Ibu Aku

Sejak dari kecil, aku sentiasa mengimpikan seorang ibu yang normal, bantu aku dalam mengulangkaji pelajaran dan sentiasa mengambil kisah tentang aku. Namun, Allah memberikan aku rezeki dalam bentuk yang sangat aneh. Yang aku sadar itu adalah rezeki terbesar dalam hidup aku hanya bila aku berumur 24 tahun.

Aku seorang penjawat awam, yang berkhidmat di sebuah pulau di utara. Baru saja ditempatkan di sini. Kehidupan aku dari kecil, terpaksa berhadapan dengan ibuku yang kurang normal. Ibuku menghadapi satu pyakit yang lebih dikenali sebagai meroyan. Beliau kehilangan abanh sulung kami, sewaktu dia hanya berumur 2 bulan. Namun, diberi rezeki dgn 5 org anak. Ya, aku yang terakhir.

Namun, kesan meroyan itu masih ada. Sehingga ke harini. Ibu sentiasa bercakap seorang diri. Marah tidak tentu pasal dan tidak mampu solat kerana keadaan mentalnya. Beliau sentiasa bercakap perkara perkara yang tidak masuk akal. Dan kadang2 akan menangis sendirian.

Beliau tidak pernah dan tidak mampu untuk ingat, berapa umurku. Di mana aku belajar dahulu, dan di mana tempat aku berkhidmat sekarang. Ya, satu pun dia tidak ingat. Apatah lagi hari lahirku.

Namun, di sini satu keajaiban dari Allah terjadi. Allah memberikan aku ibu yang sedemikian, disulam dengan rezeki yang sentiasa melimpah dek kerna doa ibuku. Sepanjang kehidupan aku. Aku tidak pernah susah.

Aku senang mendapatkan tempat ke universiti tanpa perlu bersusah payah. Aku senang cemerlang dalam pelajaran dan aku senang mendapat kerja. Dari sebelum graduasi lagi aku dah dapat kerja. Dan dengan mudah aku job hopping dari satu tmpt ke tempat lain, sehinggalah aku dapat kerja kerajaan.

Kenapa? Semuanya kerana doa ibu. Seorang ibu yang tidak sihat mentalnya. Tp doanya sangat mujarab. Setiap kali aku ingin ke temuduga. Aku akan bercakap dgn ibuku. Mak, cek nak p temuduga ni, doakan cek. Terus, ibu mengangkat tgn dan berdoa. Aku nampak, di balik seorang insan yang tidak sihat mentalnya. Ada satu susuk tubuh bidadari yang sebenarnya sangat sayang pada aku.

Dan ya, ibu tidak pernah mengucapkan sayang kepada aku. Dan aku perlu melayan beliau seperi kanak2, kerana sikapnya yang semakin hari semakin senja. Dahulu, aku sentiasa mempersoalkan, kenapa Allah berikan aku ibu sedemikian rupa. Namun kini, sanggup aku gantikan nyawa aku sndiri agar aku dapat hanya ibu sbg permaisuriku dunia akhirat.

Semoga Allah memanjangkan usia bonda tercinta. Biarpun ada kawan yang mencemuh ibuku gila. Cuma aku yang tahu. Si gila itulah punca keberkatan hidup aku. Kesenangan aku.

Jadi kawan2, jika anda punya ibu yang normal. Bergembiralah. Dan jika ada diantara kalian punya ibu seperti aku. Bersyukurlah, Allah pinjamkan permaisuri yang teramat mulia untuk kita. Supaya kita senang dunia akhirat.

Mak, cek sayang mak. Mak adalah cinta hati cek.

– Anak

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *