Untuk part I, (https://iiumc.com/i-wont-curse-you-but-i-wont-wish-you-well-either/).
Terima kasih admin sebab dah siarkan luahanku, dan terima kasih juga kepada para pembaca, aku hargai kalian semua.
Aku tak sangka ramai komen dekat confession aku, dan sebenarnya aku takut nak baca komen kalian, aku takut akan trigger mental health aku.
Tapi alhamdulilah, terima kasih buat yang memberi kata kata semangat dan terima kasih juga kepada yang memberi komen negatif. Semoga komen negatif itu mampu mencekalkan lagi hati aku.
Disini aku nak jawab antara persoalan pembaca mengenai trauma yang terjadi kepadaku. Oh ya, barang kepunyaanku yang K pinjam memang aku tak ambil balik pun. Aku lebih rela let go barang tu daripada bersemuka dengan syaitan tu lagi.
1. Mengapa aku tak terus report polis ?
– Korang tahu tak, kalau waktu kita tengah trauma, fikiran kacau bilau yang fikir nak selamat je memang takkan terfikir benda-benda ni semua tau.
Lepas kejadian tu, Aku langsung tak keluar rumah. Keluar bilik pun untuk makan, mandi & pergi tandas. Tapi aku tak nampakkan kesedihan aku depan keluarga aku. Aku tak sanggup bersedih di depan dorang.
Lagi satu, aku malu, aku takut kalau mak bapa keluarga aku tahu yang aku ni mangsa. Aku takut dikeji perempuan tak tahu jaga diri.
Sumpah, sampai sekarang benda ni bersarang dalam kepala aku. Aku akui memang aku salah, aku yang buka jalan buat dia lakukan benda jijik ni dekat aku. Aku dihantui kesalahan tu.
Aku taknak bebankan hati dan fikiran orang tua aku, so biarlah aku yang tanggung sendiri. Aku bukanlah nak biarkan syaitan K tu hidup bersenang lenang.
Aku yakin dengan janji Allah, pasti akan ada balasan untuk si penganiaya. Cepat atau lambat sahaja. Kalau tidak di dunia, pasti akan diadili di mahkamah Allah.
2. Kenapa aku cuci kemaluan ?
– Sebab aku takut aku akan mengandung ! lagi lagi lepas si bodoh tu kata dia buang benih dia dekat dalam. Si naif ni pun tak tahu buat apa dengan trauma baru habis kena rogol nya, dengan hati yang sakit remuk redam, perasaan yang sedih mengenangkan nasib kebodohan sendiri.
Sampai sekarang aku tak pernah open up benda ni dekat sesiapa. Hanya syaitan tu, bini dia dan Allah ja yang tahu. And korang dah boleh agak dah reaksi bini dia masa aku bagitahu aku nakkan kemaafan dari K sebab ada satu masa aku rasa terbeban dengan kesalahan yang tiada kemaafan ini.
Apa yang bini Da’i Syed tu buat, macam tu juga la bini dia buat dekat aku. Dia backup laki dia habis habisan and kata aku kemaruk sangat nakkan laki dia. Laki bini sewel.
Aku akui sekali lagi memang silap aku, aku minta maaf buat pembaca yang geram dengan tindakan ku. Aku buntu dan ketakutan di waktu itu. Aku lakukan nya dengan cara agar benih si bodoh tu tak melekat di rahim aku.
Pesan aku disini, tolonglah perkasakan pendidikan seks dari peringkat sekolah rendah lagi. Dah banyak kes-kes rogol yang didiamkan begini kerana mangsa tak tahu nak buat apa selepas kejadian. Jangan sudah terhantuk baru terngadah seperti diriku.
Untuk para lelaki berperangai seperti”K”, tolong lah jaga kemaluan kau. Cuba kau bayangkan adik / kakak / anak kau pula yang dibuat macam ni apa perasaan kau? Jangan sebab nikmat sebentar, kau kena tanggung azab yang tertangguh sampai kiamat.
Jangan bagi alasan perempuan yang buka jalan. Kalau iman kau kuat, kau akan selalu fikir Allah itu sentiasa melihat perbuatan kau. Hatta nak buka seluar kau pun kau takut.
For your guys information, aku bukanlah mangsa K seorang. Aku dapat tahu dari kawan-kawan seuniversiti dia dulu memang dia ni kaki perempuan. Tapi sampai sekarang aku tak pernah tahu mangsa lain tu siapa. Mungkin Allah dah tutup aib mangsa lain serapat rapatnya.
Kepada kaum perempuan, tolong lah tolong jangan percaya dengan lelaki 100%. Elakkan keluar dengan lelaki berdua selalu. Kes rogol ni bukannya malam je ada. Siang benderang matahari terpacak kat atas langit pun K tu berani buat macam tu dekat aku.
Apapun, terima kasih kepada yang sudi memberi kata kata semangat. Semoga Allah merahmati kita semua.
– Citra Lestari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit