Hari ini genap sebulan aku dengan suami tak bertegur sapa. Parents aku baru je balik minggu lepas, dalam 3 minggu stay dengan kitorang.
Since hari kedua parents datang, aku dengan laki aku buat hal sendiri. Takde sapa tau, aku pun tak cerita kepada siapa2.
Aku penat sungguh. Setiap kali, macam ni lah. Dibiarkan aku berhari2, berminggu2 makan hati.
Padahal dah banyak kali aku cakap, kalau aku merajuk, jangan biar. Sampai tahap aku fikir, baik tak berlaki.
Sungguh, aku dulu fikir nak bercerai. Mula2 terdetik, aku fikir aku tak mampu bercerai sebab aku tak kerja macam orang lain, aku cuma kerja tolong bisnes suami aku.
Tahun lepas, masa bergaduh dan dibiarkan macam ni jugak, aku dah tak kisahkan bab tak mampu tu. Aku dah ready nak hidup bergelandangan.
Dah plan mana nak menumpang tidur & mandi. Dah plan nak cari kerja asal boleh makan minum.
Aku siap lari satu malam tu, tapi sebab takde duit, aku tidur kat RNR dalam kereta je. Berpeluh2 sebab takut nak bukak tingkap, dan takut nak bukak enjin kereta.
Masa tengah bertegang urat tu aku dah mintak stop, jangan cakap apa2. Siap cakap, dah jangan cakap apa, just peluk aku boleh tak?
Laki aku sambung ungkit lagi. Aku yang tengah kecik hati ni, lagi dibuatnya makan hati.
Punca bergaduh? Macam2. Tapi satu je la yang aku mintak dari dia. Perhatian. Tu je.
Bukannya pakai modal banyak. Aku tak minta dibawak jalan2, shopping pun bila ada duit sikit, aku pergi je sorang2 macam zaman bujang.
Aku ni masa bujang takdela ramai kawan, tapi ada kawan rapat yang aku boleh hello, dan boleh spend time sekurang2nya makan2, sembang2 kosong.
Laki aku? Aku kena tunggu turn weh. Balik kerja dah malam. Sampai rumah, termenung dulu hisap rokok kat luar. Masuk mandi2. Siap mandi, duk hadap handphone. Yang aku ni menunggu bila turn nak sembang.
Selalunya bila ajak sembang, dapat la seminit dua pastu buat muka penat, nak tidur.
Aku sorang2 kat umah, takde kawan, sehari tak bercakap. And aku buat kerja jugak ye, handle customer cari sales untuk bisnes suami aku tu.
Tak penat badan, tapi penat otak juga. Tapi still, aku nakkan somebody untuk share hari aku.
Simpan la hari sehari sehari makan hati macam ni. Semua aku buat, dari cakap direct, berkias2, sambil gelak2, sambil marah.
Aku cakap kau nak attention. Tapi jenis tak mahu faham bini gini la. Yang aku heran tu, kalau member datang umah, call handphone, boleh pulak sembang lama2. Walhal baru tadi dia buat muka penat tak nak sembang. Ko rasa?
Pasal ni agaknya dah 7 tahun kahwin, takde anak lagi. Aku malas nak cerita bab atas katil, tapi firstly, nak buat anak tu usaha 2 orang.
Secondly, dah pergi check up, both bermasalah, tapi masalah dia lepas 2 kali test yang menyebabkan doc suggest untuk ivf.
Bab ni satu lagi. Tahun 2018 doc suggest untuk ivf, sampai sekarang takde apa usaha. Tapi yang geramnya, suka sangat gi berubat dengan tok bomoh. Pastu asyiklah dapat jawapan ada jin bergantung kat rahim aku.
Yang aku heran, tok bomoh bagi bekal air ubat berbotol2, tak pernah habis diminum, hahahaha. Ko ni percaya ke tidak. Kalau tak percaya, buat apa pergi jumpa tok bomoh tu?
Aku pun nak anak, tapi dengan kadar usaha macam ni, aku pun dah give up dengan laki aku ni.
Kali ni yang jadi issuenya, aku cuma nak meluah kat laki aku, apa yang aku rasa. Cuma nak berbual. Bukan pasal dia pun.
Hari tu aku cakap, untung jadi adik perempuan aku. Hidup dia lagi mudah dari aku, financially.
Kereta sambung bayar kereta mak aku, abang dia bayar separuh, dia bayar separuh. Balance loan lagi 3 tahun je. Pastu beli rumah pun, sementara kunci tak dapat lagi, sewa rumah sekarang abang2 dia yang tanggung.
Aku tak dengki. Aku actually happy adik perempuan aku dapat pertolongan macam ni. I just wish, aku cuma berharap alangkah bertuahnya kalau aku ni pun dapat pertolongan macam tu when I need it.
Tapi tak mungkin la kan, sebab aku anak sulung. Walaupun aku perempuan, tapi sebab aku sulung. I am expected to have it all, boleh selesaikan semua sendiri.
Hari tu aku cuma nak bersembang ni dengan suami aku. Just to let it out from my system. Meluah je walaupun tak boleh buat apa2. Aku cuma nak dia dengar. Tapi reaksi dia seolah2 aku tengah berdengki dengan adik aku.
Aku yang hidup sebantal dengan dia ni, and dia anggap aku dengki dengan adik aku? Dah 7 tahun aku hidup dengan dia, and dia masih tak kenal lagi aku? Kecik hati aku. Dari aku elok2 nak sembang, aku terus taknak sembang. Aku cakap dah la takyah sembang.
Tapi jantan bengap ni sambung lagi. Aku yang asalnya takde mood, kecik hati pastu naik marah. Bersambung2 lagi dia komen ya Allah, pekak tulinya dia ni. Makin mintak diam, aku siap tukar topik weh, dia sambung lagi, mana tak panas?
Orang cakap lelaki tak tau isi hati perempuan kalau tak bagitahu? Hey aku ni, sebijik2 aku bagitau. Nak sembang aku bagitau. Tak nak sembang aku bagitahu. Nak pegang tangan aku mintak. Nak peluk cium pun aku kena mintak.
Tak larat ulang benda sama dan dia tak dengar. Dah berkali2 setiap kali bertekak. Since tahun lepas lagi mintak kaunseling, dia kata dia akan cari kaunseling. Sampai sekarang haram tak dengar khabar.
Aku dah bagitau kat dia. Sayang? Sikit pun takde. Hormat? Hanya pada nama. Tapi nak hormat macam mana kalau solat Subuh jarang2 bangkit, tapi kalau kawan call pagi2 terpacak depan rumah boleh melompat bangun?
Aku dah malas kejut Subuh, pandai2 la bangkit sendiri. Aku bukak lampu, hempas pintu je. Dah tak lalu nak kejut elok2, bertahun dah aku buat tapi Subuh ke laut jugak. Macam ni nak jadik bapak orang?
Aku ni dah tahap tak kisah tak berduit takde tempat tinggal kalau bercerai. Tapi aku diam lagi sebab mak aku sayang sangat kat menantu dia. Punya lah baik aku jaga aib laki aku.
Dah 3-4 kali parents aku datang umah, stay berminggu2, tapi kitorang sebenarnya tak bertegur sapa laki bini. Takde sapa yang perasan.
Banyak benda aku simpan, tapi sungguh, aku nak keluar dari hidup macam ni. Ada suami tapi hidup macam orang bujang yang takde kawan. Sorry la panjang, aku cuma nak meluah.
Aku tak tau nak buat apa, tapi setakat harini, kalau lepas raya masih tak bertegur lagi, aku ingat nak pergi pejabat agama je ambil borang cerai fast track. Sempat la aku simpan duit sikit untuk hidup baru.
Aku cuma tak tau nak bagitau apa kat parents aku. Sebab diorang nampak yang indah2 je sekarang ni.
– Aku (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Hi i think for the better way untuk you is minta cerai dari dia. You cakap dengan dia elok elok sebab apa tau if you nak fasak taklik its will have a lot of cost , dither by lawyer or on mahkamah . As for your parents, ibu bapa mana nak tengok anak dia kesedihan sentiasa, di orang pasti akan doa yang terbaik untuk you.