Ibrah Disebalik COVID-19

Assalamualaikum wbt. Thanks admin post confession aku.

Alang-alang tengah bosan dok rumah tak buat mende, terajin pulak aku taip confession ni. Sambil aku taip ni, sambil aku senyum mikir, sebalik kucar kacirnya dunia disebabkan COVID-19 ni, banyak momen manis yang aku nampak & rasai sendiri.

Family bonding. Aku percaya sejak MCO ni, ramai yang dapat rasa family bonding makin kuat. Aku terutamanya. Aku dah kerja tapi still tinggal dengan parents & siblings. Before MCO, susah aku nak jumpa parents aku.

Before pergi kerja, kadang tak sempat jumpa, dorang belum balik surau. Aku balik kerja kadang sampai maghrib, dorang dah keluar ke surau. Balik surau dekat pukul 10, kadang aku dah tido.

Kalau belum tido tulah baru aku dapat jumpa. Selalunya tengok TV sama. Jarang dapat makan sama. Family time memang kurang. Itu baru aku dengan parents belum dengan adik lagi.

Tapi sejak MCO ni lah bahagia jek aku rasa hari-hari nampak muka dorang. Setiap waktu jemaah sama, tenang jek rasa. Hari biasa manalah nak dapat jemaah, solat kat surau ofis je. Makan pun sama, tengok TV, berita ke drama ke sama-sama. Bahagia.

Oh yaa, aku sebenarnya rindu jemaah dengan family. Last jemaah dulu before aku masuk asrama, berbelas tahun yang lepas. Sekarang parents aku prefer gi surau sebab kat surau banyak aktiviti; tazkirah, ceramah, kelas tajwid, kelas agama etc.

Itu part family. Kedua part politik. Jujurnya, beberapa tahun kebelakangan ni aku totally dah hilang kepercayaan kat pemimpin politik. Tak kisah parti agama ke parti melayu cina india, takde satu pun yang aku percaya.

Dengan kleptokratnya. Politik bersifat partisan melebihi khidmat kepada rakyat. Belum masuk statement childish, kurang educated, racism etc., buat aku hilang respek kat ahli politik. Tapi sejak musibah ni, baru aku dapat rasa kejujuran, keikhlasan ahli politik, dari kaca mata aku.

Dari perdana menteri, barisan menteri kanan, menteri & timb menteri sehinggakan kepada anak-anak buahnya esp DG KKM. Jujur dalam memberi fakta, menunjukkan kerisauan agar rakyat mengambil langkah berjaga.

Tidak menyembunyikan fakta dengan statement Malaysia masih selamat walhal satu dunia sudah berjaga. Jujur ni lah kunci rakyat tidak panik. Mereka telus dengan data & fakta serta gerak kerja & strategi mereka, memberi jaminan agar rakyat kekal tenang.

Ketiganya muhibbah. Siapa sangka, disebabkan virus yang kecil even mata kasar pun tak nampak, boleh buat rakyat Malaysia lebih bersatu hati. Aku tak nak sebut kes terpencil yang lebih bersifat negatif.

Sebab, dalam waktu yang sukar ni kita kena lebih dekatkan diri dengan yang positif. Boleh meroyan 28 hari MCO kalau hari-hari negatif je, kan.

Aku baru baca komen bawang troopers berbilang kaum kat FB orang Taiwan yang bash Malaysia in general, cakap KKM sembunyi fakta ramai yang mati akibat COVID-19 kat Malaysia sampai kena tanam kat tepi jalan malam-malam. Banyak lagi orang Taiwan ni cakap.

Tapi yang best, bawang troopers Malaysia tak pernah mengecewakan. Aku ibaratkan kita ni semua macam adik beradik yang selalu gaduh, tapi bila orang luar usik semua datang back up. Sweet sangat.. Haha.

Belum lagi donation yang datang dari berbilang kaum untuk diberi kepada tak kira bangsa. Aku pula, hampir setiap hari dapat mesej peringatan dari kawan cina & india untuk sentiasa jaga diri.

Sekarang, fahamlah aku macam mana Malaysia boleh terbentuk zaman sebelum merdeka dulu.

Macam mana susahnya digambarkan pejuang kemerdekaan berbilang bangsa dulu bersatu nak bebas dari penjajahan British, aku nampak itu semua sekarang. Kita semua bersatu untuk bebas dari penjajahan virus COVID-19 ni.

Ok setakat ni itu yang aku dah nampak. Cuma kat sini aku ada sikit nak tambah.

Time MCO ni, jangan lupa cek mak ayah kat kampung, cukup ke tidak duit, makan minum kat rumah tuh. Hulur lebih sikit.

Macam mana kita punya belanja rumah jadi double sebab MCO ni, macam tu jugaklah mak ayah kita. Mak ayah ni kadang malu nak mintak, kadang saja tipu taknak susahkan anak.

Cek jugak adik beradik, sedara mara, jiran, kawan-kawan & siapa jugak yang korang kenal, yang mungkin terkesan lebih teruk sebab MCO ni. Maybe ada yang hilang mata pencarian sebab tak boleh keluar cari rezeki macam biasa. Bantu membantulah sesama kita.

Aku ingatkan sebab baru-baru ni ada kawan parents aku, ahli muzik (artis lama) yang terkesan sebab sumber pendapatan terjejas MCO ni.

Kami adik beradik faham macam mana terjejasnya tu sebab ayah pun ahli muzik, tapi part time. So kami sepakat kumpul duit adik beradik, untuk tolong sikit sementara nak tunggu bantuan kerajaan.

Cuma aku harap, janganlah ada yang meminta bantuan khas. Cukup kesian aku tengok menteri kita buat kerja. Dah cukup pening mereka, jangan ditambah beban kerja mereka.

Kerajaan dah keluarkan peruntukan kepada yang layak. Kalau layak, ambil lah. Kalau tak layak tapi masih tak mampu nak sara hidup, mungkin pengurusan kewangan lemah, belajar belajar bersederhana dan hidup susah.

Cadangan aku, persatuan-persatuan yang mewakili mereka boleh buka tabung dana sendiri, dan dari kalangan mereka yang concern dan ada rezeki lebih boleh salurkan kepada tabung tersebut untuk diagihkan.

Atau yang senangnya, kalau korang tau siapa yang perlukan bantuan, bantulah seadanya. Kalau tak mampu bantu, minta bantuan kawan-kawan yang mampu bantu. Time macam nilah baru kita nampak kawan-kawan yang sebenar.

– Ads (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *