku pulak masa tu dah 2 tahun kerja tapi duit simpanan tak la banyak mana. Sebab masa tu aku ingatkan aku forever alone. Langsung tak nampak bayang-bayang calon suami. Jadinya aku banyak habiskan masa dan duit aku untuk travel. Enjoy the life before marriage orang putih kata. Tapi elok jugak sebab bila dah kahwin ni banyak pergi holiday dalam mimpi je.
Suami aku ni aku boleh dikategorikan sebagai seorang suami yang bertanggungjawab, penyayang, penyabar, handsome dan alhamdulillah solat 5 waktu tak pernah tinggal. Cuma satu je masalah iaitu bab kewangan.
Dari awal perkahwinan sehingga kini memang aku banyak bantu suami dari segi kewangan. Ye antara pengorbanan besar setiap wanita setelah bergelar isteri. Beruntunglah korang yang kahwin terus senang lenang tinggal rumah besar, kereta mewah & tiap-tiap bulan pergi holiday.
Tapi kami tergolong antara pasangan yang diuji dari segi kewangan. Kadang manis kadang pahit. Sampai satu masa aku rasa down sangat dengan hidup aku. Aku remove dan unfriend semua kawan-kawan dalam friendlist aku. Aku selalu gaduh dengan suami aku kerana DUIT. Aku rasa tertekan sebab aku terpaksa tahan keinginan dan kehendak aku demi berkorban untuk bantu suami aku. Aku tertekan sebab aku tak nampak effort suami aku untuk majukan kewangan diri dan untuk majukan kewangan keluarga. Aku tertekan sebab aku terpaksa menangung beban memikirkan masalah kewangan yang sepatutnya dipikul oleh seorang ketua keluarga. Sedangkan aku ketika itu bermacam-macam cara yang aku buat untuk memastikan kewangan kami sentiasa cukup dan hidup kami semakin maju kehadapan. Aku tertekan sebab suami aku seolah-olah terlalu bergantung kepada aku tentang hal kewangan. Aku tertekan sebab dia seolah-olah sedang berada di zon selesa sedang aku downgrade life aku demi kesenangan bersama.
Sampai satu masa aku lepaskan semua. Aku keluar dari rumah pukul 12 tengah malam. Aku rasa itu je cara aku untuk lepaskan segala lelah yang ada. Bukan niat aku nak jadi isteri derhaka. Selama aku keluar aku menangis sambil memandu. Aku pun tak tahu mana arah tujuan pemanduan aku. Sampailah aku rasa puas menangis aku berhenti di suatu tempat. Aku pasang CD zikir yang memang ada dalam kereta. Aku istighfar sambil muhasabah diri. Sebab dalam hati ni masih ada takut. Takut pada Allah. Macammana kalau suami aku belum sempat maafkan aku kalau apa-apa jadi kat aku. Aku ni jenis panas baran. Cepat melenting. Cepat tinggi suara.
Bila aku rasa dah tenang aku balik rumah. Marah tetap marah. Tapi aku tinggal ego aku kat luar. Aku capai tangan suami. Aku tau dia belum tidur. Aku cium tangan dia sambil mintak ampun. Suami macam biasa. Tenang. Walau dalam jiwa penuh gelora dia tetap tenang.
Esoknya aku luah melalui whatsapp sebab kalau berdepan aku tahu aku pasti tinggi suara pada dia lagi. Luah punya luah gaduh punya gaduh barulah terkeluar sebenarnya dia rasa aku control kewangan dia. At the moment I did realize cara aku salah sebenarnya. Lepastu aku putuskan aku tak mahu masuk campur hal kewangan dia lagi. Tapi aku playsafe aku buat perjanjian segala yang wajib dia bayar aku tak mahu tolong dah. Aku cuma lengkapkan keperluan anak sahaja jika perlu.
Sampailah satu masa in laws aku mengungkit dia selalu advanced duit dengan adik beradik dia. Adik beradik dia pulak pandang serong kat aku seolah-olah aku ni isteri tak berguna boros tak bantu suami. Sekali lagi kami bergaduh. Kali ni gaduh besar. 3 hari aku senyap tak bercakap. Aku nangis. Kali ni aku tak lari macam sebelum ni. Tapi aku lancarkan perang psychology. Sebab aku fikir tak guna aku cakap banyak tapi sama jugak macam tu je tak nampak perubahan. Aku muhasabah diri lagi. Aku nangis lagi. Aku mintak Allah ubah suami aku. Aku tak mampu nak nasihat dia aku tak mampu nak ubah cara pemikiran dia dan aku tak mampu nak ubah sikap dia. Dalam masa yang sama aku minta Allah ubah sikap dan cara aku.
Lepas kejadian tu dia tak lagi pinjam duit dengan adik beradik dia tapi dia pinjam dengan aku. Ye bahagian yang aku bantu dulu kini aku pinjamkan. Tak mungkin aku kembalikan zon selesa dia. Dalam masa yang sama aku tak berhenti minta pada Allah.
Sekarang aku dah nampak perubahan besar pada suami aku. Sekarang dia bukan sahaja bijak uruskan kewangan dia tetapi dia jugak dah bijak majukan kewangan dia. Pakej lengkap seorang suami yang aku dambakan selama ini. Dan aku pula dah semakin bijak kawal emosi dan amarah aku. Aku makin bahagia. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustakan?” (ar-Rahman: 13).
Aku bukan nak highlight masalah rumahtangga aku, tapi aku just nak highlight;
1) The power of dua. Minta pada Allah. Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
2) Kita tak mampu nak ubah pasangan kita. But Allah can.
3) Kalau nak pasangan kita berubah, ubahlah sikap kita dulu.
4) Kunci rumahtangga bahagia. FORGIVE AND FORGET. Minta maaf pada suami setiap hari sebelum tidur walaupun rasa diri suci dari dosa.
5) Selalu muhasabah diri
6) Silent is the best treatment
7) EGO masuk dalam plastik ikat mati lepastu campak jauh-jauh
8) Pandang serta hargai kebaikan dan kelebihan suami lebih dari kelemahan dia
Buat En Suami, I love U.
Confession ikhlas dari hati,
– Puan Bunga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit