I Wont Curse You, But I wont Wish You Well Either

Asalamualaikum admin dan pembaca. Terima kasih admin sebab siarkan luahanku.

Sebelum ni aku terbaca luahan “dia” yang telah menjadi mangsa rogol. Sumpah, luahan tu menjadi trigger kepada trauma aku juga.

Aku straight to the point, kejadiannya berlaku pada tahun 2017. Umur aku masa tu 20 tahun. Sebelum ni aku tak pernah bercinta, tapi masa tu aku kenal K dekat social media. Nama syaitan tu K.

Masa kejadian tu, K nak jumpa aku sebab nak bagi balik barang kepunyaan aku yang dia pernah pinjam (speaker, rice cooker, pemanas air, etc.) dan nak minta maaf sebab dah curang dengan aku.

K suruh aku naik ke bilik sewa K, tapi aku tak nak. K kata barang ni banyak, payah kalau dia sorang yang bagi turun. Aku pun okay walaupun berat hati.

Masuk sahaja bilik K dia terus kunci pintu. Bergegar badan aku masa tu. K suruh aku rehat dulu dekat bilik dia sebab kat luar tu cuaca panas. Aku duduk di hujung katil, aku nampak K tanggalkan baju dia.

Aku kata dekat K aku nak pulang sekarang. K berkeras dan ugut aku nak tampar muka aku kalau aku pulang. Aku akur. Masa aku duduk membatu tiba tiba K cium aku dari belakang.

Aku menjerit dan merayu jangan buat macamtu dekat aku. K tahan tangan dan kaki aku, baringkan aku di katil. Aku tendang dia sekuat hati aku.

Aku menjerit sekuat hati, tapi tangan dia terus tekup mulut aku. Macam nak pengsan aku syaitan tu lakukan. Aku tak putus asa, aku tendang dia sampai lah satu libasan tapak tangan hinggap di muka aku.

Aku menangis. Aku nak pulang. Aku maki diri aku sendiri sebab tak dapat buat apa apa. Direntap nya seluar aku sampai hampir koyak. Dan dia lakukan benda terkutuk tu. Rayuanku tak diendahnya.

Lepas syaitan tu buat kerja dia, dia duduk di kerusi main game. Langsung dia tak pedulikan aku.

Aku gagahkan diri bangun dan kemaskan diri aku sambil ditemani tangisan penyesalan. Aku benci diri aku sebab aku bodoh. Syaitan tu dah rosakkan aku.

Aku tak kata apa apa dekat K, aku betulkan tudung aku dan bergegas ke pintu untuk pulang.

Boleh pula K kata, jangan lupa cuci bawah kau, pulang ni beli coke and panadol, manalah tahu kan kot kot sangkut kat dalam kau sambil gelak.

Aku hempas pintu and terus bergegas turun bawah. Aku lari sekuat hati, dan aku cari tandas. Masuk tandas, aku cuci dengan sabun sampaikan habis 1 pump botol sabun tu.

Aku gosok walaupun sakit. Walaupun aku tahu aku dah tak dapat bersihkan benda tu sebab dah kotor oleh syaitan K. Aku menangis semahunya di dalam tandas. Dalam 40minit, aku keluar.

Aku terbaca mesej K. K nak bertanggungjawab. Tapi aku tahu, syaitan tu kata macam tu sebab dia nak lagi. Aku block dan padam number dia.

Long short story, K pun dah kahwin dan sekarang bertugas sebagai salah seorang anggota celoreng hijau. Sampai sekarang dia tak pernah nak minta maaf dekat aku.

Ikutkan hati nak saja aku sumpah anak perempuan dia kena nasib macam aku. Tapi aku tak sampai hati. Sebab yang salah syaitan K tu. Anak dia tak salah.

Aku trauma seumur hidup sampai aku dapat Bipolar Type 2. Aku benci diri aku, aku rasa diri aku kotor. Aku rasa semua lelaki cuma pandang aku sebagai objek kepuasan nafsu.

Aku ada cuba untuk kenal lelaki lain, tapi hasilnya sama. Dorang cuma nakkan badan aku.

Doakan supaya ada lelaki yang sudi terima dan sayangkan aku seikhlas hati bukan sebab badan aku yaa. Dan aku doakan semoga semua pembaca tak akan dapat nasib yang sama dengan aku.

– Citra Lestari (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Tumpang simpati.Actually jantan yg dah pedajal perempuan ni hidup aman aman aje lepas tu siap berkeluarga lagi..

    Dorang ni asal dapat lepaskan air gatal dia aje…
    Mcm ada someone ni…sampai sekarang dia tetap sumpah jantan jantan yg dah aniya dia takkan dapat zuriat. Hidup dalam fitnah dan bala musibah.

    Kau sumpah aje..sebab kau adalah mangsa…tentu sumpahan kau yg penuh perasaan marah tu menjadi nyata…

  2. Kesian, semoga Allah hadirkan jodoh yg baik utk kamu, kenapa tk report polis je? biaq musibat tu kena jel

    • Sebab malu bang. Ramai citizen dan netizen salahkan perempuan. Dituduhnya mangsa yang gatal. Tak pandai jaga diri. Buat suka sama suka.
      Last2 sampai kesudah diam macam tu ja.
      Memang ada perempuan jahat tapi kena paham jugaklah ada laki yang jahat yang suka rosakkan pompuan dengan target nak kesucian tu. Lepas dah rosakkan, boleh pulak hina perempuan tu sedangkan dia sendiri yang menzalimi. Sedih la baca berita macam ni.

  3. Salam cik.

    Nasihat saya dua ja.
    1) Lazimi zikir hasbunallah wanikmal wakil dengan niat mohon pembelaan dari Allah. Ingat cik, kita hamba Allah. Hidup mati kita Allah yang aturkan. Maka dengan itu, gunakan VVVIP card yang Allah beri pada orang yang teraniaya. Dengan cara apa? Bersabar, berusaha, berdoa dan bertawakal. Cik dah lama bersabar. Alhamdulillah. Cik dah berusaha dengan buat rawatan untuk bipolar cik. Alhamdulillah. Saya tahu cik juga dah berdoa dan bertawakal. Tapi sekarang upgrade doa cik. Mohon sungguh-sungguh pada Allah. Jujur semua pada Allah yang cik sgt2 menderita dengan perbuatan keji lelaki tu. Allah Maha Melihat dan ketika lelaki itu melakukan jenayah rogol pada cik, Allah menjadi saksi. Hati baik cik yang tidak mau anak dan keturunan si perogol terima kifarah tu adalah hak cik. Allah akan balas kebaikan cik yang itu. Tapi, tolong dan tolong. Berdoalah pada Allah untuk menegakkan keadilan untuk cik. Terus menerus baca zikir itu agar lelaki tersebut dapat ‘pengajaran dari Allah’. Bukankah hidup ini satu pembelajaran?

    2) Cik beritahu di sini ramai lelaki yg kenal dengan cik hanya nakkan tubuh cik. Jadi, nasihat saya, cik perlu buka aura diri cik. Seperti mana jin dan setan boleh detect manusia lemah iman, lelaki jahat juga sgt mudah perasan kalau perempuan itu rendah diri, rasa diri hina, rasa tak layak dengan lelaki baik. Aura negatif dalam diri cik terpancar keluar hingga ke luaran cik. Cara buka aura positif ni cik boleh cari di google or youtube untuk maklumat lanjut.

    Wassalam.

    • ayat2 tuan dalam memberi komen di confession kami, semuanya positif dan sangat2 baik. terima kasih atas semua nasihat dan peringatan. moga Allah mudahkan urusan tuan.

  4. Saya nak ingat mungkin ada orang yang tak tahu, dan juga nak bagitahu dekat diri sendiri, if korang kena macam ni or mangsa grape, minta tolong ye jangan cuci terus. Pergi hospital terus, jangan fikir malu awak2nya, kita kena fight, awak fikir dia dah buat macam tu dekat awak takde sapa boleh tolong diri sendiri kalau diri sendiri lemah, you kena kuat dulu, jangan fikir apa dah after kena macam tu first thing kena fikir adalah perbuatan tu salah kita ada undang2 lelaki macam tu harus diambilkan tindakan, mangsa grape ni boleh menang apa lagi kalau ada bukti kukuh, bukti itu kita perlukan, if takut nak buat report just terus pergi hospital, bagitahu apa yang jadi, orang2 hospital/klinik inshaAllah boleh bagi awak semangat/jalan. Kita tak minta bende tu jadi, awak mangsa jangan takut ye kawan2.

    • sambungan,

      korang jangan fikir “bende dah jadi biarkan jela, akhirat ada”. No salah, you kena fight untuk diri you, jangan tunggu akhirat, kalau boleh pembalasan dekat dunia dan akhirat orang ni kena terima. Dua-dua, jangan berpeluk tubuh pls.

  5. hi sis, percayalah di setiap kesulitan sis hadapi, pasti akan ada kemudahan. saya juga dulu pernah rasa apa yang sis rasa. lelaki nakkan kita hanya sebab tubuh shj. mesti akan cakap ke arah hal2 tubuh kita semua. saya juga pernah fikir perkara yang sama, mereka tidak ikhlas dengan kita, hanya mahukan tubuh kita sahaja. saya juga pesakit mental MDD with anxious distress. alhamdulillah sekarang saya punya suami yang sangat sempurna untuk hidup saya, bukan untuk orang lain. 😊 semoga sis juga begitu hendaknya. semoga Allah membalas kejahatan lelaki2 durjana yang mempermainkan dan menganiaya kita dengan apa cara sekalipun. ameen.

  6. sedih sgt baca , rupanya ramai mangsa pmpn yg kena..sy harap sgt one day akan ada seseorang yang fight tetang hak kita , dan yakinkan kita tak perlu malu untuk buat aduan..sy harap generasi akan datang lebih kuat mental fizikal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *