Ibu

Aku perempuan, 42, masih belum berkahwin… tinggal berdua dengan ibu aku. Ke mana-mana selalunya dengan dia.

Orang yang tengok akan cakap, kami berdua ada hubungan yang baik dan penuh kasih sayang. Hakikatnya, lain… benar² berbeza daripada luaran.

Hari ini, hari ke-5 kami tidak bertegur sapa. Tapi, semalam aku ada luahkan segalanya pada dia. Tapi tetap lah tiada perubahan.

Oh ya, aku hanya 3 beradik. Semuanya berlainan ayah. Cerita bermula selepas aku balik kerja, aku ada keluar lepak dan makan² dengan kawan² aku tetapi aku ada berjanji akan bawa ibu sebaik sahaja aku balik tu.

Dan bila aku balik, sebaik sahaja aku buka pintu, aku tanya dia nak makan apa ni? Nak makan kat mana? Dan dia terus jawab… tak payah makan² lah… tak perlu lah nak tanya dia dah makan ke belum?

Aku cuba bersembang lagi lepas tu tapi tak diendahkan dah. Esoknya sebelum pergi kerja, aku ada tanya lagi dia nak makan apa? Sebab aku tahu semalaman dia tak makan, tapi aku ditengking lagi.

Silap aku, aku menjawab. Ya lah, dengan tak tahu apa salah dan silap aku, tiba² kena tengking macam tu.

Sebenarnya ini bukan kali pertama. Bukan juga kedua kali. Tapi telah lama aku pendam dan sabar. Ternyata pilih kasih tu wujud ya.

Bermula sedari aku kecil, selalu dibeza²kan dari adik-beradik aku yang lain. Aku anak sulung, adik² lagi dua orang tu lelaki. Yang tengah masuk penjara kes dadah. Anak kesayangan ibu aku.

Sedari kecil, jangan sesiapa berani sentuh anak dia tu. Kalau aku bergaduh dengan dia, mesti aku akan kena balik.

Aku anak terpinggir. Pernah jadi mangsa cabul ayah tiri ke-2 aku. Ayah kepada adik yang bongsu. Ya lah, aku mangsa kemarahan ibu aku daripada kecil. Bila dimarah tanpa sebab, aku merajuk. Aku tak makan tak minum.

Ibu aku hanya membiarkan, tapi ayah tiri yang pujuk. Aku ingatkan sebab kasih seorang bapa, tapi rupanya ada niat lain.

Setiap kali musim cuti sekolah, aku tak pernah enjoy macam orang lain. Aku akan pergi rumah ibu saudara aku dan kerja di kedai dia. Nanti dapat lah upah baju sekolah dan baju raya. Seronok sangat dah masa tu.

Ya lah, setiap kali kalau orang tanya ibu tentang persiapan raya dan sekolah aku, ibu pasti jawab tak ada siap apa² pun, tak ada duit. Aku kan tak ada ayah.

Masa kecil aku tak faham sangat. Seronok tolong² ibu saudara aku dan dapat upah baju sekolah dan baju raya.

Ibu tak pernah belikan pakaian khusus untuk aku. Tak pernah belikan walau sehelai tudung untuk aku. Tapi tak apa, aku tetap berpakaian juga sampai sekarang.

Berkenaan malam tadi, aku meletup setelah beberapa hari dia pulaukan aku, tak bercakap, tak bertegur sapa tapi dengan adik aku yang lagi seorang dia boleh cakap lemah lembut, tak kisah pun kalau yang tu tak datang melawat dia.

Adik aku yang ni dah kahwin tapi duduk dekat je dengan area rumah ibu.

Sumpah aku terasa hati sangat². Bila aku luahkan, dia kata aku mengungkit.

Bukan niat nak ungkit, tapi aku suarakan apa lagi yang kurang tentang layanan aku pada ibu. Dia nak pergi mana² aku bawakkan. Ke mana² berdua. Time baik, tiada yang kurang.

Tapi dia tetap buat lagi, tak endahkan aku tanpa aku tahu salah aku. Dera mental aku. Aku tak tahu apa lagi yang kurang. Aku dah cuba sehabis baik, tapi tetap tak dipandang baik.

Memang aku tak baik, aku dengki pada orang² yang ada keluarga bahagia. Yang punya suami dan anak² tempat mengadu. Tapi, aku tak punya semua tu. Ada ibu, tapi selalu aku dimarah tanpa sebab.

Aku dah cukup tua untuk hadap semua ni. Niat aku hanya untuk berbakti kepada ibu selagi ada hayat aku. Tapi dalam keadaan ni, aku sendiri yang tersakiti. Hati aku hancur. Entah boleh kembali baik atau tidak, aku sendiri tak tahu.

Mungkin silap aku lahir ke dunia ni. Aku tak tahu, hati yang hancur berkali² ni entah bila akan sembuh.

Doakan aku kuat ya kawan². Doakan aku boleh hadapi dugaan ni.

Oh ya, di sebalik semua ni, aku hanyalah anak tak sah taraf. Patutlah daripada kecil lagi, aku diungkit tak punya ayah. Aku terpaksa pergi kerja hanya untuk sepasang baju sekolah dan baju raya.

Panjang lagi kisah aku, tapi cukup lah sampai di sini dulu. Doakan aku kuat dan sabar untuk hadap semua dugaan ini.

– Aku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *