I Want My Life Back

Assalammualaikum… Aku Dee (bukan nama sebenar). Apa yang aku nak ceritakan disini adalah berkaitan depression yang aku alami. Aku dah tak tau nak confess dekat siapa sejak takde seorang pun yang care pasal aku lepas aku kata aku ada depression.

Aku sekarang sem 4 di salah sebuah IPTA di Malaysia ni. Aku mula perasan aku alami masalah atau simptom depression sejak sem 3 lagi bila aku dah tak dapat nak terima stress, tekanan sekeliling lagi.

Bila balik bercuti, aku cuba untuk bersembang dengan ibu ku berkaitan depression dan juga stress, tapi jawapan yang aku dapat hanyalah “orang terlampau fikir, sebab tu jadi macam tu.” Aku speechless, jadi aku ambil keputusan tak nak beritahu ibu berkaitan aku stress di U.

Oh ya, lupa nak cerita. Aku sejak sekolah menengah lagi dah biasa duduk asrama, sehingga masuk matrikulasi dan kemudian masuk U ni. Tapi, untuk aku bertelefon dengan keluarga sepanjang aku berada di asrama atau kolej, boleh dihitung dengan jari. Aku diajarkan untuk berhadapan dengan stress sendirian tanpa support.

Bila aku terlalu stress dan aku cuba untuk telefon ibu untuk meluah, jawapan yang aku dapat cuma, “biasalah tu student, semua orang stress… Tak payah lah selalu call, buat habis kredit je.” Then? Aku nak meluah pada siapa?

Mula dari tu, aku sakit atau tiada duit, aku tak pernah beritahu keluarga. Ibu hanya akan berbalas whatsaapp dengan aku apabila dia memberita dia dah bank-in kan duit. Alhamdulillah, itu sahaja lah pengubat rindu aku setiap bulan.

Rasa tekanan aku makin melampau bila, setiap malam roomates aku menelefon keluarga mereka, dan cuma aku terkontang kanting di katil bilik. Suara gembira mereka menelefon keluarga buatkn aku terfikir, adakah keluarga aku tidak sayang aku? Tiada seorang pun ahli keluarga yang tanya keadaan aku disini.

Berbalik kepada kisah pembelajaran, masuk sahaja sem 4 aku mula perasan aku sudah tidak dapat fokus sewaktu kelas. Apa yang diajarkan di dalam kelas seperti angin sahaja. Balik je ke bilik, aku dah lupa. Aku lost. Aku mula kurang tidur. Tiap malam aku hanya tidur bila jam 3 atau 4 pagi. Dan seterusnya kena bangun jam 6 pagi. Setiap hari memandanglan kelas bermula jam 8 pagi. Selera makan aku juga semakin berkurang. Portion makan yang aku ambil juga semakin sedikit, dan itupun tidak pernah habis.

Aku mula ada suicide thought bermula minggu ke-5 sem 4, bila kerja mula menimbun. Aku tak dapat nak terima kerja-kerja tersebut. Tiap malam, bila sahaja aku hendak melelapkan mata pasti aku satu suara dia dalam diri yang menyuruh aku mencederakan diri. Aku cuba lawan, dan setiap malam tu lah aku menangis tidak dapat tidur. Suara tu terlalu menganggu aku.

Aku tahu berkaitan depression ni kerana aku pernah melakulan kerja atai kajian berkaitan depression, sebab iti bila aku dapat kesan simptom2 tu pada diri aku, aku mula cuba menjawab soalan DASS dan jawapannya depression aku berada ditahap sangat teruk. Aku kelu. Aku cuba mendapatkan kekuatan melalui kawan yang paling aku rapat di U ni, dengan cara menceritakan masalah aku… Tapi jawapan yang aku dapat lebih kurnag seperti ibu, “kau terlalu fikir, tu jadi macam tu.” aku lost lagi.

Mujur, aku sangat-sangat berterima kasih kepada rakan yang sentiasa melakukan assignment dengan aku, si A. Dia lah satu-satu nya yang mrmberikan aku semangat bila tau aku alami masalah tekanan ni. Dia jugalah yang perasan bila aku dah tak macam dulu bila kami buat kerja bersama(memandangkan semua assigment dari sem 1 kami buat berdua) jadi dialah yang paling nampak perubahan life aku. Aku mula ceritakan masalah aku, dan dia jugalah yang menyarankan aku untuk mendapatkan rawatan.

Aku kuatkan diri, aku pergi ke klinik kesihatan awam. Disana, sebaik sahaja aku berjumpa dengan doktor dan mengatakan aku stress, dan aku mahu mendapatkan kaunseling, terus sahaja air mata aku mengalir keluar. Doktor tersebut menanyakan beberapa soalan, dan antara paling aku ingat dia bertanya berkenaan pointer aku. Aku kata pointer aku jatuh, sem 1 aku dapt 3.18,kemudian sem 2 meningkat kepada 3.36 dan sem 3 pointer aku jatuh merudum kepada 2.96. Bukti aku dah alami tekanan dari sem 3.

Doktor menyuruh aku menjawab soalan DASS, dan memang disahkan aku ada depression. Doktor memberikan ubat untuk seminggu, kemudia datang semula selepas seminggu untuk appointment dan memulakan rawatan.

Tapi,disebabkan masalah kewangan dan tambang untuk ke klinik kesihatan sekitar Rm10 pulang balik. Aku mula terfikir sekiranya appointment kerap, lebih byk duit yang aku keluarkan untuk ke klinik kesihatan. Atas alasan itu, aku tidak pergi pun appointment yang telah ditetapkan.(yup, memang salah aku. Sorry)

Selang beberapa minggu, tekanan aku datang semula, dan sekarang aku semakin malas untuk hadir ke kelas. Malah, test, quiz dan juga presentation aku sanggup tidak datang dengan alasan aku sakit. Sedangkan aku hanya duduk terperuk didalam bilik. Entahlah, perasaan malas tu semakin menjadi2. Aku kerap ponteng dan adakalanya 2-3 kelas aku tidak hadir dalam seminggu.

Demi ALLAH, ini bukan diri aku. Aku ingat dulu aku sangatlah rajin untuk hadir kekelas, malah aku antara orang yang awal ke kelas setiap masa. Sekarang aku dah lain, aku nak hidup aku balik. I want my life back.

Aku pergi semula ke klinik kesihatan tersebut, dan sekali lagi, aku diberikan ubat dan kali ni untuk 2 bulan, kerana appointment aku seterusnya adalah pada bulan 9. Entahlah, aku cuba untuk beritahu masalah aku kepada ibu, tapi aku takut ibu tidak akan percaya kepada aku. Sedangkan bila aku demam pun, ibu boleh anggap aku menipu. Inikan pula depression. Aku jadi takut.

Bila aku ceritakan aku alami depression kepada kawan rapat aku itu, dia mula menjauhkan diri. Hubungan kami mula merenggang. Aku dah lost, aku dah tak tahu nak minta bantuan siapa.

Sekarang ini, banyak lagi test dan quiz yang belum aku jawab, dan minggu depan dah mula exam. Aku tiada semangat langsung untuk teruskan pembelajaran. Aku sebolehnya rasa mahu berhenti belajar, tapi aku takut. Aku takut keluarga aku malu sebab aku.

Aku lost, aku perlulan bantuan… Please… I want my life back!!!

Sekian…

– Dee (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *