Ibu

Assalamualaikum. Terima kasih siarkan ya. Aku nak cerita pasal kehidupan aku & family. Dilahirkan dalam keluarga yg senang, anak terakhir. Segala tanggungjawab di rumah aku yg pikul dari segi, penatnya ibu jaga cucu sampailah kerja2 dirumah. Umur ibuku akhir 50an. Berbalik kepada menjaga cucu yg kini sudah 5 org. Tempias kepenatannya dilepaskan padaku. Ada saja yg tidak kena bila aku buat sesuatu yg aku sukai. Buat aktiviti luar macam bersukan seperti joging, badminton & tak terlepas jugak melepak lah dgn kawan2. Hehe. Cik bawang kan.

Aku sibukkan diri aku dgn bekerja. Sanggup ot sebulan tanpa henti dari petg sampai malam, hari sabtu lagi, kalau ahad ada pun aku sanggup. Demi mengelakkan pergaduhan kecik & besar dgn ibuku. Ibuku seorg yg sensitif dgn kebersihan. Biasalah kontra lah kan anak beranak ni. Ibu pengemas, aku penyepah. Penyepah means seminggu sekali aku dapat kemas bilik, kemas luar dalam rumah. Ibuku jenis nampak sepah sikit, time tu ibu kemas. Jauh bezakan. Perangai aku more like ayah. Pendiam, pendiam & diam. Hahahaha. .. .. Aku ketawa.

Kat rumah aku dijadikan bahan lepasan amarah ibu kerana penatnya ibu menguruskan cucunya. Korang paham tak konsep budak2. Main mainan tinggal, lari2, datang lagi main, tinggal. For sure nak berikan arahan mengemas balik mainan itu agak sedikit susah. Kita kena slow talk. Tuk ibu jerit itu berkesan. Hurmmm. Aku tahu ibu penat, ibu tak larat. Kenapa ibu masih menawarkan diri tuk jaga. Hurmmm. Kepada abg kakak adik2 diluar sana. Mohon jangan jadikan org tuamu sebagai hamba. Korang pun pahamkan maksud aku. Aku ada bagitahu kakak abg. Mohon jaga anak2 anda sendiri atau hantar ke tempat lain. Tapi sekarang apa, masih ditempat yg sama iaitu rumah ibu. Dengan alasan ibu tak bagi hantar sana sini. Ibu tak bagi berhenti kerja. Ke aku yg patut berhenti kerja sekarang. Huhuhuhuhuhu. Tunggu jodoh menjemput dirumah.

Ibu & aku memang tak rapat sejak kecik. Sebab ibu sibuk bekerja dan aku diuruskan oleh kakak2. Sampai aku sakit atau penat kerja tiada siapa yg tahu. Aku suka pendam apa yg aku rasa. Lalala. Abg kakak sudah berkahwin & mempunyai komitmen sendiri. Tinggallah aku bersama ibu & ayah. Sekarang aku cuba ambil hati ibu tapi setiap kali tu juga aku gagal. Sekejap baik sekejap gaduh. Sampai aku penat sendiri. Penat untuk dekat dengan orang, takut berkomunikasi dgn org lain. Dont have confident gitu. Hahaha. Macam manalah dgn mak mertua nanti. Serius aku takut sgat.

Seronok diluar sedih didalam. Itulah aku. Pada ibu ayahku, maaf andai adik tersilap langkah dalam berbakti kepada ibu & ayah. Tuk pengetahuan ibu, adik kerja kuat demi ibu & ayah juga. Alhamdulillah ibu ayah punya segalanya dari usaha sendiri. Adik nak tunjukkan adik juga boleh jadi org yg berguna walaupun kerja tara bagus. Hehehe. Tapi masih boleh berbakti dgn ibu ayah tanpa kira masa.

Sekian. Hah part last, abg kakak tinggal tak jauh pun dari rumah ibu. Ibu jerit pun boleh dengar. Haha. Doakan aku sentiasa jadi anak yg solehah ya. Hehe. Tinggalkan tips yg bernas tuk aku ambil hati & lembutkan hati ibu. Aku ada dengar ceramah ustaz abdullah khairi. Nak ubah org, ubah diri sendiri dulu. Aku dah try, kadang on off lah. Hurmmm. Jagn lupa bagi tips, jganlah ada keluarga bahagia sorang2 je. Aku pun nak jugak. Hehe. Tu saja dari aku, Assalamualaikum semua.

– Cik mimpi

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *