Ibu :)

Hai ! kepada sesiapa yang baca confession ni :) .

First of all aku nak cakap yang aku cuba confess apa yang aku rasa dalam hidup aku ni sebab aku rasa aku patut publish kan story macam ni .

Ibu , itulah manusia yang sentiasa dekat dengan kita , marah ke , sedih ke , apa pun jadi dia tetap setia . Tapi aku bukan nak cerita pasal definisi mak ke , ibu , atau umi sekali pun . Aku cuma nak share how strong this person can be in our life , relate to my story .

Cerita dia mula macam . Ibu aku , dia berasal dari keluarga yang agak berduit , kulit putih , rupa pun ada , cuma mungkin hidup dia murung sikit . Dibesarkan seramai 9 orang adik – beradik dan anak ke-7 . Dan hidup dia agak murung pun bermula dari insan yang digelar ” IBU ‘ .

Okay macam ni , ibu aku dia memang tak pernah ngam dengan nenek aku , tah la kenapa jadi macam tu selalunyaa mak ni jadi yang pertama but not for her . Bermacam dugaan dan rintangan yang dialami . Sampai lah satu masa dia decide untuk keluar rumah dan cari nilai hidup dia di luar . Dia mulakan penghijrahan dia di KL dan dia bekerja . Well dia agak gifted because she can speak two languages very fluent ( chinese dan english ) mak aku tak sekolah cina , tu aku cakap dia gifted . So dia kerja yang agak berpangkat sebab kebolehan dia tu .

Selepas beberapa puluh tahun dia berhijrah dia balik , tapi sambutan tak ada . Kau bayangkan , kau balik tapi ? mak kau tak de buat apa apa , ilek seems nothing happen that day . Sumpah sedih :'( , tapi ibu tak . Dia cekal , bukan sahaja mak dia tapi adik-beradik pun sama , yalah mulut orang kita bukan boleh tutup . Tak terhingga tohmahan dan hinaan yang dia dapat , sampai kan adik beradik datang rumah nak solat pun dia boleh mintak mak gue surat khabar ganti sejadah . Tapi takpe . Allah ada , Allah suruh kita sabar lawan semua benda yang mnyesakkan jiwa .

Even aku sendiri pernah tanya nenek aku macam ni , ” nek ? nenek benci ibu ke ” dia diam , she had no answer for that , jadi macam mana aku nak tahu apa jadi antara mereka berdua . Ibu pernah cerita nenek aku cakap macam ni dekat dia ” kalau aku mati , kau jangan balik ” dia nangis . Dia sendiri cerita yang dia dianak tirikan sejak kecil lagi sampai dah tua . Sampailah hari kejadian nenek aku sakit tenat , dan semua balik . Masa tu aku darjah 6 , tapi tak lah bodoh sangat tak tahu apa jadi . So aku ingat masa nenek dah tenat , dia tak boleh cakap apa apa , then hanya satu je yang keluar dari mulut dia iaitu
” NAMA IBU AKU ” . Even hujung hujung nyawa tu dia panggil mak aku , aku syak dia rindukan mak aku . Mungkin dia takut nak luah atau ego but the end dia menyerah . Fullstop untuk cerita nenek aku . Let’s move to another chapter .

Disebalik apa yang jadi tu , terselit lagi memori pahit . Which bila mak aku kahwin dengan bapak aku . He’s a good man , tapi bukan attitude ( sorry ) . Actually , mak aku isteri no-2 jadi yaaa . Dia kahwin dengan bapak aku dekat Siam tapi certificate kat Malaysia ada je . Mak aku cerita yang dia kahwin dengan bapak aku bukan sebab cinta , tapi bapak aku guna-gunakan dia . Mak aku kahwin lewat , jadi dapat aku pun lewat . Selepas aku dilahirkan , lingkungan umur dalam 3 tahun , mak aku jatuh sakit . Ye dia sakit , 6 bulan dalam ICU . Sedih tak ? mak kau sakit masa kau kecik lepastu kau macam kurang kasih sayang. Siapa jaga aku ? Nenek aku yang jaga , darah daging dia takkan dia nak buang . Hidup aku agak derita hidup menumpang orang , ye orang tak suka , macam macam lagi sebab kami susah. Act , masa mak aku sakit dia dah bercerai dengan bapak aku , lepastu dia sakit . Punca dia sakit sebab ( kena buatan ) dapat tahun selepas bapak aku menceraikan mak aku . Kenapa bapak aku tak jaga aku ? HAHAHA , aku kena buang , dia hanya tinggalkan RM 15.00 dengan aku kat rumah nenek aku , dan akhirnya bertahun lama dia tinggalkan aku.

Sampailah , ibu recover dari penyakit dia , dia ibarat lumpuh . Aku ingat lagi , dia terkedek kedek hantar aku pergi tadika , sebab tu aku cakap dia kuat . Dan hari ini dia berdiri teguh sebagai seorang manusia yang dipertahankan hak sendiri . Kehidupan kami semakin membaik , ibu ada perniagaan sendiri , aku nampak jatuh bangun dia nak besarkan aku . Susah senang bersama . Paling tak boleh lupa , bila ibu hanya ada 10 ringgit untuk sara hidup kami dua beranak sebulan :’) can you imagine ? tapi dia tak pernah berhenti berdoa untuk tabah dan sabar teruskan hidup , walau caci maki penuhi telinga dia tapi mukanya teguh mengukir senyuman :) .

Well , bapak aku cari aku masa aku sekolah rendah . Mula – mula aku tak boleh terima , tapi lama lama aku lapangkan hati dan tenangkan jiwa . Alhamdulillah , he’s back jadi lelaki yang sepatutnya menjadi bapa pada setiap orang anaknya . Allah memang adil , dan aku bersyukur dikurniakan seorang insan yang tabah macam Ibu :’) . Dunia akhirat , aku sayang Ibu :)

– –

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *